Bumbu Agency Sdn Bhd

3 Cara Untuk Lulus Iklan Facebook Bagi Produk Sensitif supaya anda tidak kena ban

3 Cara Untuk Lulus Iklan Facebook Bagi Produk Sensitif

Antara iklan Facebook yang susah sangat nak lulus adalah iklan yang menjual produk-produk sensitif. Ramai yang tanya,

“Macam mana nak lulus buat iklan facebook ye? Saya buat asyik kene rejected je.”

Bila kita check rupa-rupanya diorang jual produk sensitif. Untuk yang belum tahu, mesti tertanya-tanya apa tu produk sensitif. Produk terlarang ke? Produk terlarang macam senjata api atau dadah, semestinya tak lulus. Produk sensitif ini adalah produk yang berada di zon kelabu. Antara contoh produk yang berada di dalam zon kelabu adalah produk kuruskan badan, produk hilangkan jerawat dan produk yang berkaitan dengan hubungan seks suami isteri seperti ubat kuat.

Untuk buat iklan facebook produk sensitif ini sampai lulus tidak jadi masalah jika anda buat dengan cara yang betul. Yang jadi masalah adalah apabila anda buat iklan facebook produk sensitif ni sama seperti produk-produk lain. Anda perlu gunakan cara yang berbeza untuk buat iklan facebook bagi produk sensitif ni. Berikut adalah cara untuk lulus iklan facebook bagi anda yang menjual produk-produk sensitif:

1. Berikan Ebook Percuma

Jika anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh buat iklan facebook untuk beri Ebook secara percuma pada prospek anda. Sebagai contoh, anda boleh buat Ebook bertajuk “22 Panduan Pemakanan Untuk Kuruskan Badan Tanpa Berlapar”. Anda boleh gunakan Call To Action (CTA) WhatsApp pada iklan facebook anda. Beri arahan minta prospek mesej anda di WhatsApp jika mereka mahukan Ebook percuma tersebut.

Untuk buat Ebook anda sendiri, tidak perlukan wang. Hanya perlukan modal masa untuk menaip sahaja. Jika anda sibuk sehingga tidak berpeluang menulis Ebook, anda boleh mengupah orang lain atau ghostwriter (panggilan untuk mereka yang menawarkan servis menulis di internet) menuliskan Ebook untuk anda. Tetapi untuk cara ini, anda perlukan modal wang untuk membayar upah.

2. Berikan Video Percuma

Berdasarkan kajian, orang lebih berminat untuk menonton video daripada membaca di skrin. Jadi anda boleh buat video panduan atau tutorial untuk diberikan kepada prospek anda secara percuma. Sebagai contoh anda boleh buat video tutorial menghilangkan jerawat menggunakan sayur atau tumbuh-tumbuhan.

Untuk merekod video, anda juga perlukan masa untuk merakam dan editing. Selain itu, anda juga mungkin perlukan model atau pelakon tambahan untuk video anda tersebut. Walaupun nampak sukar, tetapi ianya sangat berbaloi kerana video mampu memberikan impak yang besar. Di penghujung video tersebut, anda boleh isikan sedikit informasi produk anda sebagai iklan. Dengan database yang anda dapat, anda boleh blast iklan terus kepada prospek tanpa perlu fikir iklan boleh lepas untuk buat ads atau tak.

3. Berikan Sample Percuma

Untuk berikan sample percuma, anda mungkin perlukan sedikit modal sebagai pelaburan untuk produk sample.Tapi, of course it worth it. Siapa yang tak suka produk percuma kan? Anda akan dapat database percuma dan mesti ramai. Anda buat iklan facebook dan nyatakan di iklan tersebut anda mahu berikan sample percuma. Gunakan WhatsApp sebagai Call To Action (CTA) di iklan tersebut. Minta prospek untuk mesej anda jika mahu dapatkan sample percuma.

Sama juga seperti Ebook dan juga video, selepas anda dapat database prospek, anda blast pula iklan menjual terus kepada prospek. Sebagai contoh, anda menjual ubat kuat. Buat sample di dalam botol kecil dan iklankannya. Jika produk anda betul-betul berkesan apabila prospek menggunakannya hanya dengan sample percuma, pasti keyakinan prospek akan bertambah dan membeli daripada anda. Dari produk sample, anda juga boleh dapat testimoni.

 

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com