Bumbu Agency & PPZ Lancarkan Program BANGKIT Bantu B40

 

BUMBU AGENCY mengambil inisiatif strategik melaksanakan Program BANGKIT anjuran Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi membantu Perusahan Kecil & Sederhana (PKS) serta golongan B40 yang terkesan dengan akibat pandemik Covid-19. 

 

Belajar Online Murah: Bumbu Agency & PPZ Lancarkan Program BANGKIT Bantu B40 Secara PERCUMA

 [Photo Source: Bumbu Agency]

Program ini memfokuskan kepada usahawan untuk mempekasakan bisnes mereka dalam platform digital yang lebih strategik dimana mereka akan dibimbing secara berterusan dengan modul yang komprehensif.

 

Usahama strategik dalam program BANGKIT ini juga adalah bagi menyeru seruan Perdana Menteri Malaysia, YB Tan Sri Muhydyin Yassin bagi  memperkasakan PKS beralih kepada khidmat digital dan atas talian.

 

Dalam Majlis Pelancaran & Sidang Media pada jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff memaklumkan bahawa pihaknya buat pertama kalinya bekerjasama dengan Bumbu Agency untuk mengadakan Program Webinar BANGKIT secara percuma kepada para usahawan di luar sana. 

 

“Program ini merupakan salah satu usaha dan tanda prihatin PPZ-MAIWP serta menyahut seruan Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, dalam untuk mengembleng tenaga membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.”

 

PPZ-MAIWP menyasarkan 3,000 penyertaan bagi Program Webinar Bangkit pada 30 September 2020. Program ini terbuka kepada seluruh masyarakat di seluruh negara. 

 

“Mereka yang berminat untuk menyertai Program Bangkit ini boleh terus mendaftar secara dalam talian di bangkit.zakat.com.”

 

Belajar Online Murah: Bumbu Agency & PPZ Lancarkan Program BANGKIT Bantu B40 Secara PERCUMA

[Photo Source: Bumbu Agency]

Menurutnya lagi, para peserta akan dilatih untuk memasarkan produk dan perniagaan menggunakan saluran digital seperti Facebook, Instagram, pembinaan lama Web dan Youtube oleh mentor pemasaran digital yang berpengalaman.

 

“Webinar Bangkit ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif Khaira PPZ dalam membantu peniaga kecil dan sederhana menerusi program tanggungjawab sosial korporat iaitu Program Bangkit Khaira PPZ.”

 

“Kami akan memilih beberapa orang peserta dari golongan B40 yang menyertai program bimbingan ini sehingga tamat dan akan memberikan bantuan modal sebanyak RM1,000 hingga RM3,000”- katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran Program Webinar Bankit di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP jumaat lalu.  

 

 

Menurut Pengasas Bumbu Agency, Dzulfaqar Hashim berkata, sesi pertama Webinar ini akan berlangsung dalam tempoh masa dua hingga tiga jam.

 

“Para peserta akan didedahkan dengan pemasaran digital dan kemudian mereka akan dihimpunkan di dalam Group Facebook yang tertutup bagi tujuan bimbingan.

 

“Di dalam group tersebut, semua peserta akan diajar menggunakan modul-modul pemasaran melalui video dan juga bimbingan secara berterusan,” katanya.

Popular articles

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *