Bumbu Agency Sdn Bhd

basic seo alternate text bumbu agency

Basic Untuk SEO: Set Kata Kunci Keyword Di Website

Artikel yang sebelum ini yang saya sudah kongsikan tentang cara mudah untuk dijumpai di Google melalui SEO. Kali ini saya akan fokuskan kepada ‘keyword’  sahaja atau kata lainnya adalah kata kunci.

Meletakkan keyword ke website anda akan membantu enjin carian (search engine) seperti Google kerana Google memahami website anda yang boleh memudahkan seseorang itu mencari, dan akhirnya membawa lebih banyak trafik yang berkualiti ke website anda.

Bagaimana? Dengan pengecaman kata kunci. Tanpa kata kunci di website, tidak ada cara bagi enjin carian untuk memaparkan website anda dan tujukkan kepada pelawat.

Website yang dibuat dengan baik mempunyai subjek utama (navigations) & sering mempunyai sub kategori yang berkaitan dengan subjek utama & dengan kata kunci setiap bidang ini kita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada enjin carian. Dan orang yang mencari topik di enjin pencari dapat menjumpai website anda dengan lebih mudah.

Anda perlu memilih satu kata kunci untuk setiap halaman website anda. Kata kunci yang digunakan haruslah khusus kepada topik halaman & berkaitan dengan subjek website anda. BE MORE SPECIFIC.

Apabila meletakkan kata kunci ke website anda, penting untuk meletakkan kata kunci anda di 6 tempat ini pada setiap halaman website anda. Ianya akan membantu enjin carian mengenal pasti subjek halaman anda & taraf halaman anda dalam hasil carian. 6 tempat tersebut adalah:

1. Tajuk Page & ‘Meta Descriptions’

Bahagian website ini akan muncul dalam hasil carian. Ia adalah first impression pelawat enjin carian terhadap website anda. pastikan tajuk yang digunakan orang boleh faham dan sesuai dengan website anda. Contohnya, pelawat sedang mencari nombor untuk dia bertanyakan soalan mengenai fakulti yang bakal dia masuk, tetapi apabila dia mencari di bahagian ‘CONTACT US’ dia tidak menjumpai. Jadi pelawat itu pun pergi ke page ‘FACULTY’ barulah dia jumpa.

Meta Descriptions merupakan summary terhadap page atau website anda. Pastikan hurian anda itu merangkumi apa yang ada di dalam page atau tujuan anda wujudkan website.

 

2. Headers

Headers adalah seperti papan iklan untuk enjin carian. Ianya adalah salah satu cara terbaik untuk memberi petunjuk kepada enjin carian mengenai topik utama halaman anda. Adalah penting untuk anda memasukkan keseluruhan kata kunci di tajuk anda. Pastikan uga hanya dengan Header orang rasa tertarik dan faham apa akan yang dibaca. 

 

3. Sub-headers

Sub-headers adalah kawasan lain untuk memberitahu search engine apa yang anda inginkan supaya website mudah dijumpai. Jika anda tidak cuba memasukkan kata kunci anda di sub-header kemungkinan besar website anda pasti agak sukar untuk dijumpai. Pastikan juga sub-header yang digunakan sesuai dengan content website anda.

 

4. Body Paragraphs

Bila anda membuat content website pastikan ia kelihatan natural kerana search engine akan pertimbangkan untuk penalise(menghukum) atau denda jika penulisan anda melebihi keyword (terlalu banyak keyword). Ia akan kelihatan seperti anda spam keyword and di kandungan website anda.

Pada mulanya anda mungkin berasa sukar untuk menaip membina ayat, jika kerap buat penulisan pasti boleh! Ia benar-benar menjadi dan memudahkan anda pada masa akan datang. Yang pasti dan anda akan menjadi lebih baik dalam membentuk content anda untuk menambah keyword dan dari segi penggunaan keyword.

 

5. Image Alt Tags

Imej adalah penyeri kepada mana-mana website dan juga boleh membantu search engine ke website anda. Alt Tags pada dasarnya merupakan label yang anda berikan kepada imej anda supaya enjin carian dapat membaca imej tersebut. Jika anda tidak menggunakan Alt Tags untuk imej maka search engine tidak akan melihatnya. Dengan meletakkan keyword pada Alt Tags ini, ia seakan memberitahu search engine “Saya menggunakan gambar dan ia berkaitan dengan subjek halaman saya.”

 

Sekarang anda tahu basic bagaimana menambah keyword ke website. Jika anda mempunyai masa untuk menulis blog atau content website, kami sangat mengesyorkan anda menggunakan beberapa tip yang disenaraikan di atas. Taktik-taktik ini mampu membawa lebih banyak trafik ke website anda dan membantu melayakkan website anda berada di halaman hadapan enjin carian.

 

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com