4 Jenis Facebook Messenger Ads Anda Wajib & Mesti Tahu

4 Jenis Facebook Messenger Ads Anda Wajib & Mesti Tahu

Berdasarkan apa yang saya sudah kongsi pada artikel sebelum ini, pengguna Facebook makin ramai yang aktif kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun yang lepas.

Apa yang menariknya dengan Facebook Messenger Ads yang baru ni, ia memberi anda satu kelebihan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan dengan cepat. Berdasarkan daripada Facebook sendiri, mereka sendiri sudah menunjukkan peningkatan pada kadar conversion dan response. Wah! Ini Berita baik ni!

Jadi apa lagi bagusnya Facebook Messengers Ads ni? Macam mana pula nak buat drive sales, increase conversions dan qualify leads? Sebelum anda ke bahagian itu, mestilah kena tahu dan kenal Facebook Messenger Ads itu apa. Tak kenal, maka tak cinta.

Apa Itu Facebook Messenger Ads?

Untuk ringkaskan lagi, iklan anda akan berada di Facebook, jika pelanggan anda berminat mereka akan terus message anda. Lagi mudah sebab anda tak perlu save nombor dan keliru siapakah pemilik nombor ni? Betul tak cakap saya?

Facebook Messenger Ads sebernanya boleh dikatakan feature atau ciri ad yang agak baru. Facebook Messenger Ads membenarkan pengguna untuk melihat teks perbualan dengan bisnes anda dengan sekali ‘KLIK’ sahaja. Buat masa ini anda boleh buat 4 jenis iklan Messenger Ads yang sedang ada:

ㅡ ‘Destination ads’
ㅡ ‘Home section ads’
ㅡ ‘Sponsored messages’
ㅡ ‘Click-to-Messenger ads’

Kesemua iklan yang sudah disenaraikan diatas membolehkan advertiser untuk berinteraksi dengan pengguna sejurusnya menarik perhatian mereka untuk membeli.


1. Jenis iklan Destination ads akan muncul di newsfeed seperti iklan biasa tetapi objektifnya berlaianan.

Selalunya anda akan nampak ‘Shop Now‘ tetapi dalam Facebook Messenger akan muncul ‘Send Message‘:

Untuk jenis iklan yang biasa anda pernah buat ia akan terus ke landing page. Tetapi kali ia kan fokus dengan mengalakkan pelanggan membeli. Pastikan ayat dan perkataan digunakan itu sesuai. Jadi anda tidak perlu menebal muka untuk bertanya samada mereka nak beli ataupun tidak. Memandangkan kita semua berada pada bulan Ramadhan dan Raya yang bakal menjelma sahutlah peluang ini dengan sebaiknya. Cubalah buat nanti lepas dah habis baca artikel ini.

2.  Jenis iklan Messenger yang akan muncul di home dashboard anda:

facebook messenger ad typesGambar kredit: Facebook Business

Motif utama untuk jenis pengiklanan ini sangat mudah: untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara organik. Sangat berbeza rasanya bila kita berinteraksi dengan pelanggan anda sendiri daripada pelanggan yang anda tidak tahu samada mereka berminat atau tidak dengan produk atau servis anda kan?
Jika anda sudah berinteraksi dengan pelanggan untuk kali pertama anda sudah boleh memulakan untuk cara berintraksi dengan lebih sesuai denga bisnes serta pelanggan anda.

3. Jenis iklan yang ketiga adalah sponsored message. Iklan ini akan membenarkan anda untuk menghantar mesej khas dibuat terus masuk ke inbox pelangggan anda. 

facebook sponsored messages

Gambar kredit: Siliconangle

Ini merupakan antara tool yang terbaik untuk menarik lebih banyak engagement dan action yang lebih strategik terhadap bisnes, Bukan itu sahaja, iklan dapat membantu dengan memastikan pelanggan anda tidak lari. Wow, menarik betul ni!


4. Jika anda seorang yang berrminat untuk raih lebih ramai potensi pelanggan dalam Messenger berkaitan produk atau servis anda, anda pasti mahu guna Click-to-Messenger ads

Kalau seseorang sudah tekan pada iklan tersebut yang muncul dalam Facebook, Messenger atau Instagram, ia akan mucul juga di Messenger window.

Tambahan: Jika anda merancang untuk guna ‘Click-to-Messenger ads’, penting untuk anda buat auto-reply supaya selepas pelanggan anda klik pada iklan tersebut mereka akan disambut dengan satu mesej.

Facebook Messenger click-to-message ad examples

Gambar kredit: Social Media Examiner

Sekarang anda dah tahu sedikit mengenai Facebook Messenger Ads. Cuba usha cara penggunaanya. Kot-kotlah menjadi pulak kan. Peluang macam ni bukan selalu datang. Untuk artikel yang akan datang nantikan cara penggunaan yang lebih terperinci dari BUMBU. InsyaaAllah. 

 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Sharing is caring. Kongsikan berita gempak ini:

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart