Tips Memulakan Bisnes Makanan : Cara Mulakan Bisnes Makanan

Perniagaan makanan tidak dapat dipisahkan dalam masyarakat kita. Makanan adalah salah satu keperluan asas bagi manusia dan tidak kira ketika ekonomi baik atau teruk, orang tetap mencari makanan. Namun, sebelum buat bisnes makanan, perlulah tahu dulu tips memulakan bisnes makanan dengan cara yang betul.

Tips Memulakan Bisnes Makanan

Tips Memulakan Bisnes Makanan

1. Pilih makanan apa yang nak dijual

Tentukan jenis makanan apa yang nak dijual. Terdapat berpuluh-puluh pilihan makanan yang boleh dipilih.  Anda perlu memilih satu atau beberapa jenis makanan yang anda rasakan mahu jual kerana kualiti adalah lebih utama berbanding kuantiti.

Sebagai contoh, buat nasi lemak yang makanan kegemaran rakyat Malaysia. nasi lemak boleh dipasarkan dengan lebih luas.

Kalau ingin menambah beberapa ‘side dishes’ untuk dijual bersama, pastikan tidak terlalu kontra dari segi jenisnya dengan menu utama yang ingin dijual.

2. Merancang dengan teliti

Perancangan membolehkan anda mempunyai panduan dalam mengendalikan hala tuju perniagaan anda baik dari segi masa sekarang atau masa depan. Apabila sudah ada perancangan, ia lebih mudah kerana hanya perlu ikut plan yang telah dirancang.

3. Sediakan bajet yang secukupnya

Aspek penting yang perlu ada dalam senarai perancangan ialah bajet. Buat kira-kira dengan teliti akan modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan makanan tersebut. Elakkan dari membuat pinjaman dari syarikat ahlong.

4. Dapatkan bantuan dan nasihat dari pakar

Tidak mudah untuk memulakan sesuatu bisnes, walaupun perniagaan dari rumah sekalipun. Sebaiknya rujuk atau mintalah nasihat dan bantuan pakar terlebih dahulu. Rujuk dari mereka yang telah lama ‘makan garam’ dalam bidang perniagaan makanan tentang tips dan sebagainya. Anda mungkin akan dapati pengetahuan atau ilmu baru yang mungkin tidak anda ketahui sebelum ini.

5. Cari pembekal bahan mentah

Anda mungkin fikir mendapatkan bekalan bagi bahan mentah itu adalah mudah. Jika bahan tersebut adalah bahan kering yang mudah didapati di mana-mana kedai atau pasar raya, tidak menjadi masalah. Bagaimana  jika ia bahan yang perlu dibeli segar setiap hari?

Penting untuk anda mencari pembekal bahan mentah yang membolehkan anda mendapatkan bekalan setiap hari tanpa risau kehabisan stok supaya tidak terjadi kes ketiadaan bahan mentah untuk dimasak.

6. Buat research

Cuba lakukan tinjauan apa yang sedang mendapat permintaan ramai dan bagaimana dengan pasarannya? Atau, boleh sahaja gunakan kreativiti dengan mencipta resepi baru mahupun mengolah resepi yang telah sedia ada bagi menarik perhatian pembeli.

7. Gunakan kuasa viral dan viralkannya!

Jangan tunggu sehingga sudah siap semua persediaan barulah hendak hebahkannya kepada umum. Ketika masih dalam proses, sudah mula viralkannya, mungkin dengan cara ‘teaser’, menyebut tentang harga promosi pengenalan dan mula perkenalkan menu anda.

Dengan ini, orang akan tertunggu-tunggu produk makanan anda untuk mula dijual dan pada hari pertama anda sudah memulakan jualan, orang akan mula berpusu-pusu membuat tempahan. Cuba kaedah ini, dan anda pasti terkejut akan hasil dari kuasa viral!

Tips Memulakan Bisnes Makanan Dengan Betul

Semoga dengan perkongsian tips memulakan bisnes makanan ini membantu anda untuk memulakan perniagaan makanan bagi menambah pendapatan di samping mengasah lagi bakat memasak anda yang sedia ada.

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep updated ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *