Bumbu Agency Sdn Bhd

Pakaian Tradisional Melayu: Tips Pemilihan Baju Kurung Yang Ideal

Pakaian Tradisional Melayu: Tips Pemilihan Baju Kurung Yang Ideal

Pakaian tradisional melayu merupakan lambang kepada bangsa Melayu. Selain orang melayu, terdapat jugak kaum lain yang berminat untuk memakai pakaian tradisional kita. Banyak ciri pakaian tradisional yang dipotong dan dijahit dengan cara tersendiri.

Terdapat 2 jenis pakaian tradisional melayu yang popular, iaitu baju kurung dan baju Melayu. Umum mengetahui bahawa baju kurung adalah untuk kaum wanita dan baju melayu pula untuk kaum lelaki.

Pelbagai jenis potongan baju kurung direka dan dijahit untuk menarik minat orang ramai, tetapi tidak boleh berubah sepenuhnya mengikut potongan asal. Namun ciri-ciri tertentu pada setiap jenis pakaian menunjukkan aura dan keunikan yang tersendiri.

Pakaian Tradisional Melayu

Baju kurung dan baju Melayu untuk kanak-kanak juga dijahit mengikut saiz kanak-kanak. Hal ini kerana untuk memantapkan gaya pakaian tradisional dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, boleh dikatakan semua masyarakat Melayu akan memakai pakaian tradisional. Ia kerana untuk menunjukkan semangat dan kesetiaan mereka semasa menyambut hari lebaran itu.

Saya akan berkongsi tips pemilihan baju kurung yang ideal untuk para wanita mengikut kesuaian pada cara pemotongan baju dan bentuk tubuh masing-masing. Ini kerana untuk membantu mereka untuk lebih yakin dan cantik.

Pakaian Tradisional Melayu

Pakaian Yang Sesuai Dipakai untuk Interview

  1. Baju Kurung

    Baju kurung merupakan pakaian paling selamat untuk dipakai ketika hadiri interview.

    Tetapi elakkan daripada memakai baju kurung yang bercorak dan berbunga, yang mempunyai cetakan binatang ataupun corak yang terlalu besar.

  2. Kemeja dan Blazer

    Kemeja mesti dipakai bersama blazer untuk mengekalkan kekemasan diri. Elakkan daripada memakai suit yang ketat, sendat dan pendek serta menonjolkan bentuk badan.

    Pilih warna yang ringkas dan terdiri daripada warna-warna neutral seperti kelabu, navy blue, coklat, hitam atau krim.

  3. Blouse dengan Seluar/Skirt

    Pilih blouse  yang labuh, longgar dan sopan. Hindarkan daripada memiih blouse yang banyak corak dan fancy.  Pastikan seluar atau skirt tidak singkat, sendat atau jarang.

    Bagi seluar atau skirt pula, mestilahlah berwarna gelap dari kumpulan warna-warna korporat seperti hitam, navy blue, kelabu dan coklat. Elakkan daripada memakai skirt yang berpotongan kembang di bawah (bootcut).

  4. Aksesori

    Selain pemilihan baju, seluar dan skirt, pemilihan kasut dan aksesori lain juga penting. Pakai mengikut keperluan sahaja dan tidak berlebihan.

    Pemakaian solekan pula perlulah sesuai dan hanya dipakai untuk tidak kelihatan pucat atau tidak bermaya. Gaya tudung yang dipakai mestilah kemas dan menutupi dada.

 

Jenis-Jenis Baju Kurung

  1. Baju Kurung Kedah

    Baju kurung ini sama seperti blouse pendek yang singkat berbanding baju kurung lain. Ia menyerupai baju blouse selatan Thailand.  Baju ini biasanya dipakai bersama kain batik/sarung.

    Baju Kurung Kedah merupakan jenis baju kurung yang longgar dan diperbuat daripada kain kapas (cotton) yang berbunga kecil atau kain kasa tebal atau nipis yang jarang. Ia bergantung kepada corak yang dipilih.

  2. Baju Kurung Pahang

    Merupakan salah satu gaya yang digemari oleh wanita. Ia juga dikenali sebagai Baju Kurung Riau Pahang kerana dikatakan bahawa ia sebagai simbolik sejarah pertalian antara negeri Pahang dan Riau.

    Bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang adalah jenis berpesak bunga yang disambungkan dengan kekek gantung.

  3. Baju Kurung Pesak

    Jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita Melayu di Malaysia yang sesuai untuk semua peringkat umur.

    Adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju membezakan baju kurung ini dengan baju kurung lain.

  4. Baju Kurung Moden

    Untuk kelihatan moden, baju ini direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak.

  5. Baju Kurung Peplum

    Baju ini juga baju merupakan baju yang digemari ramai kerana ianya direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju.

    Ia juga digemari ramai kerana rekaannya yang unik dan tidak sama dengan rekaan baju kurung lain. Walau bagaimanapun  baju kurung lain tetap digemari ramai.

 

Tips Pemilihan Baju Kurung Yang Ideal

Saya akan berkongsi tentang pemilihan baju kurung mengikut tona kulit dan bentuk badan.

  1. Kenal pasti Tona Kulit
    Pakaian Tradisional Melayu

    Kenal pasti tona kulit anda sama ada warm, neutral atau cool.

    Tona Kulit “cool” lebih sesuai dengan warna yang tenang seperti biru, hijau dan ungu. “Warm” pula sesuai dengan warna merah, jingga dan kuning. Warna untuk “neutral” pula biasanya sesuai dengan semua warna terutamanya warna yang lembut.

  2. Ikut Bentuk Badan

    1.Badan Gempal dan Tinggi
    Sesuai menggayakan pakaian yang berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap dan hijau gelap kerana warna ini akan membuat pemakai kelihatan langsing.

    2.Badan Kurus dan Rendah
    Gayakan diri anda dengan menggayakan pakaian yang berwarna lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis yang menegak juga sesuai untuk membantu anda kelihatan lebih tinggi.

    3.Badan Kurus dan Tinggi
    Pemilik badan kurus dan tinggi pula sesuai memakai warna yang cerah seperti kuning, merah jambu dan hijau. Corak melintang dan bungan besar agar anda tidak kelihatan terlalu kurus.

    4.Bentuk Badan Buah Pear
    Pilih baju yang bercorak sama dengan kain dan dart baju di depan. Rekaan baju kurung Pahang sesuai dengan bentuk badan buah pear.

    5.Bentuk Badan Buah Epal
    Bentuk Badan Buah Epal pula dikatakan jenis yang cenderung bulat dan pendek. Warna yang sesuai ialah warna yang terang dan ceria di bahagian atas (baju) dan warna yang gelap di bahagian bawah (kain).

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan anda untuk memilih baju kurung dan warna serta corak yang sesuai dengan anda. Semoga anda semakin selesa dan yakin dengan gaya dan pemakaian anda setiap hari!

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com