Digital Marketing Agency Malaysia| Bumbu Agency

Copywriting: Pukau Prospek Dengan Copywriting Memukau!

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan/ ayat promosi/ ayat memujuk pelanggan/ ayat memukau pelanggan atau apa saja dengan objektif untuk mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak.

Majoriti dari kita mesti masih pening untuk hasilkan copywriting kan?

Ini kerana anda tidak tahu struktur dalam membina copywriting yang berkesan. Biasanya audience tidak akan ALERT dengan copywriting kita disebabkan oleh struktur copywriting yang berterabur dan tidak tersusun!

Jika semua struktur dimasukkan dengan betul ke dalam copywriting kita. Inilah yang akan menyebabkan audience tertarik untuk membaca keseluruhan ayat iklan anda sehingga habis.

Sebelum kita terus bincang berkenaan topik ini.. jom kita berkenalan dulu dengan Copywriting itu sendiri.

APA ITU COPYWRITING?

Copywriting bermaksud gaya penulisan yang memujuk (persuasive) pembaca untuk bertindak. Bertindak di sini boleh jadi prospek beli produk yang kita iklankan. Ataupun kita buat sesuatu yang mereka (audience) minta. Contoh seperti melanggan email percuma dan lain-lain.

Gaya penulisan antara faktor dalam mempromosi dan iklan termasuklah:

  • Brochure
  • Billboard
  • Website
  • Emel
  • Katalog, dan lain-lain

Untuk pemasaran internet, copywriting sangat-sangat penting. Ianya strategi pemasaran paling akhir untuk tukar pembaca menjadi pelanggan kita.

4 Perkara Yang Kita Perlu Tahu

1- Menarik Perhatian Prospek

Dalam mana-mana medium pemasaran sama ada online atau offline, adalah penting untuk si penjual menarik perhatian prospek mereka terlebih dahulu sebelum kita mula menjual.

2- Mempengaruhi Emosi Prospek

Antara faktor utama yang membuatkan orang membeli adalah disebabkan EMOSI

  • Kita boleh masukkan senarai-senarai masalah prospek, kelebihan produk, ciri-ciri produk dan juga manfaat produk kepada pengguna
  • Situasi masalah juga kita boleh masukkan
  • Testimoni juga mampu pengaruhi emosi prospek untuk membeli
  • Demo, cara penggunaan produk juga mampu pengaruhi prospek

3- MENYAKINKAN PROSPEK

Untuk meyakinkan prospek untuk membeli, ada beberapa tips boleh diikuti.

  • Anda boleh letakkan jaminan seperti warranty
  • Masukkan koleksi-koleksi testimoni
  • Kita juga boleh masukkan nombor telefon perniagaan kita untuk lebih meyakinkan prospek

4- MEMBUATKAN PROSPEK BERTINDAK

Untuk membuatkan prospek bertindak untuk membeli dengan segera, kita boleh menggunakan tips-tips berikut antaranya;

  • Berikan tawaran kepada prospek
  • Masukkan scarcity factor
  • Beri jaminan bahawa pembelian prospek adalah berbaloi
  • Arahan untuk prospek bertindak (CTA)

Bagaimana Nak Buat Copywriting Memukau Ini?

Langkah 1: Kenali Pelanggan Anda

– Pelanggan Beli Dengan Emosi

– Produk Anda Mungkin Ada Beberapa Segmen

– Bina Customer Avatar

Langkah 2: Kaji Produk Kita

– Saya penjual produk, saya tahula produk saya!

– Senaraikan kesemua ciri-ciri produk kita

– Tukar ciri-ciri produk kepada kelebihan dalam mengatasi masalah pelanggan

– Kaji posisi produk kita dalam pasaran (Target Audience)

– Padankan kelebihan produk kita dengan segmen pelanggan

Langkah 3: Sebelum Kita Mula Menulis…

– Tiada siapa kisah tentang kita

– Kata kunci yang spesifik (Keyword) dan juga Search Engine Optimization (SEO)

– Produk kita mestilah menyelesaikan masalah pelanggan.

– Buat selidik dahulu apa unique selling point (USP) berbanding produk yang lain.

Langkah 4: Rancang Copywriting Anda

Formula ni dah bantu jana jutaan ringgit kepada banyak syarikat. Namanya AIDA bukan Aida Jebat ye Tapi AIDA saje.

(A)ttention: tarik perhatian bakal pelanggan.

(I)nterest: buat bakal pelanggan kita berminat untuk baca tentang kelebihan produk kita.

(D)esire: goda bakal pelanggan kita dengan tawaran yang meleleh.

(A)ction: dorong bakal pelanggan untuk bertindak bahagian yang manakah yang perlu buat bayaran

Langkah 5: Teknik Tulis Headline Untuk Hasilkan Copywriting Yang Power

Gunakan bahasa yang mudah bila tulis headline. Kita nak prospek faham. Bukan nak tunjuk kita power dengan bahasa bombastic.

– Tulis headline spesifik

– Letakkan emosi

– Bangkitkan perasaan ingin tahu

– Guna soalan supaya ada two way communication dengan prospek

– Guna formula HHM (Hasil, Halangan, Masa)

– Beri inspirasi atau ketakutan

– Mesej yang jelas tanpa menggunakan ayat kiasan

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com