Table of Contents

Tips Menulis Konten : 5 Tips Menulis Konten Berkesan

Pemasaran online menggunakan konten menjadi semakin popular sejak adanya media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Ramai yang bertanya, apa tips menulis konten yang berpotensi dan berkesan untuk digunakan dalam pemasaran online.

Tips Menulis Konten

Antara impak apabila menggunakan penulisan konten yang betul terhadap perniagaan anda seperti :

1. Pembeli suka tengok produk anda
2. Pembeli nak cuba rasa dan guna produk anda
3. Pembeli sukarela berkongsi mengenai produk anda

Ramai yang masih kurang jelas erti sebenar penulisan konten berkesan. Ada yang menyangka pemasaran konten yang macam itu adalah proses yang betul menulis artikel. Kongsikan di facebook, kemudian sangkanya menjadi viral.

Realitinya bukan begitu!

Sebenarnya dalam 10 konten yang ditulis, mungkin hanya satu sahaja yang menjadi. Namun ini pun sudah cukup hebat dan menjadi.

5 Tips Menulis Konten Berkesan

1. Tajuk yang mudah faham dan “catchy”

Pastikan tajuk yang anda mahu tulis tu tidak terlalu formal atau ringkas. Tujuannya untuk memastikan pembaca tidak berasa mudah bosan apabila membaca penulisan kita. Sebaiknya tajuk artikel ditulis seringkas yang boleh tetapi senang faham dan sempoi.

2. Susunan yang teratur dan kemas

Apabila menulis konten, perenggan konten jangan lebih 4 baris. Ini mengelakkan agar pembaca berasa mengantuk atau mengelakkan mata pembaca berasa letih. Letakkan diri kita sebagai pembaca. Adakah kita akan membaca penulisan konten seperti buat karangan? Sudah tentu tidak.

3. Masukkan kata kunci yang berkaitan

Pemilihan kata kunci antara faktor terpenting sebelum menghasilkan sesuatu konten. Kata kunci perlu berkait rapat dengan bisnes / servis yang anda buat. Buat sedikit analisis untuk mencari keyword apa yang ramai pengguna internet cari di enjin carian Google. Dari situ, barulah anda pilih keyword yang sesuai dan berbaloi dengan usaha anda.

4. Gambar yang berkaitan

Elemen gambar perlu dimasukkan untuk memfahamkan pembaca. Sebaiknya guna gambar yang diambil sendiri, sekiranya tiada, barulah menggunakan gambar dari sumber Google. Elakkan meletak gambar yang mempunyai tanda hak cipta. Ini kerana untuk mengelakkan risiko didenda kerana melanggar peraturan hak cipta. Masukkan sekurang-kurangnya 4 gambar.

5. Tawaran yang memukau

Tanpa tawaran yang menarik, bakal pelanggan anda tidak akan bertindak untuk membeli apa sahaja produk yang anda jual. Di bahagian tawaran ini, anda perlu menawarkan apa sahaja tawaran yang menarik untuk menarik perhatian bakal pembeli. Antara contoh yang anda boleh tawarkan seperti pemberian diskaun, voucher, freegift dan sebagainya.

Menulis konten memerlukan kesabaran dan kreativiti dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan berguna untuk para pembaca anda.

Dengan tips menulis konten ini, moga anda dapat manfaatkannya sebaik mungkin. Bila terhasilnya konten yang tepat untuk sasaran yang betul, proses dari prospek menjadi pembeli adalah tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *