Bumbu Agency Sdn Bhd

Cara Mudah Hasilkan Headlines Dengan Pantas ketika menulis copywriting

Cara Mudah Hasilkan Headlines Dengan Pantas

Anda mesti pernah rasa ‘blur’ kan bila nak tulis copywriting terutamanya bila nak start tulis dekat bahagian headlines. Headlines bukan boleh main tulis je sebab mengikut kajian, 80% dari prospek akan buat keputusan untuk baca atau tidak iklan anda selepas membaca headlines. Jadi, kalau headlines anda tidak cukup untuk menarik pembacaan prospek, bermakna anda telah kehilangan 80% dari prospek anda. Nak tulis headlines yang mampu tarik perhatian prospek memang susah kalau tak tahu caranya, tapi kalau dah tahu, anda boleh start tulis dengan pantas.

Untuk memudahkan anda menulis headlines iklan anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah anda perlu tahu dan kenal dahulu segmen pelanggan anda. Segmen pelanggan bermaksud kepada siapa anda nak jual produk atau servis anda. Maksudnya di sini adalah, sebelum anda menulis headlines, anda perlu tahu produk atau servis anda untuk siapa. Khusus untuk perempuan, lelaki, kanak-kanak atau sebagainya.

Dengan mengetahui segmen pelanggan anda, anda boleh jimat masa untuk menulis copywriting. Kemudian, senaraikan beberapa segmen pelanggan anda mengikut produk atau servis. Sebagai contoh, saya senaraikan beberapa segmen pelanggan untuk produk pencuci muka:

  1. Wanita yang banyak bekerja di luar pejabat.
  2. Wanita yang aktif dengan aktiviti lasak.
  3. Lelaki yang terdedah dengan asap atau habuk.

Selepas anda senaraikan segmen pelanggan anda, pilih satu sahaja segmen pelanggan yang anda ingin gunakan untuk copywriting. Kenapa satu sahaja?

Ini kerana satu copywriting sesuai digunakan untuk satu segmen sahaja. Perumpamaanya seperti saiz kasut. Satu saiz kasut muat untuk satu saiz kaki sahaja. Kalau dipakai untuk saiz kaki berlainan, mungkin anda pakai ketat atau longgar. Begitu juga dengan copywriting. Jika anda tulis satu headlines dan copwriting untuk banyak segmen pelanggan, iklan anda menjadi serabut dan akan nampak berterabur. Jika anda nak tulis untuk segmen yang lain, tulis copywriting yang berlainan. 

 Seterusnya, anda ikut sahaja formula di bawah:

(Produk) + (Segmen Pelanggan) + (Masalah)

Anda masukkan dahulu perkara tersebut. Contohnya:

  1. Produk: Pencuci muka
  2. Segmen Pelanggan: Wanita banyak bekerja di luar pejabat.
  3. Masalah: Muka berminyak berlebihan

Akhir sekali, susun ayat tersebut untuk jadikannya sebagai satu headlines yang mantap! Sebagai contoh:

“Pencuci Muka Khas Untuk Wanita Yang Banyak Bekerja di Luar Pejabat Untuk Mengatasi Muka Minyak Berlebihan Supaya Kekal Cantik Dan Yakin” 

Mudah kan? Jadi, selepas anda baca artikel ini, cuba hasilkan headlines anda mengikut formula tersebut. Mesti anda tak ‘blur’ lagi.

Jika anda rasa artikel ini dapat membantu orang lain juga, kongsikannya dengan klik icon media sosial di bawah.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Hubungi kami jika anda mahu kami tuliskan copywriting yang MANTAP untuk anda 😉

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com