Bumbu Agency Sdn Bhd

tools percuma seo

Tools Percuma SEO: 5 Tools Untuk Mencari Keyword

Tools Percuma SEO: 5 Tools Untuk Mencari Keyword

Google Marketing atau SEO merupakan satu kaedah untuk memasarkan produk atau servis menggunakan platform Google. Melalui Google Marketing, anda boleh sasarakan produk atau servis anda kepada sasaran dalam dan luar negara. Terdapat beberapa tools percuma seo atau google marketing.

Hasil yang diperuntukkan lebih cepat berbanding dengan teknik pemasaran yang lain, terutamanya dengan penggunaan keyword yang sesuai untuk sasaran pelangan anda.

Bagaimana cara untuk dapatkan Keyword yang sesuai dengan sasaran pelanggan anda?

Saya senaraikan 5 tools yang percuma untuk mencari keyword yang sesuai dan tepat khusus untuk anda.

Tools Percuma Untuk SEO: 5 Tools Untuk Mencari Keyword

5 Tools Percuma SEO

1. Google AutoComplete

Klik ke www.google.com.my dan taip perkataan atau keyword yang anda nak cari. Senarai cadangan keyword yang relevan dan berkaitan akan di paparkan kepada anda. Keyword yang anda perolehi ni adalah keyword yang terkini dan popular kerana mengikut Google, paparan pada Google AutoComplete ni akan berubah mengikut beberapa faktor antaranya populariti dan terkini.

2. UberSuggest

Layari website https://neilpatel.com/ubersuggest/ dan masukkan keyword dan pilih bahasa lokasi. Anda di ingatkan untuk berhati-hati dalam memilih keyword kerana biasanya akan terdapat banyak keyword cadangan yang terpesong dan tersasar jauh dari keyword sepatutnya.

3. KeywordTool.io

Ianya boleh digunakan secara percuma dan juga berbayar. Anda hanya perlu layari website https://keywordtool.io, masukkan keyword cadangan, kemudian pilih bahasa dan lokasi, dan tekan search. Tool ini tidak menunjukkan data penuh dan meminta anda upgrade ke pro untuk akses data sepenuhnya. Namun, untuk permulaan, keyword yang dipaparkan secara percuma sudah memadai untuk anda mulakan kempen google marketing anda.

4. Keyword Planner

Layari jer https://ads.google.com/. Klik pada Tools > Planning > Keyword Planner. Klik “Find Keywords” dan taip keyword cadangan, kemudian tekan “Enter” dan klik “Get Started”. Pilih dari senarai keyword relevan yang di paparkan.

5. KWFinder

Anda boleh gunakan tools ini secara percuma mahupun berbayar. Layari https://kwfinder.com/. Masukkan keyword cadangan, kemudian pilih lokasi serta bahasa sebelum tekan “Find Keywords”. Pastikan anda hanya pilih keyword yang yang berkaitan produk atau servis anda sahaja.

Saya harap artikal kali ini dapat membantu anda untuk mencari keyword yang sesuai dan tepat untuk website anda. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai SEO, Anda boleh pergi ke website kami: Bumbu Agency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com