Bumbu Agency Sdn Bhd

Cara SEO Berfungsi : 4 Teknik Untuk Mendapatkan Ranking Di Google

Cara SEO Berfungsi : 4 Teknik Untuk Mendapatkan Ranking Di Google

Search Engine Optimization (SEO) masih lagi baru di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Persaingan untuk mendapatkan ranking top 10 untuk website bukan perkara yang sukar. Ini kerana masih ramai lagi usahawan malaysia yang belum mengetahui bagaimana cara seo berfungsi.

Jika anda baru sahaja mendengar perkataan SEO dan ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam. Anda berada di tempat yang tepat! Kami berkongsi serba sedikit berkaitan SEO yang anda wajib tahu. Sebelum kami jelaskan dengan lebih lanjut berkaitan SEO, kita perlu tahu dahulu apa yang di maksudkan dengan SEO?

Cara SEO Berfungsi

Apa Maksud SEO dan Bagaimana Cara SEO Berfungsi ?

SEO singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization. Ia merupakan salah satu proses untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti traffic ke website anda melalui organic search engine result seperti Google, Bing, Firefox. Dengan kata mudah, SEO dapat membantu untuk meningkatkan kualiti website anda untuk berada di halaman utama hasil pencarian tanpa perlu mengeluarkan kos untuk paid ads(google ads).

Ciri-Ciri Search Engine Optimization

1. On-Page Optimization

On-page optimization merupakan salah satu cara bagaimana untuk menjadikan website mudah dicari robot Google dan menjadi asas kandungan yang mempunyai kualiti yang baik mengikut kata kunci yang ditetapkan di mesin pencarian. Ia termasuk title tag, Meta description tag, anchor tag, body tag, image alt tag. Nama domain dan nama halaman juga memainkan peranan yang sangat penting.

2. Off-Page Optimization

Off-page optimization lebih kepada bagaimana cara untuk mendapatkan link daripada website lain untuk meningkatkan populariti website anda. Populariti website adalah mengenai berapa banyak link website yang anda ada.

3. Local SEO

Local SEO singkatan daripada perkataan Local Search Engine. Local SEO berfungsi sebagai salah satu cara untuk menaikkan traffic local market bisnes anda. Ia boleh membantu usahawan mempromosikan produk dan servis mereka kepada pelanggan tempatan yang sedang mencari produk dan servis tersebut. Target utama local SEO adalah kepada pelanggan yang berada di sekitar anda sahaja.

4. Organic SEO

Organic SEO merupakan strategi online marketing untuk menaikkan ranking website di page no 1 Google tanpa perlu mengeluarkan kos membayar iklan dan mempunyai potensi pelawat website secara organik.

Cara SEO Berfungsi dan Teknik Yang Betul

1. Teknik On-Page Optimization

1. Tittle Tag

Memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi jumlah klik yang anda akan perolehi dan menjadi pertimbangan dalam penentuan ranking SEO. Tittle tag mestilah memenuhi syarat yang di tetapkan oleh SEO terutamanya pemilihan keyword.

2. URL

URL merupakan link untuk melawat ke website page. Berfungi sebagai petunjuk arah untuk ke website. URL ibarat seperti alamat rumah. Elakkan menggunakan URL yang terlalu panjang. Lebih sesuai URL tidak lebih dari 5 patah perkataan. Sebagai contoh: https://bumbu.agency/ ataupun https://bumbu.agency/blog/

3. Content

Content yang mempunyai kualiti yang baik mampu meningkatkan ranking website sekaligus mengangkat reputasi website di mata Google. Untuk meningkatkan kualiti content anda, cari satu topik yang lain daripada website page lain dan cuba elakkan untuk menggunakan konsep copy paste content orang lain sepenuhnya. Jumlah patah perkataan sekurang-kurangnya 500 patah perkataan.

4. Image ALT Text

Teknik SEO untuk image sangat mudah dan jelas tetapi masih ramai yang kurang jelas tentang cara penggunaannya dan kepentinggannya untuk menaikkan ranking website. Setiap kali upload gambar pada website, anda perlu meletakkan nama yang sesuai dengan keyword.

2. Teknik Off-Page Optimization

1. Link Building

Link building merupakan faktor yang paling penting dalam SEO off-page kerana Google menggunakan algorithm bernama page rank. Fungsi page rank adalah untuk menilai kualiti dan kuantiti backlink yang ada pada sesebuah website.

2. Brand Mention

Jika anda membuat sesuatu program, biasanya akan mendapat brand mention di media sosial. Media sosial akan menulis satu artikel yang berkaitan dengan anda. Cara ini turut membantu menaikkan ranking di Google.

SEO memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga ranking website agar terus berada di halaman utama hasil pencarian di Google.

Ingin mengetahui lebih lanjut dan belajar SEO? Hubungi kami di talian 017 – 326 0632

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com