6 Perkara Supaya Jualan Anda Padu dan Bertahan
Pada peringkat awal apabila anda berbisnes, kita perlu cari pelanggan. Jualan mestilah dilakukan dan memastikan duit jualan masuk. Untuk memastikan jualan bertahan lama dan padu, ada perkara lain yang kita perlu buat dan pertimbangkan. Janganlah kita menggunakan cara seperti fasa awal semasa buat bisnes.
Inilah 6 perkara yang saya selalu dibincangkan dengan klien consulting saya. Semua point yang saya terima daripada nota contengan saya yang disimpan khas untuk anda semua. Jadi anda perlulah pertimbangkan dan lakukan dengan baik.
1. Jaga Pelanggan Sedia Ada
Jika ditanya bagaimana hendak meningkatkan bisnes majoriti daripada kita (90-99% orang) akan memberi jawapan ‘tambah customer’. Mungkin ini sahaja jawapan yang logik yang boleh difikirkan lagi-lagi kepada mereka yang baru sahaja mulakan bisnes.
Namun mereka tidak sedar bahawa kita boleh berbisnes dengan pelanggan yang sedia ada. Mencari pelanggan baru memerluakan kos. Pelanggan yang ada pula selalu diabai. Antara cara untuk menarik supaya pelanggan anda setia adalah dengan memberi promotion atau diskaun kepada mereka yang kerap membeli atau membeli dengan kuantiti dengan banyak. Banyak usahawan mahupun kedai-kedai menggunakan cara ini dengan adanya kad keahlian sebagai tanda loyalty mereka kepada kita. JAGA pelanggan anda yang sedia ada.
2. Customer Avatar (Fahami Pelanggan)
Sebagai peniaga, kita perlulah kenali dan fahami apa yang yag diinginkan oleh pelanggan, apa yang mereka suka; apa mereka buat; gaji berapa; tinggal di mana; tinggal di rumah bagaimana; kereta apa mereka pandu; anak bersekolah di mana; apa aktiviti anak mereka; mereka shopping di mana.
Kefahaman ini memudahkan proses kita untuk melihat masalah mereka, menyelesaikan masalah mereka dan menambah nilai dalam kehidupan mereka. Mahu tahu apa yang bernilai? Fahami pelanggan anda. Buat customer avatar & kaji mereka.
3. Sales Funnel: Perjalanan Pelanggan Bersama Kita
Apabila pelanggan sudah membuat pembelian untuk kali pertama, maknanya mereka sudah kenal kita. Pastikan mereka mendapat nilai sebaiknya. Pastikan mereka gembira. Cari jalan untuk beri lebih nilai. Tawarkan lebih produk & backend product. Pelanggan yang sudah percaya akan membeli lagi dari kita. Jangan abaikan mereka.
4. Learn The Habit, Build The Habit
Pelajari tingkahlaku dan tabiat pelanggan anda. Apa yang mereka buat. Mengapa mereka buat. Bagaimana mereka buat. Waktu bila mereka aktif dalam media sosial. Bina tingkahlaku dan tabiat pelanggan dalam diri kita. Dengan cara ini kita lebih memahami mereka secara tidak langsung jualan kita naik dan boleh bertahan dan semestinya padu. Ini juga membuatkan mereka percaya & nampak nilai yang kita tawar agar pelanggan membeli dari kita.
5. Berapa Nilai Seorang Pelanggan Kepada Bisnes Kita?
Kira lifetime value of customer. Kalau pelanggan membeli untuk kali pertama, kemudian terus kita mengabaikan kerana kita merasakan seorang pelanggan nilainya tidaklah seberapa. Apabila kita masukkan data, melihat mereka membeli berkali-kali selama bertahun-tahun. Berapakah nilai mereka? Banyak kan? Oleh itu, fikir dulu sebelum abaikan hatta seorang pelanggan pun supaya jualan atau sales anda boleh tahan lama.
6. Data Pelanggan, Data Pembelian, Corak Penjualan
Satu-satunya cara untuk tahu sejauh mana jualan berjalan adalah dengan merekod data. Anda pula ingin menaikkan jualan tetapi persoalannya anda mahu tingkatkan kepada berapa peratus? Setakat ini ada sudah menjual berapa? Produk manakah yang laku? Produk mana yang untung? Tiada data jualan? Rekodkan mulai sekarang! Kita tidak kan tahu bagaimana nak tambah baik tanpa kita tahu situasi sekarang.
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram:bumbuagency
Leave a comment: