Bumbu Agency Sdn Bhd

Cara Naikkan Followers Instagram : Tips Naikkan Followers Di Instagram

Cara Naikkan Followers Instagram : Tips Naikkan Followers Di Instagram

Apabila anda mula membuat perniagaan online, Anda mesti membayangkan bagaimana mudahnya untuk menjual produk jika anda mempunyai pengikut setia di akaun Instagram. Akan tetapi untuk mendapatkan 1000 followers pertama tidak mudah seperti yang disangka. Anda perlu tahu bagaimana cara naikkan followers instagram.

Kami akan mengupas topik tentang cara bagaimana naikkan followers dalam masa yang singkat. Sebelum kita mengupas topik ini, Anda perlu tahu kenapa Instagram penting dalam menaikkan hasil jualan perniagaan anda.

 

Cara Naikkan Followers Instagram

Kepentingan Instagram

Dalam artikel yang lepas, kami ada memberitahu untuk menang dalam dunia perniagaan, anda perlu sentiasa berhubung dengan audience anda. Ini bukan sahaja penting untuk bertahan meningkatkan market jenama perniagaan anda malah untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa yang panjang.

Apa kepentingan yang ada pada Instagram?

1. Meningkatkan Engagement

Lebih 150 juta pengguna di Instagram platform. Jika anda mempunyai akaun Instagram yang aktif dengan perkonsian konten yang bermanfaat dan berguna kepada audience. Anda akan mempunyai audience yang setia dengan anda sekaligus meningkatkan engagement di antara follower Instagram anda.

2. Membina Kepercayaan & Personaliti

Jika anda berjaya untuk meningkatkan engagement follower anda. Secara tak langsung, anda sudah membina trust dan personaliti brand anda di kalangan mereka.

3. Pelanggan Yang Berpotensi

Instagram membantu anda untuk mencari ramai pelanggan kerana di Instagram adalah tempat mereka ‘lepak’.  Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering melayari internet khususnya di Instagram.

Sekarang anda sudah mengetahui kenapa Instagram memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan perniagaan anda di online platform. Seterusnya, bagaimana cara naikkan followers di Instagram anda.

Cara Naikkan Followers Di Instagram

Untuk mendapatkan follower dalam masa yang singkat adalah amat mustahil.

Anda perlu buktikan bahawa anda mempunyai produk atau servis yang berkualiti tinggi. Produk anda merupakan produk yang dapat membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Jika anda tidak dapat membuat bakal pelanggan anda untuk percaya dengan produk atau jenama anda. Bagaimana anda ingin menukarkan mereka menjadi first buyers anda? sekaligus untuk menjadikan mereka sebagai follower anda.

Agak mustahil! Akan tetapi tidak mustahil jika anda mengikut beberapa tips mudah cara naikkan followers di Instagram anda.

1. Post Content Secara Konsisten

Salah satu cara untuk mendapatkan followers di Instagram, anda perlu sentiasa membuat posting secara kerap mengenai content yang memberi impak kepada follower anda. Anda perlu mengetahui apa yang pengikut anda perlukan dan mengapa mereka perlu untuk follow anda di Instagram. Cara ini juga secara tak langsung membantu untuk meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk dan jenama anda.

2. Meminta Mereka Share Content

Content yang anda post, boleh minta pengikut memberi respon berkaitan dengan post anda atau kongsikan kepada rakan-rakan mereka yang lain. Cara ini membantu untuk meningkatkan follower juga. Akan tetapi, cara ini mungkin kurang sambutan jika konten yang anda post kurang menarik atau kurang memberi manfaat kepada mereka.

3. Curi Followers Pesaing

Salah satu cara mencari dan mendapatkan followers adalah dengan ‘mencuri’ followers niche anda. Bagaimana cara ini dapat membantu? Orang yang follow pesaing anda merupakan orang yang mempunyai minat terhadap jenama atau servis pesaing anda. Jadi anda mempunyai peluang yang sama jika anda follow mereka. Kemungkinan besar, mereka juga akan follow anda semula dan secara tak langsung menyukai produk atau servis anda.

4. Paid Review

Satu lagi cara yang dapat membantu anda untuk meningkatkan pengikut di akaun Instagram anda adalah dengan cara membuat paid review. Bagaimana? Jika anda mempunyai bisnes makanan, anda boleh mengupah influencer atau instafamous untuk memberi reaksi mereka terhadap makanan anda. Cuma anda perlu melaburkan sedikit duit mengupah influencer dan instafamous untuk membuat review produk anda.

Written by

0173260632

9 Comments

  • auni

    26july2020 tahnksyouuu

    • Balqis

      Sama-sama Cik Auni, Saya harap ia dapat membantu Cik Auni serba sedikit untuk meningkatkan follower instagram Cik Auni :) Jika Cik Auni ada sebarang soalan atau cadangan topik apa yang Cik berminat untuk tahu. Cik Auni boleh maklumkan kepada kami. InsyaAllah, akan cuba merealisasikan khas buat Cik Auni.

    • Balqis

      Alhamdulillah, Terima Kasih Cik Farisya. Saya harap ia dapat membantu Cik serba sedikit untuk meningkatkan follower Cik Farisya. Kalau Cik Farisya ada sebarang persoalan dan cadangan, Cik boleh maklumkan kepada kami. Kami sedia untuk membantu Cik :)

  • Balqis

    Hai, terima kasih kerana bertanya. Okey macam ni cik, tips yang saya kongsikan memang akan membantu cik untuk naikkan follower di instagram tapi ia akan makan sedikit masa. Consistent tu penting. Kalau Cik Nabila ada sebarang persoalan atau cadangan, Cik boleh maklumkan kepada kami. Kami sedia untuk membantu!

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com