Bumbu Agency Sdn Bhd

social media marketing

4 Kesalahan Dalam Social Media Marketing

Zaman sekarang ini kita selalu nampak ramai usahawan atau ahli perniagaan menggunakan social media sebagai tempat untuk marketing. Ianya disebabkan ramai masyarakat yang menggunakan social media seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Jadi untuk lebih dekat dengan bakal prospek, usahawan atau ahli perniagaan mengambil peluang dengan menggunakan social media marketing.

Social media marketing ini boleh membuatkan perniagaan anda berkembang dengan baik dan dalam masa yang sama boleh membuatkan perniagaan anda jatuh. Kenapa ianya boleh membuatkan perniagaan kita jatuh? Ini kerana social media marketing yang kita buat ada kesalahan. Di sini saya berikan 4 kesalahan dalam social media marketing:

1. Terlalu banyak social media channel

Kalau disenaraikan memang banyak social media sekarang. Kadang-kadang yang kita tak pernah dengar pun. Ianya menjadi masalah jika kita tidak dapat kawal content dalam semua social media dari segi waktu dan juga kekerapan. Ini kerana setiap content yang kita post adalah berbeza mengikut social media tersebut dan juga penggunanya. Sebagai contoh content yang kita post di Facebook mungkin perlu diubah suai jika kita ingin post di Twitter.

Tambahan pula, setiap channel yang kita jadikan platform untuk social media marketing perlu kita maintain setiap masa. Jadi kita perlu pastikan yang kita dapat kawal kesemua channel social media marketing kita dari segi masa, kekerapan dan lain-lain.

2. Mengabaikan maklum balas bakal prospek

Anda perlu beri feedback sama ada anda dapat komen yang baik ataupun buruk. Bakal prospek atau pelanggan suka apabila kita memberikan feedback kerana ia menampakkan perniagaan kita mesra pelanggan. Lagi cepat anda balas, lagi tinggi peluang anda untuk menukar prospek menjadi pelanggan atau menjadikan pelanggan tersebut pelanggan yang setia.

Ada kajian yang mengatakan, 71% pelanggan yang ada pengalaman jual beli yang baik dengan perniagaan anda akan mencadangkan perniagaan anda kepada orang lain.

3. Posting content secara manual

Buat content dan uruskan social media channel yang kita ada secara kerap adalah satu tugas yang sukar. Ianya memerlukan banyak masa dan usaha. Dan inilah antara sebab banyak perniagaan yang gagal untuk update content selalu. Tapi nasib baik zaman sekarang ini, banyak tools yang kita boleh guna untuk update content dengan pantas dan teratur. Sebagai contoh untuk posting anda boleh guna Hootsuite, Buffer dan Sprout Social. Untuk grafik pula boleh guna Canva.

4. Tidak mengoptimumkan kandungan untuk setiap platform

Setiap social media adalah berlainan cara untuk kita marketing. Sebagai contoh, hashtags sesuai digunakan di Instagram tapi di social media lain tidak sesuai, jumlah perkataan di Facebook tidak sama di Twitter. Dan begitu juga dengan social media yang lain-lain. Anda kena tahu gaya social media marketing di setiap platform social media.

Social media marketing bukan setakat sign up, log in dan posting biasa sahaja malah lebih daripada itu. Banyak kerja yang perlu dilakukan dalam social media marketing tetapi ia sangat berbaloi. Jika anda mahu bina jenama di media sosial boleh baca di sini.

FOLLOW:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
YouTube: Bumbu Agency

 

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com