Bumbu Agency Sdn Bhd

Ayat Iklan facebook ads: 5 Asas Perlu Tahu Dalam Copywriting

Ayat Iklan facebook ads: 5 Asas Perlu Tahu Dalam Copywriting

Ayat Iklan facebook ads: 5 Asas Perlu Tahu Dalam Copywriting

Belum mula membuat ayat copywriting anda sudah pening? tidak tahu bagaimana cara untuk mula menulis ayat copywriting? Ramai yang hadapi masalah tak ada idea nak buat ayat iklan. Kadang-kadang tu sampai hampir 1 jam renung je skrin komputer tu, tapi idea tak keluar-keluar juga. Jangan risau! Saya akan kongsikan 5 asas yang anda perlu tahu dalam ayat copywriting.

Ayat Iklan facebook ads: 5 Asas Perlu Tahu Dalam Copywriting

Apa itu Copywriting?

Copywriting lebih mudah dikenali sebagai ayat jualan/ayat promosi/ayat memujuk pelanggan/ayat pukau pelanggan atau apa saja dengan objektif mempengaruhi prospek, dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Dan sudah pasti, tindakan yang dimahukan adalah MEMBELI! 

5 Asas Perlu Tahu Dalam Copywriting

1.Anda tidak perlu membuang masa

kalau dulu seharian suntuk anda fikirkan ayat untuk membuat iklan, sekarang mungkin anda dapat menyelesaikan satu ayat copywriting dalam masa 2/3 jam.

2.Tidak lagi was-was

Anda yakin untuk menulis ayat iklan kerana inilah format yang digunakan dalam menulis ayat iklan mereka.

3.Menulis iklan tanpa testimoni pelanggan

Tanpa testimoni pelanggan pun anda masih boleh menulis iklan dengan baik.

Okey sekarang anda sudah mengetahui apa kelebihan dan manfaat jika anda mengetahui asas dalam copywriting. Persoalannya, apa asas-asanya?

1.Headline

Headline adalah tajuk utama yang anda cuba ingin sampaikan dalam iklan anda atau dengan kata lain ayat yang memukau untuk menarik perhatian pembaca untuk terus membaca penulisan anda.

2.Intro

Tujuan utama intro adalah untuk kita pastikan yang audience akan terus membaca kepada penulisan kita yang seterusnya. Intro yang baik adalah apabila kita mampu membuat audience berhubung dengan iklan kita seolah-olah iklan berkenaan sedang bercakap dengan mereka.

3.Body

Disini kita perlu terangkan bagaimana produk yang kita jual itu boleh memberi manfaat kepada mereka. Yang terbaik adalah jika kita mampu kaji sedalam-dalamnya produk kita untuk mendapatkan manfaat yang tersembunyi daripada produk kita.

Saya ambil contoh menjual Ubat Kurus.

Direct Benefit – Mumpunyai bahan organic yang dapat membantu mengurangkan berat badan anda.

Hidden Benefit – Anda dapat memiliki bentuk badan yang cantik dan slim.

Pada bahagian body, anda boleh pilih untuk melakukan iklan berbentuk perceritaan atau dalam bentuk menekankan USP (Unique Selling Point).

4.Offer

Untuk menjual mestilah ada tawaran bukan? Tawaran ini tidak semestinya diskaun kalau ada boleh jadi ia lebih bagus. Mahu masukan harga atau tidak pada bahagian ini terpulang kepada anda.

5. Call to Action (CTA)

Suruh orang komen PM pon boleh dikira sebagai CTA. Namun, pada kebiasaanya kita akan letakan no telefon dan link whatsapp untuk orang yang berminat menghubungi kita. Jika di kempen iklan facebook pada kebiasaannya saya akan letakan butang mesenger atau whatsapp untuk orang klik terus.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com