Table of Contents

Pada zaman sekarang ini, banyak jenis marketing yang dilakukan untuk memberitahu dan menonjolkan sesuatu perniagaan. Antara banyak-banyak jenis marketing, antara jenis marketing yang agak efektif adalah video. Kenapa video? Kami berikan beberapa statistik yang akan menunjukkan kenapa video efektif dalam marketing:

  • 72% perniagaan mengatakan video telah membuatkan conversion rate mereka meningkat (Sumber: Wyzowl)
  • 52% pengguna mengatakan tonton produk video membuatkan mereka lebih yakin membuat keputusan dalam pembelian online. (Sumber: Invodo)
  • 95% penonton mengekalkan mesej apabila mereka menonton video berbanding 10% ketika mereka membaca teks. (Sumber: Pop Video)
  • 43% orang mahu lihat lebih kandungan video daripada marketers pada masa hadapan. (Sumber: HubSpot)
  • Selepas menonton video, 64% pengguna akan membeli produk online. (Sumber: HubSpot)

Sebenarnya banyak lagi statistik yang menunjukkan kelebihan menggunakan video sebagai bahan marketing. Jika anda lihat sekarang pun, banyak video didalam media sosial yang kandungannya ada unsur marketing. Jika anda mahu mula untuk gunakan video sebagai alat marketing, kami akan kongsikan 7 jenis video yang berkesan untuk marketing.

1. Video Jenama (Brand Video)

Video jenis ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan anda kepada penonton. Paparkan kepada penonton cerita jenama anda, nilai utama perniagaan anda dan yakinkan mereka perniagaan anda adalah unik dan berbaloi untuk mereka.

Cara terbaik untuk membezakan video jenama anda daripada orang lain adalah seperti menggunakan animasi. Animasi menawarkan banyak kemungkinan untuk menunjukkan jenama anda dengan cara yang kreatif. Ia memberikan rangsangan visual dan emosi kepada penonton dan meninggalkan penonton dalam mood yang baik.

Animasi juga membolehkan anda memasukkan watak jenama anda. Setiap hari prospek akan jumpa dengan banyak nama jenama. Jadi, kebarangkalian untuk mereka ingat perniagaan anda agak tipis. Dengan video jenama yang menggunakan animasi, mereka akan lebih mudah untuk ingat wajah watak dalam video anda.

Apabila anda memilih video jenama ini, fikirkan video yang pendek, menyeronokkan, dan unik.

Contoh Brand Video:

2. Video Penjelasan (Explainer Video)

Daripada nama video, anda sudah tahu tujuan video penjelasan ini iaitu menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Sebagai contoh, anda boleh berikan tips, info, jalan penyelesaian dan lain-lain.

Video penjelasan sangat bagus untuk mereka yang mencari jalan penyelesaian yang cepat dan mudah. Mereka akan mempunyai masa yang lebih mudah mengikuti video yang menunjukkan langkah demi langkah daripada senarai langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Video yang memberikan informasi adalah lebih banyak ditonton daripada video yang terus menjual.

Kelebihan lain dari video penjelasan ini adalah anda tidak mempromosikan produk atau perkhidmatan secara jelas. Tetapi, anda berikan maklumat berguna yang penting untuk membantu penonton, dan dalam masa yang sama memperkenalkan jenama anda pada penonton. Erti kata lain, video penjelasan ini menggunakan teknik soft sell.

Penonton akan mula melihat syarikat anda sebagai sumber, produk atau perkhidmatan yang dipercayai.

TIP: Menambah Call to Action (CTA) yang jelas di akhir setiap video penjelasan akan mengingatkan penonton yang memberi mereka maklumat dan memastikan bahawa nama syarikat anda adalah perkara terakhir yang mereka dengar dan sesuatu yang mereka ingat.

Contoh Explainer Video:

3. Video Review Product

Video review product ini memaparkan kelebihan atau fungsi sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Berdasarkan kajian daripada MediaPost, 57% pengguna lebih yakin untuk membuat pembelian secara online selepas menonton video review product. Video review product ini bagus untuk membina kepercayaan penonton.

Contoh Review Product Video:

4. Video Budaya Syarikat  (Company Culture Video)

Pelanggan sukakan produk bagus dan pelanggan lebih suka produk yang bagus datang daripada syarikat yang bagus. Berdasarkan daripada Social Media Today, jenama yang memberi inspirasi emosi yang tinggi mendapat 3 kali lebih banyak pemasaran mulut ke mulut secara tidak langsung.

Menggunakan video untuk menunjukkan suasana, persekitaran atau wajah-wajah disebalik perniagaan tersebut adalah cara terbaik untuk pelanggan mengaitkan dan membentuk satu hubungan dengan jenama anda.

Video budaya syarikat akan menguatkan jenama anda dan jika penonton menyukainya, anda akan lebih mudah mendapat penyokong kepada jenama anda yang suka berkonsi mesej anda kepada orang lain. Anda boleh masukkan apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat anda seperti paparan pejabat anda, bercuti bersama staf, dan lain-lain lagi.

TIP: Pekerja yang suka bekerja di tempat mereka bekerja akan suka menceritakan tentang tempat mereka bekerja. Ambil kesempatan itu untuk masukkan percakapan pekerja anda dalam video tersebut. Anda mungkin boleh berikan topik untuk mereka bercakap.

Contoh Company Culture Video:

5. Video Acara (Event Video)

Post video acara adalah terbaik untuk menunjukkan suasana riang yang berlaku sepanjang acara tersebut. Platform media sosial sekarang membolehkan anda mempamerkan acara anda dengan pelbagai format yang berbeza. Sebagai contoh Instagram Live & Facebook Live membolehkan anda menyiarkan keseluruhan acara anda secara real time kepada sesiapa sahaja yang melihat halaman Facebook atau Instagram anda. Berdasarkan daripada Facebook, video live mendapat 10 kali ganda engagement daripada video biasa.

Video acara juga boleh memaparkan kepada penonton di belakang tabir acara tersebut, di bilik kakitangan, di belakang pentas, atau apa-apa perkara lain yang pengunjung tidak nampak. Ia akan menarik minat penonton untuk melihat situasi sebenar acara tersebut.

Contoh Event Video:

6. Video Testimoni

Berdasarkan daripada Vendasta, 68% prospek mengatakan review yang positif membuatkan mereka percaya pada produk atau perkhidmatan tersebut. Apabila mereka mendengar testimoni yang baik daripada seseorang yang tidak ada kaitan dengan perniagaan anda, mereka akan lebih percaya pada jenama anda.

Cara terbaik untuk memperolehi testimoni ini adalah semasa acara di kedai, tradeshow, atau selepas pengeluaran projek terbaharu anda. Dapatkan peserta yang bersemangat yang ingin berkongsi kepuasan mereka tentang produk anda dengan orang lain.

Sekiranya anda telah memperolehi testimoni dari pelanggan terdahulu, cari mereka untuk masukkan ke dalam video juga.

TIP: Kunci utama untuk video ini berjaya adalah testimoni mereka perlulah kelihatan benar-benar asli. Penonton akan hilang rasa minat jika mereka mengesyaki anda menggunakan pelakon berbayar dan menggunakan skrip

Contoh Testimoni Video:

7. Vlog/Webinar

Vlog dan webinar memberi peluang kepada anda untuk pergi mendalam mengenai topik tanpa perlu risau mata pembaca anda akan beralih ke tempat lain. Buat vlog secara mingguan atau bulanan dengan menceritakan pelbagai topik boleh membawa kepada penonton yang setia dan tidak sabar-sabar untuk menyaksikan video seterusnya.

Webinar pula memberikan anda peluang untuk menjadi moderator dalam sesi soal jawab dengan pelanggan, demo produk dengan pelanggan, atau wawancara dengan pemimpin pemikiran lain dalam industri anda.

Contoh Vlog/Webinar:

Sebagai usahawan atau ahli perniagaan, anda disyorkan untuk mencipta kandungan video yang menawan secara tetap sebagai salah satu daripada strategi pemasaran anda. Mewujudkan satu siri video setiap minggu atau setiap bulan akan membina kuasa jenama dan memastikan pelanggan anda menunggu video yang seterusnya. Mereka akan mula mengharapkan untuk melihat kandungan video anda secara berjadual seperti rancangan TV. Membuat satu video mempunyai manfaatnya, tetapi mencipta pelbagai video dengan tema dan elemen yang konsisten adalah paling terbaik.

 

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

Hubungi kami jika anda mahukan video seperti di atas 😉

                

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *