Bisnes online, satu kerjaya yang menjadi cita-cita ramai orang pada zaman teknologi ini. Ramai yang berjaya menjalankan bisnes online ini tetapi ramai juga yang gagal. Ini kerana bisnes online bukanlah sesuatu yang mudah. Ia sama sahaja dengan perniagaan yang lain atau kerjaya yang lain. Anda perlu tahu teknik dan strategi untuk berjaya dalam dunia bisnes online ini.

Sebelum buat bisnes online, anda perlu tahu 7 perkara asas ini untuk anda bersedia melangkah ke dalam dunia bisnes online. Jika anda sudah tahu 7 perkara asas ini, barulah anda merancang bisnes anda dari segi masa, strategi, teknik dan lain-lain.

1. Kaji selidik

Apa-apa perniagaan pun, ini adalah basic. Anda kena buat sedikit kajian dahulu berkenaan dengan bisnes yang anda nak lakukan. Antara perkara yang anda perlu kaji selidik adalah target pelanggan anda, target pasaran anda dan produk yang anda ingin jual. Setiap perkara tersebut anda kena buat SWOT analisis supaya anda tahu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bisnes online anda.

Daripada situlah anda dapat buat USP (Unique Selling Proint), iaitu keunikan produk anda yang berbeza dengan produk yang dijual di luar sana.

2. Customer Avatar

Customer avatar adalah profile pelanggan anda. Seperti contoh, umur, jantina, tempat tinggal, minat atau hobi dan lain-lain.  Ianya perlu untuk mensasarkan target pelanggan yang tepat supaya anda tidak membuang masa dengan target pelanggan yang tidak berminat dengan produk atau servis anda.

3. Bina platform di dunia online

Nama pun bisnes online, jadi anda perlulah nampak wujud dan aktif di online. Contohnya, anda boleh buka akaun facebook, instagram, buat blog, website dan lain-lain. Jika buat blog atau website sukar untuk anda, mulakan dengan media sosial yang biasa orang gunakan seperti facebook atau instagram. Baca di sini untuk bina jenama anda di media sosial terutama jika jenama anda baru dan kurang dikenali oleh orang ramai.

4. Masukkan kandungan

Lepas anda bina platform, masukkan kandungan yang berkaitan dengan perniagaan anda. Anda boleh masukkan informasi, gambar, video tentang perniagaan anda. Tetapi anda kena pastikan kandungan anda selesa dibaca dan dilihat oleh bakal pelanggan.

5. Tarik fans/followers

Anda kena wujudkan fans/followers perniagaan anda. Jika anda lihat jenama-jenama besar, mereka mempunyai fans/followers yang ramai. Ianya untuk menunjukkan perniagaan anda adalah baik, menarik, berkualiti dan boleh dipercayai. Ianya penting untuk maintain dan tingkatkan prestasi perniagaan anda supaya fans/followers anda tidak lari atau hilang kepercayaan kepada perniagaan anda.

6. Analisis Iklan

Jika anda ada buat iklan, analisis iklan tersebut. Adakah ianya mahal atau murah? Anda juga perlu tahu gunakan iklan jenis soft sell atau hard sell. Untuk tahu lebih lanjut tentang soft sell dan hard sell, boleh baca di sini.

7. Konsisten

Ini adalah perkara yang penting sekali. Pastikan anda konsisten lakukan bisnes online anda dengan masukkan kandungan pemasaran anda. Sebagai contoh, update page, blog dan sebagainya. Jika anda konsisten melakukan teknik atau strategi bisnes online dengan betul, InsyaAllah perniagaan anda akan berjaya.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *