Table of Contents

Pemasaran Perniagaan : Perbezaan Tradisional Dan Digital Marketing

Trend pemasaran perniagaan pada masa kini berubah dengan kadar yang begitu pantas. Dalam masa yang sama, market pasaran juga bertukar daripada tradisional marketing kepada digital marketing.

Para usahawan kini perlu beralih daripada tradisional platform ke digital platform untuk mempromosikan jenama mereka seperti di laman web e-commerce, google ads, dan juga di e-mel untuk mendapatkan jumlah target market yang maksimal.

Anda perlu faham betapa penting membuat pemilihan platform yang terbaik untuk menjalankan iklan marketing. Ia bukan sahaja membantu anda untuk meningkatkan sales produk, ia juga membantu anda untuk mendapatkan bakal pelanggan yang setia dengan produk atau servis anda.

Persoalannya, apa perbezaan antara tradisional marketing dengan digital marketing? Selebum kita mengupas tentang perbezaan antara tradisional marketing dan digital marekting. Penting untuk anda mengetahui apa jenis tradisional marketing dan digital marketing yang sering digunakan oleh para usahawan.

Pemasaran Perniagaan Tradisional

Jenis Tradisional Marketing

Tradisional marketing bukan suatu perkara yang baru dalam metode marketing. Ia sejenis pemasaran yang sukar untuk diabaikan dan boleh dikatakan iklan tradisional yang sering anda lihat setiap hari. Antara iklan tradisional yang sering anda lihat adalah;-

  1. Print : Surat Khabar, Majalah Iklan dan Surat
  2. Broadcast : Televisyen, Radio
  3. Direct Mail : Postcard, Katalog dan Flyers
  4. Telephone : Sms Marketing, Telemarketing
  5. Outdoor : Billboard

Kelebihan Tradisional Marketing

1. Mudah berhubung dengan sasaran tempatan

Anda mudah untuk menyampaikan maklumat berkaitan produk atau servis anda kepada masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, Anda membuat satu iklan di radio dan ia memasarkan di kawasan sekeliling anda. Dari situ, anda akan mendapat satu golongan pelanggan tempatan.

2. Bahan yang boleh disimpan

Audience boleh menyimpan hard copy daripada bahan yang anda berikan kepada mereka. Mereka boleh membaca bahan tersebut berulang-ulang kali.

3. Mudah difahami

Audience mudah memahami apa yang disampaikan kerana ia mereka mengetahui strategi yang digunakan.

Pemasaran Perniagaan Digital

Jenis Digital Marketing

Digital marketing atau online marketing merupakan satu proses untuk memasarkan iklan yang dilakukan oleh usahawan melalui Internet. Antara jenis online marketing yang sering digunakan ialah;-

  1. Website
  2. Sosial Media Marketing
  3. Email Marketing
  4. Content Marketing
  5. PPC & SEM Marketing

Kelebihan Pemasaran Perniagaan Digital

1. Hasil Real-Time

Anda tidak perlu menunggu dalam masa yang lama untuk melihat hasil daripada peningkatan jualan produk anda.

2. Mudah untuk merekod data

Google analitic dan insight menyediakan tools yang membantu anda untuk mengawal dan melihat data dari masa ke semasa.

3. Boleh beriaksi dengan audience anda.

Anda boleh berhubungan dengan audience anda menggunakan platform sosial media. Jika anda menggunakan metode tradisional marketing, anda tidak mempunyai akses untuk berhubung dengan bakal pelanggan anda.

 Perbezaan Tradisional dan Digital Marketing

Pemasaran Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *