Dunia Bisnes: Nak Berjaya Tak Semudah Yang Di Sangka!

Hari ini, saya nak kongsikan satu perkara yang sangat-sangat penting terutamanya kepada anda yang baru nak mula bisnes. Saya kongsikan ini bukan untuk takutkan anda semua untuk mulakan perniagaan anda. Saya kongsikan ini untuk sedarkan anda bahawa untuk berjaya dalam dunia bisnes tidak semudah yang anda bayangkan.

Banyak perkara yang anda akan hadapi dan yang anda perlu harungi demi meraih kejayaan yang anda impikan.

“Nak senang tak senang, nak susah tak susah.”

Saya ada senaraikan beberapa perkara yang anda akan lalui dalam tempoh masa 1-3 tahun pertama anda mulakan bisnes anda sendiri…

Dunia Bisnes: Nak Berjaya Tak Semudah Yang Di Sangka!

1. Tiada Masa Bersama Keluarga & Sahabat

Saya tahu dan yakin pada awal perniagaan, kita ada letakkan matlamat untuk berjaya dan senangkan keluarga dan orang sekeliling kita. Dalam mengejar impian tersebut, kita tak sedar bahawa kita perlu membuat satu pengorbanan yang paling besar iaitu masa bersama mereka.

Banyak masa kita habiskan untuk urusan bisnes sampai tiada masa bersama keluarga dan sahabat. Jika kita berkesempatan untuk meluangkan masa dengan mereka sekalipun pemikiran kita masih memikirkan bisnes kita. Jasad dan tubuh bersama mereka tetapi akal dan fikiran di tempat lain.

Ini  mungkin akan terjadi terutamanya kepada orang yang pentingkan kerja (workaholic)

2. Duit Poket Hanya Cukup-Cukup Makan Sahaja.

Pada awal perniagaan, kita mungkin akan sumbangkan duit poket kita untuk keperluan syarikat demi memajukan dan membesarkan lagi perniagaan kita. Harap kita hanya satu, untuk melihat syarikat kita berkembang luas. Dalam tak sedar, duit belanja kita hanya cukup-cukup makan sahaja.

3. Dipertikaikan Oleh Orang Sekeliling

Dalam mencuburi dunia perniagaan, dipertikaikan oleh orang sekeliling adalah suatu perkara yang biasa. Tidak sah kalau anda tak pernah kena. Dipertikaikan kerana duit habis berjuta-juta tapi tiada hasil. Dipertikaikan kerana sibuk mengalahkan menteri tapi tidak berjaya juga. Banyak lagi benda yang akan dipertikaikan oleh orang sekeliling. Apa yang saya boleh nasihatkan adalah sabar dan tetap tabah.

Jika anda mempunyai keluarga dan orang sekeliling yang support anda. Itu merupakan satu rahmat untuk anda. Alhamdulillah.

4. Takut

Setiap kali tiba hujung bulan, anda pasti akan rasa takut dan risau jika duit syarikat tidak cukup untuk bayar gaji pekerja anda. Anda takut jika anda tidak mampu untuk memenuhi keperluan syarikat dan pekerja anda.

5. Pekerja Tidak Kekal Lama

2/3 tahun berniaga anda masih melakukan semuanya seorang diri atau anda hanya mempunyai pasukan yang kecil. Pekerja anda susah untuk kekal lama bekerja dengan anda.

6. Tekanan Dan Kekecewaan

Dalam bekerja akan banyak drama yang anda akan lalui. Terlampau banyak hati yang anda perlu jaga. Hati keluarga, hati pekerja, hati orang sekeliling sampaikan hati anda sendiri yang merana.

Sehingga anda tersukur di tikar sejadah menangis meratapi kesedihan yang anda terpaksa simpan seorang sendiri. Tekanan yang diharungi tidak mampu diluahkan melalui kata-kata dan tidak mampu ditunjukkkan melalui perbuatan.

Anda berasa penat dengan semuanya. Jualan tidak seberapa tetapi penat yang anda rasai macam nak hilang separuh nyawa. Anda juga seringkali bercakap seorang diri. Kadang-kadang anda tersenyum, kadang-kadang anda menangis.

Bila anda melihat orang lain berjaya dalam tempoh yang lebih awal daripada kita. Pelbagai rasa yang kita rasai, rasa kecewa, rasa down, rasa stress, rasa nak give up.

Kita mula mempertikaikan “kenapa aku masih lagi tak berjaya? kenapa orang lain yang baru buat bisnes boleh berjaya sedang kan aku yang dah lama masih lagi terkial-kial nak bangunkan bisnes aku?”

Ini adalah beberapa perkara yang anda mungkin perlu hadapi dan harungi. Sebenarnya banyak lagi perkara yang mungkin anda terpaksa harungi tapi saya senaraikan ini sahaja. Kalau nak senaraikan semuanya sampai kesudah tak habis lagi topik kita.

Jika anda diberi pilihan untuk mulakan perniagaan atau tidak. Jika anda betul-betul sunggup mengharungi apa yang saya dah senaraikan dekat atas. Mulakan lah, Saya doakan anda berjaya. Tapi jika tidak, fikirkan balik.

Seperti saya cakap sebelum ini, Untuk berjaya dalam bisnes tidak semudah yang kita bayangkan. Dunianya sangat keras dan kejam.

Satu kata-kata yang saya pegang sampai sekarang. “Orang yang berjaya pandai mulakan sesuatu perkara dan pandai menghabiskannya. Orang yang tidak berjaya adalah orang yang pandai mulakan sesuatu perkara dan tidak pandai menghabiskannya.”

Setakat itu sahaja untuk perkongsian saya untuk kali ini. Saya harap dengan perkongsian ini dapat menyedarkan anda tentang realiti dunia bisnes. Jika anda ingin mula perniagaan anda dan anda ingin mengetahui langkah yang betul untuk mula bisnes. Anda boleh tekan link ini https://zool.my/5step

 

 

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu [email protected]

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency

 

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *