Bumbu Agency Sdn Bhd

5 Idea Perniagaan Yang Menguntungkan bagi mereka yang ingin bermula

5 Idea Perniagaan Yang Menguntungkan

Pada tahun 2019, ramai yang ingin mula berniaga. Jika lihat di seminar, memang ramai yang hadir untuk mendapatkan idea perniagaan dan belajar tentang strategi perniagaan dan pemasaran. Bagi yang baru ingin berniaga, saya sarankan anda mula dengan kecil-kecilan dahulu. Sebagai contoh anda boleh mula dengan menjadi agen atau dropship. Ianya untuk mengelakkan anda kerugian dengan nilai yang besar. Ada pepatah dalam perniagaan mengatakan,

“Jika anda boleh menjual $1, anda dapat menjual $10. Dan begitulah seterusnya.”

Ianya bermaksud jika anda berjaya dalam perniagaan kecil, maka anda boleh berjaya dalam perniagaan yang lebih besar. Bagi yang tiada idea perniagaan, anda jangan lakukan kesilapan dengan menjual apa sahaja yang anda rasakan boleh dijual. Anda perlukan idea supaya anda tahu perniagaan apa yang sesuai dengan minat dan diri anda. Anda perlu minat dengan apa yang anda lakukan supaya anda tidak cepat mengalah dan anda berasa suka dengan apa yang anda lakukan.

Bagi anda yang masih tercari-cari idea, di sini saya senaraikan 5 idea perniagaan yang menguntungkan:

1. Ambil peluang dengan kemalasan atau kesibukan orang lain

Jika anda perhatikan, banyak perniagaan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dengan mengambil peluang kemalasan atau kesibukan orang lain. Jika anda pernah tinggal di hostel, anda mesti pernah didatangi oleh pelajar lain yang menjual nasi lemak, burger atau makanan lain dari bilik ke bilik. Kerana mereka tahu, sebagai pelajar, kadang-kadang mereka sibuk dengan assingment yang perlu disiapkan atau berkumpul dengan kawan bermain game sehingga terasa malas untuk pergi ke dewan makan membeli makanan.

Contoh yang lain pula anda boleh lihat adalah, perkhidmatan mencuci baju, kereta, rumah sehingga ada yang menawarkan perkhidmatan membeli barangan seperti barangan dapur. Mereka sanggup membayar dengan produk atau perkhidmatan yang ada walaupun harga tinggi (terutamanya orang yang berduit).

2. Ambil peluang dengan perkara yang orang lain tidak dapat lakukan

Idea perniagaan ini juga banyak yang boleh kita nampak. Sebagai contoh membuat perkhidmatan membina laman web, mereka bentuk grafik, membuat video, menulis e-book atau blog, membuat akaun, membaiki kenderaan dan banyak lagi. Tidak semua orang boleh buat apa yang anda lakukan. Jadi, ketahui kepakaran anda yang boleh membantu orang lain dan di samping itu boleh menjana pendapatan anda.

3. Produk atau perkhidmatan yang menyelesaikan masalah

Ini antara idea perniagaan yang popular dan sangat menguntungkan. Fikirkan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna dan anda ingin selesaikannya. Sebagai contoh, AirAsia menyelesaikan masalah kos penerbangan yang mahal kepada penumpang, Grab menyelesaikan masalah penumpang yang perlu menunggu lama pengangkutan awam dan banyak lagi. Idea perniagaan ini memerlukan kos dan tenaga kerja yang agak ramai. Contoh yang agak senang untuk anda lakukan adalah produk muka untuk hilangkan masalah kulit muka, produk untuk turunkan berat badan dan banyak lagi.

4. Menjadi sebahagian daripada hidup orang lain

Untuk kekal lama dalam perniagaan, anda kena jawab soalan ini pada diri anda sendiri. Adakah produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan nanti akan menjadi sebahagian daripada hidup pengguna. Ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menjadi sebahagian daripada hidup pengguna. Tetapi ianya tidak menjadi masalah, jika produk anda betul-betul bagus dan berkualiti. Sebagai contoh, jenama Maggi, Colgate, Apple, Ajinomoto, Babas dan lain-lain. Semua produk itu sangat dekat dengan kehidupan pengguna.

5. Pengguna membeli berkali-kali

Perniagaan anda mestilah meletakkan harga yang berpatutan iaitu pengguna tidak merasa berat untuk membayarnya. Jika harga murah dan produk atau servis terbaik, mesti pengguna akan cari anda lagi. Pengguna akan terus pergi kepada anda kerana mereka tahu harga yang anda letakkan murah daripada tempat lain dan produk atau perkhidmatan anda sangat terbaik. Sebagai contoh, Netflix menawarkan pakej RM40 sebulan dan anda boleh tonton semua filem menarik di dalam itu.

Saya tidak berikan secara terus perniagaan apa yang menguntungkan kerana setiap perniagaan adalah berbeza dari segi sasaran pengguna, status, umur, jantina dan lain-lain. Tetapi saya berikan secara am idea perniagaan yang boleh menguntungkan anda beserta dengan contoh supaya anda lebih mudah faham. Saya harap dengan berpandukan 5 idea perniagaan ini, anda boleh fikirkan perniagaan apa yang anda boleh lakukan mengikut jiwa, minat, kepakaran dan sumber yang anda ada. Jika anda mahu lakukan bisnes online, baca di sini dahulu supaya anda tahu perkara yang perlu dilakukan sebelum bermula.

Tuliskan di bahagian komen jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com