Bumbu Agency Sdn Bhd

Mudah Atau Susah Untuk Buat Produk Sendiri?

Tahukah anda kenapa Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk berniaga? Hal ini kerana, berniaga merupakan satu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan. Mengikut hadis Nabi  Muhammad S.A.W. juga sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Sudah banyak usahawan dari kalangan kita sudah berjaya dan mengaut keuntungan dalam pelbagai bidang bisnes mahupun kecil atau besar. Pernah tak anda terfikir samada susah atau senang untuk memulakan bisnes? YA! Mudah sahaja caranya. Ada beberapa aspek anda perlu lihat dan praktikkan.

1. Demand

Sebagai peniaga, sebenarnya anda harus pandai mengambil peluang. Lihat sekeliling anda. Masalah apa yang dihadapi untuk menyelesaikan masalah mereka dan apa yang anda boleh bantu. Bukannya buat produk yang kilang recommend pada anda. Cipta atau buat inovasi apa yang boleh memudahkan kerja pengguna dalam kehidupan seharian atau cipta produk yang unik.

2. Malu Bertanya, Sesat Jalan 

Jangan sesekali malu untuk bertanya kepada orang marketing. Tanya mereka macam mana nak jual, strategi apa nak dipakai dan berapa anggaran bajet pemasaran. Kadang-kadang boleh juga terjadi apabila kita salah bertanya orang. Tanya mereka yang berniaga produk yang lebih kurang kerana mereka lebih tahu selok-belok. Jika dapat duit jangan anda habiskan 100% duit kat produk, simpan dulu 40% – 60% untuk pemasaran nanti. Dalam perniagaan anda tak boleh beria sangat, kena bersabar. Step-by-step.

3. Orang Terdekat

Cara paling mudah untuk anda jual barang adalah dengan family, kawan dan saudara-mara yang terdekat. Dengan ini mudah untuk anda buat close sale. Sekurang-kurangnya anda bagi merek special price. Dan yang paling penting jangan lupa kumpul testimoni mereka! Orang kita mudah membeli kalau testimoni banyak.

4. Iklan

Promote dan iklankan kepada orang ramai supaya mereka kenal. Mulakan dengan bajet yang rendah. Tak semestinya kejar FB Ads terus, sebaliknya boleh mula dengan cara free iaitu promote kat FB Personal, kat FB Group, Instagram. Jika anda berlanja banyak sangat untuk iklan juga merugikan. pun Pakai media sosial ni boleh tahan bagus, CEPAT! 

5. Bijak Belanja & Berfikir

Jangan ingat bila ada duit semua iklan dan proses akan berjalan. Kita boleh lihat setiap hari akan ada produk baru yang keluar di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan contohnya kosmetik, skincare, baju dan tudung.

Moga sharing kali ini bermanfaat kepada anda yang baru berniat atau mahu mulakan perniagaan. Selamat Berjaya!

 

Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com