Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal Yang Tinggi Dengan Mudah

Ramai orang berminat nak tambah pendapatan sampingan melalui perniagaan tetapi kekangannya tiada modal yang mungkin boleh membebankan mereka. Disebabkan itu, ramai yang mencari peluang dan cara buat bisnes online tanpa modal yang tinggi.

Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal

Bisnes tanpa modal mendapat sambutan sejak akhir-akhir ekoran terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu. Oleh itu, bisnes tanpa modal ini dapat membuka peluang baru kepada suri rumah, berkerja mahupun penganggur sebagai salah satu cara mudah untuk buat bisnes.

Cara Buat Bisnes Online Tanpa Modal

Oleh sebab itu, kami kongsikan dengan anda salah satu cara buat bisnes online tanpa modal yang boleh anda buat bermula sekarang :

1.Affiliate

Affiliate adalah menjual produk orang lain dengan mempromosikan pada link yang diberikan khas untuk kita. Cara ini, anda tak perlu keluar duit tapi perlu rajin untuk promote di medium anda tentukan sendiri.

Aantaranya:

  1. Lazada (sesuai kalau anda kaki shopping online)
  2. Agoda (sesuai kalau anda jenis suka travel)
  3. Amazon (sesuai kalau anda suka beli barang dari oversea)

Pembeli biasanya tak tahu yang mereka telah membeli menggunakan link affiliate anda sebab tempahan dan bayaran semuanya dibuat terus di website penyedia platform affiliate yang kita gunakan.

2. Dropship

Buat bisnes secara dropship ni adalah perniagaan yang mudah. Anda tak perlu pegang stok atau pun tak perlu fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang. Semua ni dilakukan oleh owner produk, atau leader yang diatas anda. Hanya perlu hantar tempahan yang anda perolehi.

Tempahan dan bayaran terus kepada anda. Dan anda hanya perlu bayaran lebihan harga produk selepas ditolak dengan komisen.

3. Kongsi Ilmu

Kongsi ilmu perkara yang tidak memerlukan modal atau stok tapi berkaitan dengan kepakaran dalam sesuatu perkara. Contoh bisnes yang berkaitan seperti

  • Jual ebook, jadi freelancer dengan hasilkan graphic designer dll
  • Adakan seminar, kelas, kursus
  • Khidmat konsultasi

Bisnes macam ni 100% berdasarkan kepakaran dan cara anda untuk tonjolkan supaya apa yang diajar atau dihasilkan boleh diterima baik dan digunakan oleh semua orang.

Tugas anda adalah untuk yakinkan mereka dengan kepakaran dan kemampuan yang anda ada.

4. Produk Digital

Kebiasaannya produk digital ini merupakan jenis berkongsi informasi. Contoh produk digital adalah seperti ebook,webinar,software dan rakaman video.

Produk digital tak perlukan modal yang terlalu besar. Kalau nak buat ebook , cukup tahu menggunakan microsoft words dan PDF. Kalau webinar, sekarang ini kita dah ada Facebook Live atau Youtube Live.

Anda perlu tahu niche apa yang sesuai dan HOT di pasaran. Niche yang paling laku keras atau evergreen sepanjang masa ialah niche cara buat bisnes online tanpa modal.

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *