Bumbu Agency Sdn Bhd

Tips WFH : Macam Mana Nak Kerja Lebih Produktif

Tips WFH : Macam Mana Nak Kerja Lebih Produktif

Tips WFH : Macam Mana Nak Kerja Lebih Produktif

 

Sejak pendamik coronavirus ni, ramai diantara kita yang terpaksa work from home (WFH). Disebabkan gejala ini kita terpaksa PKP sebanyak 3 kali dan ada sesetengah tempat yang memang dah tak boleh nak keluar rumah langsung! Jadi apa tips work form home supaya kita boleh kerja lebih produktif dan efesyen? Tips WFH

Sebelum kita pergi terus tips2, jom kita kenali dulu konsep WFH ni..

 

Tips WFH : Macam Mana Nak Kerja Lebih Produktif

 

KONSEP WORK FROM HOME

Konsep work from home adalah merupakan konsep yang dicipta disebabkan gejala yang berluas-luasa yang membelengu di dunia kita. Macam mana work from home tu? Okey, work from home itu bermaksud kita bekerja seperti biasa tapi bekerja dari rumah. Anda tidak perlu datang ke office untuk menyiapkan tugasan kalian

 

KELEBIHAN WORK FROM HOME

  • Tidak perlu tergesa-gesa
  • Boleh membuat kerja mengikut waktu sendiri
  • Boleh pakai baju yang santai
  • Boleh bekerja mengikut keselesaan sendiri

 

KELEMAHAN WORK FROM HOME

  • Disiplin kerja yang tak teratur
  • Membuat kerja sambil lewa
  • Hasil kerja kurang memuaskan
  • Pembincangan atas talian yang kurang efiktif
  • Mempunyai banyak misscomunication
  • Jadi malas

 

TIPS WFH YANG LEBIH EFEKTIF

Untuk menghasilkan hasil kerja yang bagus semasa work form home, berikut merupukan tips yang anda boleh amalkan supaya kerja anda menjalankan tugas yang lebih baik dan efektif.

1- Bangun Awal Pagi Seperti Biasa

Jadikan amalan bangun awal pagi sebagai rutin harian anda. Jika anda yang dah terbiasa dengan habit atau rutin bangun lambat kerana dah terbiasa work from home sebelum ini. Cuba anda ubah habit anda tersebut, bayangkan anda bersiap untuk pergi kerja macam biasa.

Hal ini akan membantu untuk mewujudkan mood bekerja yang positif dan dapat mengelakkan diri daripada bermalas-malasan.

Pesan pada diri sendiri, jika syarikat anda membayar gaji penuh walaupun musim pkp. Itu bermakna amanah anda tetap mengikut waktu bekerja anda semasa di pejabat. Itu adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada anda.

 

2- Mencari Ruang Kerja Yang Selesa

Tips untuk menjalankan tugas dengan baik adalah dengan mencari tempat dan ruang kerja yang selesa. Cara ini boleh mewujudkan suasana kerja yang lebih tenang dan mudah untuk anda fokus.

Sebaiknya, postur badan berada dalam keadaan yang selesa dan ruang yang anda pilih tidak mempunyai banyak gangguan yang dapat menghilangkan fokus anda semasa membuat kerja.

[PERINGATAN: ELAKKAN MELAKUKAN KERJA DI ATAS KATIL]

 

3-  Buat Checklist Taks Harian

Bagi mengelakkan anda terlepas untuk melakukan task harian anda. Sebaiknya, sebelum start untuk mulakan kerja pagi tersebut. Ambil masa beberapa minit untuk check balik pending task semalam, listkan task baru yang anda terima daripada bos atau ketua anda!

Kemudian, update task anda dalam group supaya rakan-rakan dan boss maklum dan keep on track dengan tugasan anda pada hari tersebut.

 

4- Jangan Skip Makan (Breakfast & Lunch)

Buat kerja, kerja juga tapi anda juga perlu menjaga kesihatan anda supaya masa anda tengah buat kerja nanti anda tidak sakit perut kerana lapar dan mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugas.

Ingat! Anda masih perlu mengunakan banyak tenaga pada hari hari seterusnya. Lagi2 musim-musim pkp ni! Jaga kesihatan dan pemakanan anda! Kalau sempat untuk masak waktu lunch better masak.

 

5- Sentiasa Berkomunikasi Dengan Rakan Sekerja

Bila WFH ni, kita perlu banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja supaya tidak timbul misscomunication antara kita. Sebelum start untuk buat kerja, pastikan phone anda tidak berada dalam keadaan silent, kamera dalam keadaan baik dan wifi anda dalam keadaan baik.

 

Sekian setakat itu sahaja perkongsian tips daripada saya. Semoga sedikit sebanya dapat membantu anda untuk bekerja smart dan produktif semasa work from home.

 

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: hello @ bumbu.agency

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

  1. Instagram: @bumbu.agency
  2. Facebook: Bumbu Agency
  3. Twitter: @bumbuagency
  4. Tiktok: @bumbuAgency

 

 

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com