Bumbu Agency Sdn Bhd

Strategi Pemasaran Instagram

Strategi Pemasaran Instagram, Naikkan Jenama & Jualan

Strategi Pemasaran Instagram, Naikkan Jenama & Jualan

Sejak akhir-akhir ini, para usahawan atau perniagaan mula merancang strategi pemasaran instagram selain daripada Facebook. Dijangka, pada tahun 2019 ini, semakin ramai usahawan dan perniagaan akan ‘bertapak’ di Instagram. Ini menunjukkan langkah yang bijak dilakukan oleh usahawan dalam meluaskan pemasaran mereka di media sosial.

Buat mereka yang sudah ‘otai’ menjalankan pemasaran di Facebook ataupun Google dan mahu mulakan strategi pemasaran Instagram, anda kena ingat yang ‘game’ di Instagram tidak sama seperti di media sosial lain. 

Di Instagram, ianya lebih tertumpu kepada elemen visual seperti gambar dan video.

Disebabkan itu, majoriti pengguna Instagram adalah dari kalangan Generasi X dan Z yang rata-ratanya adalah golongan  belia dan anak muda.

Jadi, anda kena bijak melakukan pemasaran instagram ini untuk menarik perhatian mereka kepada jenama dan seterusnya membantu menaikkan jualan anda. Jadi, di sini saya akan senaraikan tips pemasaran instagram untuk anda yang mahu mula ‘bermain’ di Instagram:

Strategi Pemasaran Instagram 2020

1. Kandungan yang menarik di bahagian BIO

Bila orang pergi ke profile anda, perkara pertama yang orang akan nampak adalah bio anda. Jadi pastikan mereka mendapat first impression yang baik ketika melihat bio anda.

Ianya adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan orang terhadap jenama anda.

Jika bio anda menarik, orang akan anggap jenama anda sangat professional dan menjaga kualiti perniagaan tersebut. 3 perkara yang anda perlu ambil berat adalah:

  • Gambar profile = Letakkan logo produk atau gambar sendiri (penjenamaan diri). Pastikan gambar tersebut cantik, berkualiti dan nampak professional. 
  • Description = Terangkan serba sedikit tentang jenama atau diri anda secara ringkas. Pastikan ia berkaitan dengan apa yang anda akan post kelak.  Anda dicadangkan letak description dalam bentuk point.
  • Link = Letakkan link untuk memudahkan orang ‘stalk’ atau hubungi anda seperti WhatsApp, website atau media sosial lain.

Strategi Pemasaran Instagram

Contoh bio yang menarik

2. Gambar yang memukau perhatian 

Timeline di Instagram tidak sama seperti di Facebook yang mana di Instagram, gambar berada di atas tulisan (caption). Gambar yang cantik akan menarik perhatian mereka untuk membaca tulisan anda dan melihat gambar anda yang lain di profile.

Instagram ada menyediakan pencahayaan (filter) yang menarik untuk anda gunakan supaya gambar anda lebih cantik dari gambar original yang ditangkap melalui telefon.

Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi edit gambar seperti Canva, VSCO, Lightroom dan banyak lagi. Aplikasi tersebut anda boleh dapatkan di Play Store atau App Store. 

Strategi Pemasaran Instagram 2

Contoh aplikasi edit gambar

3. Caption yang menarik dan senang difahami

Selepas melihat gambar, orang akan membaca pada caption pula. Jadi caption anda perlulah menarik dan berkaitan dengan gambar yang dipaparkan. 

Tidak perlu panjang berjela atau berpuitis, cukup sekadar caption yang ringkas, padat dan mesej daripada gambar tersebut dapat disampaikan.

4. Tambahkan hashtag (#)

Walaupun sekadar hashtag tapi ianya memberikan impak kepada jenama anda. Masukkan hashtag sekali dalam caption anda dan hashtag tersebut perlulah berkaitan dengan gambar dan jenama anda.

Kesannya adalah orang dapat jumpa Instagram anda ketika membuat carian dan dapat meluaskan lagi jenama anda. Anda boleh dapatkan bantuan daripada aplikasi seperti Focalmark, Tagify atau Leetags untuk dapatkan hashtag yang popular dan berkaitan dengan jenama atau produk anda.

hashtag apps - pemasaran instagram

Contoh aplikasi hashtags

5. Video yang menarik

Selain daripada gambar, sekali sekala letakkan video juga.

Dengan video yang menarik, orang akan lihat posting anda tersebut dengan lebih lama berbanding gambar. Selain itu, statistik juga menunjukkan video lebih mendapat engagement berbanding gambar. 

Antara video yang anda boleh buat adalah video berkongsi tips, majlis dan lain-lain. 

6. Perbanyakkan Instagram Story

Instagram story adalah satu fungsi yang dapat hasilkan engagement yang tinggi selain daripada video. Story ini hanya berdurasi 30 saat sahaja tetapi ia mampu memberikan impak yang besar dalam jenama.

Buat instagram story anda dengan kerap. Dicadangkan anda buat 8 instagram story setiap hari. Ia akan menampakkan suasana jenama anda yang aktif, bersemangat dan nampak ‘hidup’.

Strategi Pemasaran Instagram Bersama Bumbu

Anda juga boleh lakukan pengiklanan di instagram story dan bawa prospek ke link yang anda sediakan seperti website atau WhatsApp. Jika instagram tersebut menarik, anda boleh jadikannya sebagai highlight di bahagian profile anda.

Strategi Pemasaran Instagram dan Tips Terbaru

Dengan tips pemasaran instagram tersebut, diharapkan dapat membantu anda menaikkan nama jenama dan juga jualan anda. Jika anda buat dengan betul, insyaAllah jenama anda akan dikenali dan perniagaan anda akan meletop!

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency

Hubungi kami jika anda mahu kami uruskan segala pemasaran instagram anda 😉

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com