Table of Contents

Wabak Covid-19 : Perniagaan Terjejas Akan Dibantu Oleh BPMB

Susulan wabak Covid-19 yang semakin menular di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di seluruh Malaysia.

Ekoran perintah yang diumumkan oleh kerajaan, banyak perniagaan yang terjejas. Tidak kira golongan peniaga kecil malah syarikat-syarikat korporat juga turut menerima impak yang sama.

Wabak Covid-19

Terkesan dengan nasib para peniaga terutamanya industri kecil dan sederhana, Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) sedia menawarkan bantuan untuk membantu pelanggannya yang mengalami operasi perniagaan terjejas mungkin dari segi kewangan berikutan penularan jangkitan Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata pihaknya akan meneroka kaedah untuk menyokong mereka yang terjejas, dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi pelanggan.

BPMB, yang dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara.

Ia termasuk menyediakan pembiayaan kepada perusahan kecil dan sederhana, termasuk pihak yang terlibat dalam pembuatan, pembinaan, pembekalan, pengangkutan, pertanian, hospitaliti dan teknologi maklumat.

Kami menyambut baik saranan yang ditunjukkan oleh BPMB ini.

Diharap sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga yang terjejas perniagaan mereka kerana wabak Covid-19. Ianya adalah inisiatif terbaik agar kerugian dapat diminimakan dan dipulihkan dari semasa ke semasa.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *