Video Iklan Produk: Video Iklan Bantu Naikkan Jualan Anda

Tidak perlu mengupas lebih panjang mengenai kepentingan dan kelebihan video kerana kita semua sudah sedia maklum betapa pentingnya video iklan produk pada masa kini. Rata-rata orang yang viral kerana disebabkan oleh video yang dimaut turun di media sosial.

Jadi bagi usahawan yang baru nak mulakan bisnes, mereka perlu pandai mengambil peluang untuk menggunakan video untuk mengiklankan produk mereka. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa perkara penting mengenai video iklan produk.

Kalau kita nak bercerita mengenai video iklan produk memang tak akan habis. Terlalu banyak perkara yang kita perlu pelajari dari hari ke hari sampai kita betul-betul mendalami ilmu ini.

Video Iklan Produk: Video Iklan Bantu Naikkan Jualan Anda

Maksud Video Iklan Produk

Apa yang dimaksudkan oleh video iklan produk ini? Sebuah iklan yang dijadikan video untuk mempromosikan sesebuah produk.

Tujuan video dibuat adalah untuk menarik pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan. Sejak akhir-akhir ini, Iklan dalam bentuk video merupakan satu jenis iklan yang semakin ‘Trendy’.

Dengan menggunakan elemen yang kreatif, video merupakan medium yang menjadi perhatian orang ramai serta mencatat jumlah engagement yang tinggi.

Kami juga tak terkecuali untuk menggunakan medium ini sebagai platform untuk menjalankan kempen iklan klien-klien kami. Alhamdulilah dengan rezeki Allah S.W.T, kempen yang dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada pengguna.

[Antara video yang kami pernah hasilkan]

Paling best, kami tidak memerlukan khidmat daripada videographer yang mahal-mahal!

Jadi Bagaimana video iklan produk dapat membantu anda untuk menaikkan jualan produk anda? Let dive in together!

Kelebihan Video Iklan

Apa kelebihan video iklan ini? Ini adalah beberapa kelebihan yang saya telah senaraikan untuk anda.

  1. Dapat meningkatkan personaliti bisnes
  2. Dapat dilihat bila-bila masa dan dimana jua
  3. Dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam
  4. Dapat meningkatkan interaksi dengan pelanggan
  5. Dalam membina kepercayaan pelanggan

Inilah beberapa kelebihan yang anda akan perolehi jika anda membuat video iklan untuk produk anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut kelebihan video, tekan di link ini.

Video Boleh Tingkatkan Jualan ?

Video produk mempunyai kemampuan untuk membantu orang memahami maklumat atau produk yang anda jual dengan lebih baik.

“64%-85% penonton lebih cenderung untuk membeli produk setelah menonton video iklan produk.”Kissmetrics, blogger.

Tiada kaedah yang tepat untuk membuat video yang effective tetapi ada beberapa langkah yang dapat diambil yang dapat membantu untuk membuat pilihan maklumat mengenai produk yang  ingin disampaikan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat video untuk perniagaan anda.

  1. Konteks: Sekiranya video anda tidak masuk akal, orang tidak akan cenderung untuk membeli. Produk anda perlu ditunjukkan cara penggunaannya dan kelebihan yang ada pada produk anda. Ini yang menjadikan pelanggan ingin kembali untuk mendapatkan lebih banyak.
  2. Ringkas: Tidak ada yang mahu menonton video yang panjang membosankan. Matlamat untuk membuat video teratas pada 30 saat – terutamanya ketika berkongsi di media sosial.
  3. Boleh dihayati: Kandungan harus mengaitkan jenama anda dengan orang yang menonton. Anda mahu penerbitan video menunjukkan emosi, ketelusan, dan kejujuran – sama ada animasi atau orang sebenar.

Menjalankan iklan menggunakan medium video adalah merupakan cara yang sangat tepat untuk meningkatkan trafik dan jualan anda. Insyaalah dengan cara ini, dapat membantu anda serba sedikit untuk meningkatkan hasil jualan anda.

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu [email protected]

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

  1. Instagram: @bumbu.agency
  2. Facebook: Bumbu Agency
  3. Twitter: @bumbuagency
  4. Tiktok: @bumbuAgency

Popular articles

INGIN DAPATKAN KONSULTASI SECARA PERCUMA ?

konsultasi perniagaan anda secara percuma untuk 30 minit isikan form dibawah untuk kami hubungi anda

Want to keep ?

we will send you a notification for new articles so you don’t miss out.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *