Bumbu Agency Sdn Bhd

Panduan Menjual Di Shopee : Mudah Dan Senang!

Panduan Menjual Di Shopee : Mudah Dan Senang!

Sekarang ni makin ramai yang berjinak-jinak dan mencuba untuk berniaga di Shopee. Di era digital dan zaman ekonomi yang masih lagi tidak stabil, susah tentu setiap orang ingin mencuba sesuatu yang baru dan menceburkan diri dengan perniagaan online. Tidak dinafikan, ramai yang ingin tahu panduan menjual di shopee.

Kami kongsikan bagaimana cara-caranya. Teruskan bacaan anda..

Panduan Menjual Di Shopee Cara Mudah Dan Senang

1. Pendaftaran Akaun Shopee

Panduan Menjual Di Shopee
– masuk ke laman web Shopee iaitu www.shopee.com.my

– klik pada Sign Up (Pergi ke bahagian atas kanan website Shopee)

– Masukkan details. Pastikan nombor telefon betul dan klik pada send verification.

– Setelah kod dihantar ke nombor telefon anda, barulah boleh isi maklumat yang lain. Kemudian klik pada Sign Up

Selepas pendaftaran berjaya, anda perlu masuk ke bahagian seller yang dinamakan sebagai Seller Centre.

2. Menetapkan maklumat kedai

Panduan Menjual Di Shopee 1

– Klik link Seller Centre (Di bahagian atas kiri)

– Anda akan nampak bahagian Shopee Seller Centre. Disini anda akan menguruskan segala-galanya berkaitan dengan produk anda. Tapi anda perlu tetapkan setting kedai anda terlebih dahulu.

Panduan Menjual Di Shopee

– Klik pada Shop Settings. Di dalam Shop Profile ini anda perlu masukkan nama kedai anda, description dan sebagainya.

– Jangan tinggalkan bahagian ini kerana ia penting untuk kedai anda. Masukkan logo kedai anda dan gambar yang menarik pada bahagian profile ini.

– Tetapkan semua yang ada dalam list ini. Anda klik satu-satu dan masukkan maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian.

Setelah selesai setting kedai anda, maka bolehlah anda mula menjual dengan memasukkan produk anda ke dalam kedai anda.

3. Cara Masukkan Produk dalam Shopee

– Klik di bahagian Seller Centre

– Klik pada My Products

– Klik Add New Product

– Letak nama produk dan pilih kategori produk

– Diruangan Basic Information, masukkan nama produk anda, description, category dan lain-lain.  Anda juga boleh research bagaimana penjual lain meletakkan nama produk dan description mereka.

– Di bahagian price & inventory anda wajib masukkan harga dan stok terkini. Jika produk anda mempunyai variasi contohnya dari segi saiz atau warna maka anda perlu pilih Add Variations. Bahagian Wholesale pula untuk mereka yang menjual produk mereka dengan harga borong.

– Di Media management, masukkan gambar produk. Hanya 9 gambar sahaja dibenarkan. Pilih gambar yang paling cantik. Saiz untuk setiap gambar perlulah di bawah 2MB sahaja.

– Di bahagian shipping, masukkan berat produk anda dan parcel size.

– Jika tidak tahu size sila kosongkan bahagian ini. Untuk Shipping Fee pula, pilih courier yang anda akan gunakan nanti.

– Di bahagian others, jika menjual secara pre order anda perlu aktifkan bahagian ini.

– Conditon pilih berdasarkan keadaan produk anda. Adakah produk anda produk baru atau 2nd hand. Parent SKU ini boleh letakkan nama produk atau brand produk untuk memudahkan anda menyemak produk anda nanti.

Jika anda rasa berpuas hati dengan semua yang anda telah tetapkan, sila tekan butang Save. Jika berjaya maka produk anda akan diletakkan dalam senarai produk anda.

Maka selesailah tutorial panduan menjual di Shopee. Seboleh-bolehnya masukkan banyak lagi produk dalam kedai anda. Lagi banyak produk, lagi banyak peluang untuk anda dapat sale dan meyakinkan pelanggan yang anda peniaga yang sebenar.

Selamat menjual dan saya doakan perniagaan anda terus maju!

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com