Bumbu Agency Sdn Bhd

Servis SEO Malaysia : Spy Keyword Yang Pesaing Guna

Servis SEO Malaysia : Spy Keyword Yang Pesaing Guna

Servis SEO Malaysia | Makin ramai peniaga online yang dah mula membuat website perniagaan untuk produk dan perkhidmatan masing-masing. Bila dah ada website sendiri, dah tentu nak website muncul di enjin carian google. Tetapi, nak naikkan ranking website supaya muncul di 1st page google bukanlah perkara yang mudah. Itu sebabnya perlu guna servis seo malaysia dari Sifu Google Malaysia.

Servis SEO Malaysia

Apa Itu SEO?

Sebelum kami terangkan dengan lebih lanjut, fahamkan dulu apa maksud seo yang ditawarkan dalam servis seo Malaysia. SEO ialah mengoptimasikan sesuatu web supaya mendapat ranking teratas dalam enjin carian google apabila ada orang cari sesuatu keyword.

Saya bagi contoh supaya mudah faham.

Katakanlah setiap bulan ada 9,900 orang cari: resepi kek coklat, di Google.

Servis SEO Malaysia 1

Dan web kita ada menulis tentang resepi tersebut. Andai ada ramai orang cari maka sepatutnya kita dapat lebih pelawat dari Google betul? Tapi, kenapa kita tak dapat pun pelawat sebanyak itu dari Google. Sekadar belas-belas pelawat sahaja dari Google.

Maksudnya web kita tidak di SEO-kan sebaiknya. Sebab itu kita tak dapat pelawat yang banyak. Jadi wujudlah servis seo malaysia untuk membuatkan web kita mendapat pelawat yang banyak dari Google.

Servis SEO Malaysia Boleh Membantu?

Apa faktor menyebabkan web berada di kedudukan yang tinggi di dalam carian? Faktor ranking sesuatu website ada banyak (lebih 200 faktor ranking), tetapi dalam dunia SEO 3 asas SEO ini yang perlu kita kuasai:

1. Content (Keyword) Optimization

Dalam SEO Malaysia, segala-galanya bermula dengan keyword. Kenapa mula dengan keyword? Bayangkan mahu memancing ikan. Kita mengail ikan di tempat A. Guna umpan yang terbaik, joran yang banyak tapi selepas berjam-jam lamanya seekor ikan pun langsung tak dapat.

Dan keesokkan harinya mancing pula di tempat B. Apa yang menariknya baru je mengail tak sampai 10 minit dah dapat seekor ikan.

Sekarang apa kaitan dengan keyword? Kalau salah pilih keyword yang mahu rank dalam contoh tadi, salah pilih tempat memancing maka seorang pelawat pun kita tak dapat.

Jadi bila memilih keyword, pastikan kita pilih keyword yang ramai orang cari.

Andai carian bulanan keyword kita target tiada orang cari, maka kita buat kerja sia-sia. Jadi macam mana kita nak tahu carian bulanan sesuatu keyword? Mula-mula sekali kena buat keyword research.

2. Jenis Keyword Servis SEO Malaysia

Keyword ada 3 jenis:

  • Short-tail keyword: Keyword yang 1-2 patah perkataan.
  • Mid-tail keyword: Keywod yang kurang 3 patah perkataan.
  • Long-tail keyword: Keyword yang lebih 3 patah perkataan.

Biasanya, lagi panjang sesuatu keyword itu, maka lagi spesifik sesuatu carian seterusnya lagi mudah nak di ranking dan lagi senang nak convert pelawat kepada pembeli. Ini adalah salah satu strategy yang digunakan dalam servis seo malaysia.

Namun kekurangannya tak ramai orang cari keyword yang long-tail berbanding keyword yang short-tail. Bagi permulaan, fokuskan ranking long-tail keyword sebab mudah untuk di-ranking. Dan majoriti yang cari keyword long-tail mempunyai niat yang lebih jelas.

Dalam setiap carian atau keyword yang dicari ada niat atau tujuan disebaliknya. Adakah keyword yang dicari itu untuk mencari maklumat? Menyelesaikan masalah? Ataupun untuk membeli sesuatu?

Dalam seo servis malaysia, kita pecahkan niat pelawat kepada 3 jenis:

1) Informational Keyword: Orang guna keyword ini untuk mencari sesuatu maklumat.

Contoh keyword: tipspetuacara dan sewaktu dengannya.

Keyword jenis ini bagus untuk ditarget dan di-ranking oleh kerana ramai orang cari dan bila ramai orang cari, bagus untuk kumpul audience/pixel di retarget iklan semula kepada pelawat yang pernah masuk ke website.

2) Navigational keyword: Keyword mencari sesuatu jenama, syarikat atau produk.

Contoh keyword: facebookyoutubesiti nurhaliza dan sewaktu dengannya.

Keyword jenis navigational ini sukar untuk diranking sebab lebih kepada keyword short-tail (1 perkataan sahaja) bermaksud orang yang mencarinya sekadar nak tahu tentang sesuatu contohnya keyword football. Sebaiknya elakkan fokus ranking keyword begini.

3) Buying (Transactional) Keyword: Keyword mencari sesuatu tawaran menarik

Contoh keyword: kupon kereta axiabonusdiskaun shopeetestimoni produk ABC, skincare terbaik dan sewaktu dengannya.

Majoriti mencari keyword jenis transcational fokus nak membeli. Orang cari keyword ini dah tahu tentang produk atau servis. Tinggal nak cari tawaran yang terbaik sahaja lepas tu beli. Sudah tentu tak ramai yang cari sebab ianya keyword long-tail. Jadi kita boleh fokus untuk ranking keyword ini.

3. Cara Keyword Research Servis Seo Malaysia

Macam mana nak kenal-pasti berapakah carian bulanan sesuatu keyword? Macam mana nak tahu sesuatu keyword itu bagus untuk di-ranking dan apakah indikator keyword yang mudah untuk di-ranking.

Bila nak buat keyword research, lihat 3 perkara ini :

  • Carian Bulanan: Keyword yang kita nak rank ramai orang cari?
  • Nilai CPC: Berapakah nilai Cost Per Click (CPC) keyword tersebut?
  • Pesaing: Kita boleh tak buat konten yang lebih baik daripada website yang berada dalam top 5?

Untuk melihat berapa carian bulanan dan nilai CPC sesuatu keyword, boleh guna keyword tools percuma seperti:

Carian Bulanan Keyword SEO Servis Malaysia

Kalau lebih seribu carian bulannya, maka adalah petanda yang bagus. Walaupun carian bulanan tiada data keluar atau kosong tetap ada orang cari. Sebab tools ini hanya petunjuk atau anggaran je dan bukan data yang tepat.

Nilai Cost Per Click (CPC)

Bila buat keyword research dan ada nilai CPC, bermaksud ada orang buat iklan Google Ads untuk keyword tersebut. Ianya bermaksud bila ada orang buat iklan, maka ada orang jual produk dan ada orang membeli. Bahasa mudahnya, nilai CPC menunjukkan keyword tersebut ialah buying keyword. Ia petanda yang bagus.

Website Pesaing Guna Servis Seo Malaysia ?

Seterusnya lihat kepada top 5 website pesaing.

Servis SEO Malaysia 3

Konten: Adakah kita boleh buat konten lebih panjang (lebih daripada 700 patah perkataan), lebih dalam dan terperinci maklumat berbanding website pesaing?

Backlink: Tak pasti apa itu backlink? Buat masa sekarang lihat backlink pada top 5 web page pesaing, berapa banyak backlink pada page pesaing. Lagi banyak backlink bermaksud lagi sukar untuk di-ranking. Kita boleh lihat backlink sesuatu website guna Ubersuggest.

Setelah melihat konten dan backlink website pesaing dan tahu boleh buat lebih baik daripada pesaing, maka masuk bahagian kedua.

Web Page Optimization

Setelah selesai bab keyword, masuk pula bahagian mencipta konten yang mesra SEO. Atau dalam SEO kita panggil On-Page SEO Optimization. Ada dua jenis yang perlu kita optimasikan. On-page SEO dan Off-Page SEO.

Apa Itu On-Page Servis SEO Malaysia?

On-page ialah page yang berada di dalam website(domain) kita. Setiap page yang berada dalam website kita boleh dioptimasikan sepenuhnya. Apa yang boleh kita optimasikan agar mesra SEO?

Cara Optimasi On-Page SEO:

  • HTTPS – Google mengutamakan website yang ada HTTPS website yang HTTP sahaja. Kerana website HTTPS lebih secure di mata Google. Kita boleh pasang HTTPS menggunakan Let’s Encrypt(kebiasaannya ada dalam web hosting panel) atau pun guna CloudFlare.
  • URL mesra SEO – URL selepas nama domain kita. Contohnya: sifugoogle.my/ adalah URL yang mesra SEO, elakkan guna URL seperti ini sifugoogle.my/adf142123 sebab tiada keyword utama dalam URL tersebut. Dan elakkan juga guna breadcrumbs kerana ia sorokkan keyword kita pada URL.
  • Tajuk ada keyword utama – Andai buat konten tentang resepi kek coklat, letak keyword tersebut di depan bukan di belakang. Contohnya: Resepi Kek Coklat Moist yang Lazat Lagi Gebu.
  • H1-tag pada tajuk – Kebiasannya setiap theme yang kita guna sudah di-optimasikan untuk SEO. H1-tag pada tajuk utama digunakan sekali sahaja. Elakkan guna secara berlebihan kerana ia boleh beri kesan negatif kepada SEO.
  • Letak keyword utama pada 160 patah perkataan pertama dan pada setiap sub-tajuk jika boleh.
  • Guna pelbagai media gambar, video dan audio yang sesuai dan ringan (kurang 100 KB). Dan setiap media letak keyword utama jika boleh.
  • H2-tag pada sub-tajuk – Guna sub-tajuk h2-tag ke bawah pada sub-tajuk.
  • Responsive view (mesra mobile) – Kebanyakkan theme terbaru sudah mesra mobile.
  • Letak keyword pada gambar – Terutama pada alt text.
  • Letak social sharing pada page – Supaya mudah untuk pelawat share dan seterusnya boleh tingkatkan ranking di dalam carian.
  • Tulis artikel yang panjang 700 patah perkataan ke atas.
  • Letak internal dan external link – Internal link ialah link-kan semula kepada domain/website asal kita. External link ialah domain/website selain domain asal kita.

Apa Itu Off-Page Servis SEO Malaysia ?

Off-Page ialah page yang berada di luar website(domain) kita. Off-page memberi tahu kepada Google apakah website lain kata pada kita.

Macam mana Google tahu apa orang lain kata pada website? Berdasarkan backlink. Lagi banyak backlink berkualiti lagi relevan maka memberi tahu off-page SEO kita bagus seterusnya lagi tinggi ranking di dalam carian.

Kunci off-page SEO terletak pada backlink yang berkualiti dan releven. Backlink dalam bahasa yang mudah ialah vote atau sharing.

Backlink berkualiti ialah backlink daripada website yang lebih popular, lama serta tinggi domain authority.

Backlink releven ialah backlink yang sama niche. Website tentang diet backlink ke web tentang tips kurangkan lemak.

Links Optimization

Faktor terbesar dalam SEO ialah links atau selalu dipanggil backlinks. Backlink ialah vote atau dalam bahasa mudah share.

Contoh backlink: sifugoogle.my, kalau mention sahaja nama domain tak dikira sebagai backlink tetapi sifugoogle.my, yang ada hyperlink baru dikira sebagai backlink.

Lagi banyak backlink (share) maka lagi tinggi ranking website.

Kualiti VS Kuantiti Servis SEO Malaysia

Fokus pada backlink yang berkualiti berbanding kuantiti dalam servis seo malaysia. Cara untuk kenal-pasti backlink berkualiti ialah website tersebut lagi popular (higher domain authority) daripada website kita.

Contoh website yang popular seperti Wikipedia, Quora dan sewaktu dengannya.

Jenis link:

  • Internal link – Link yang link-kan semula ke domain/website asal. Sebagaimana yang saya bagi contoh sebelum ini
  • External link – Link yang link-kan ke domain/website luar. Bukan ke domain asal.
  • Dofollow backlink – Backlink ada dofollow atau tiada nofollow pada link.
  • Nofollow backlink – Backlink ada nofollow pada link.

Cara Bina Backlink SEO Malaysia

Cara cepat dan mudah sudah tentu share website kita ke social media yang ada. Facebook, Twitter, Pinterest, LinkedIn dan lain-lain. Share ni tidak terhad kepada social media semata-mata, termasuk jugak share ke web, blog, forum mahupun di mana sahaja web online di internet.

Cara lama yang masih lagi berkesan ialah blog walking. Dalam bahasa mudah ialah komen ke blog/website lain. Dan banyak lagi cara untuk bina backlink, kita boleh bina secara percuma dan organik atau pun cepat dengan berbayar.

Jika website masih baru, usia 6 bulan ke bawah elakkan beli backlink berbayar, sebab Google lihat ia tidak organik seterusnya melabel website kita sebagai spam dan website kita boleh kena ban.

Apa Itu Domain Age SEO Malaysia

Domain age ialah usia domain/website kita. Kebiasaannya jika usia domain lagi lama lebih 6 bulan ke atas, kebarangkalian dapat ranking lagi tinggi daripada website yang usianya lagi muda daripada kita, lebih mudah.

Sebab itu jika mahu dapatkan ranking dengan cepat untuk website baru, sebaik-baiknya beli expired domain, jika tidak kita terpaksa lalui fasa Google Sandbox.

Apa Itu Google Sandbox Dalam SEO

Google Sandbox adalah fasa berpantang untuk domain(website) baru. Biasanya dalam 3-6 bulan pertama website akan dikuarantin dan tidak keluar dalam carian. Dalam fasa ini, elakkan bina backlink yang berlebihan. Sekadar share ke social media dah cukup.

Tujuan Google Sandbox untuk lihat sama ada website kita spamfakescam atau sebenarnya website kita bersih dan selamat untuk pelawat. Maka selepas itu barulah keluar di dalam carian.

SEO Servis Malaysia Bagus Untuk Website Bisnes?

SEO akan datang terletak pada user experience. Maksudnya bila orang guna Google, Google mahu berikan pengalaman terbaik kepada penggunanya apabila menggunakan servis mereka.

Kenapa user experience penting bagi Google? Lagi tinggi user experience, maka lagi suka pengguna menggunakan produk atau servis mereka maka lagi lama (setia) pengguna menggunakan servis yang ada.

Syarikat carian nak bisnes tahan lama. Mestilah kena jaga customer supaya customer setia menggunakannya, kalau tidak customer lari pada pesaing yang lebih menjaga dan mengutamakan user experience customer.

Nak Servis SEO Malaysia Bantu Ranking Website Anda?

Jika anda mahu membina website yang convert lagi mesra SEO, maka saya jemput anda dapatkan servis seo malaysia.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com