Cara Mohon I-Sinar Online : Permohonan I-Sinar KWSP

Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 terkesan dari aspek ekonomi dalam menempuh kehidupan harian. Dengan cara mohon i-sinar online kwsp ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan terjejas bagi menampung sedikit sebanyak pendapatan yang terkesan.

Cara Mohon I-Sinar Online KWSP

YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini telah mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli KWSP yang melibatkan lebih 8 juta ahli.

Kerajaan telah mengumumkan medium pengeluaran akaun 1 kwsp adalah melalui sistem online yang dipanggil i-Sinar.

Jik anda yang layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran i-Sinar, boleh lihat cara mohon i-sinar online kwsp dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/ .

Langkah-Langkah Cara Mohon I-Sinar Online KWSP

Cara Mohon I-Sinar Online

Cara Mohon I-Sinar Online

Mohon Pengeluaran I-Sinar Tanpa Login I-Akaun:

1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP (akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat).

2. Sila klik PERMOHONAN BAHARU.

3. Isikan nombor MyKad.

4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.

5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.

6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.

11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

12. Klik HANTAR.

Cara Mohon I-Sinar Secara Online

Cara Mohon I-Sinar Online

1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik PENGELUARAN.

3. Klik PERMOHONAN BAHARU.

4. Pilih i-SINAR.

5. Baca syarat & terma. Kemudian klik OK.

6. Klik SETERUSNYA.

7. Pilih amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

8. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

10. Pastikan akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

11. Sila buat semakan Butiran Maklumat.

12. Muat turun Dokumen Bukti Sokongan Pendapatan Terjejas.

13. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan.

14. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS.

15. Klik HANTAR.

KWSP telah memaklumkan boleh memohon i-sinar bermula 21 Disember 2020. Dengan berita skim i-sinar kwsp ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan.

Ramai sebenarnya termasuklah yang pernah diberi notis cuti tanpa gaji, dipotong gaji dan juga diberhentikan kerja.

Walaupun jika ada dikalangan rakyat Malaysia jumlah simpanannya tidak banyak, ia masih tetap boleh membantu meringankan sedikit beban pendapatan yang terjejas untuk menyara keluarga.

Jangan lupa tanda pada kalendar anda, boleh buat permohonan bermula 21 Disember ini. Moga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda yang terjejas.

The following two tabs change content below.

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *