Bumbu Agency Sdn Bhd

Kelebihan Bigpay : Beza Kad Debit dan BigPay Yang Anda Perlu Tahu

Kelebihan Bigpay : Beza Kad Debit dan BigPay Yang Anda Perlu Tahu

Tak kisah sama ada anda kaki shopping online, jenis suka bercuti ke tempat have-have (mahal), atau yang selalu main facebook ads sebab berniaga secara online, pasti nak cari kad debit yang terbaik dan berbaloi untuk bajet kewangan online. Sebab tu kami nak cerita kelebihan bigpay. Mana yang suka shopping selalu, travel sana sini dan buat bisnes online guna facebook ads sudah sampai masanya anda ambil tahu dan guna BigPay ni untuk menyelamatkan akaun bank.

Apa Itu Bigpay ?

BigPay adalah sebuah sistem e-wallet yang siap dengan mobile app dan Mastercard prepaid card.  Produk ni telah diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah sistem cashless yang sedang trending sekarang ni. Apa yang kami faham, cashless lagi senang nak urus duit dan menjimatkan masa, tak perlu pening-pening nak handle cash.

Kelebihan Bigpay

Cara Nak Guna BigPay

Kalau masih lagi keliru dengan BigPay ni, kami boleh terangkan cara penggunaan dia.

Senang je, selepas anda dah register, download app dan dah dapat kad korang dalam tempoh 5 ke 7 hari lepas register. Apa yang anda kena buat hanyalah top up e-wallet korang guna mobile app. Semua jenis transaksi boleh dilakukan secara e-wallet atau guna kad BigPay korang.

Senang, kan?

Sebab utama Bigpay ni digandingkan sekali dengan prepaid card adalah nak menyenangkan anda sewaktu membuat transaksi.

Faham-fahamlah, sistem e-wallet ni masih baru, tak semua tempat boleh pakai e-wallet ni. Tapi tak apa, kalau mana-mana tempat yang anda pergi shopping atau travek tak terima e-wallet, masih lagi boleh guna kad BigPay di semua lokasi yang menerima Mastercard.

Bukan setakat itu sahaja ya, sebarang urusan anda boleh uruskan sendiri dengan menggunakan app BigPay.

Maksudnya, nak top-up akaun, check balance dan check semua transaksi pun boleh. Tak perlu rasa gementar nak hubungi customer service atau login kat website sebab semua tu boleh kat app.

Tak Bahaya Ke Guna BigPay?

BigPay Diiktiraf Oleh Bank Negara Malaysia

Kalau anda masih ragu-ragu dengan BigPay, tak perlu risau sebab BigPay dah diktiraf oleh Bank Negara Malaysia,. Tiada risiko yang anda terkena scam.
Sistem Keselamatan Menggunakan App BigPay

App BigPay dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik seperti sistem fingerprint scanners dan facial recognition. Hebat kan? Untuk pengetahuan anda, ciri-ciri keselamatan ni dibuat untuk pengesahkan identiti. Sistem keselamatan ini juga memerlukan anda untuk mengesahkan pengenalan diri dan nombor telefon.

Kalau anda ada BigPay, anda juga boleh freeze akaun sendiri guna app. Tak perlu dah nak ke sini ke sana, pergi bank semua sebab nak selamatkan duit. Sekali tap dihujung jari, terus selesai. Kan senang macam tu.

Kelebihan Bigpay

Pertukaran Wang Asing

Admin pernah dengar kan Tony Fernades cakap yang sistem pertukaran wang asing merupakan tarikan utama untuk BigPay. Tapi apa bestnya BigPay punya pertukaran wang asing berbanding money changer lain?

Dengan pertukaran wang BigPay, tak perlu lagi susah-susah tengok currency rate, cari money changer yang tawarkan exchange rate paling rendah.

Penat kot beratur lama just nak tukar duit. Dengan BigPay, tak payah keluar rumah pun, just topup je e-wallet. Settle. Jimat masa, tenaga dan jimat duit.
No.1 Digital Marketing Agency Malaysia | Bumbu Agency

Pengiriman Wang Asing

Anda familiar tak dengan Foreign Exchange Remittance (FX)? FX ni adalah pengiriman wang asing. Kalau nak transfer wang asing, kena guna agen remittance dan setiap transaksi ada caj yang berbeza ikut apa yang ditetapkan oleh agen remittance.

Tempoh transfer pulak boleh sampai berhari-hari. Punyalah susahkan?

Lain pulak cerita dia kalau guna BigPay. Korang boleh send dan transfer duit secara instant. Transfer duit macam send WhatsApp je.

Pengeluaran Wang Tunai Antara Kelebihan Bigpay

Kehabisan wang tunai adalah perkara biasa yang sering berlaku. Bayangkan memerlukan tunai disaat kecemasan. Antara kelebihan menggunakan bigpay adalah boleh membuat pengeluaran wang tunai di mana-mana atm mesin.

Anda pergi je ke mana-mana atm yang  menerima Mastercard dan withdraw je duit guna kad BigPay. Tapi berapa banyak jumlah boleh dikeluarkan? Ikut jumlah berapa yang ada dalam e-wallet.

Ini info penting yang anda kena ingat, bagi withdrawal, ada caj yang dikenakan.
  • RM6 akan dicaj bagi domestic withdrawal
  • RM10 akan dicaj bagi international withdrawal

Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Antara Kelebihan Bigpay

Apa-apa transaksi yang anda buat sama ada kat app atau guna kad akan dapat points. Menarik kan? Points yang anda collect tu adalah dari sistem reward Big Loyalty Program, sebuah kerjasama antara BigPay dengan AirAsia.

Points yang anda dapat boleh guna untuk dapat AirAsia Travel Rewards macam diskaun/tebus tiket flight, diskaun in-flight meals, diskaun baggage dan banyak lagi lah rewards yang menarik untuk pengguna bigpay.

Ini antara kelebihan bigpay yang mungkin sedikit berbeza dengan debit card. Anda juga boleh jadikan bigpay sebagai salah satu kad kecemasan sekiranya kad atm/credit card anda hilang. Ini adalah salah satu pilihan ke arah era cashless di Malaysia.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com