Tip Bisnes Orang Muda : Kenapa Orang Muda Perlu Mula Berniaga?
Tip Bisnes Orang Muda : Kenapa Orang Muda Perlu Mula Berniaga?
Jika anda berusia bawah 30-an, sering cari ilmu tip bisnes orang muda dan dah mampu kumpul kekayaan sengan perniagaan sendiri. Banyak faedah dan kelebihan yang anda akan perolehi bila anda ada bisnes sendiri ni.
Siapa tak cemburu bila dengan umur yang muda, anda sudah menggapai impian anda, memiliki sesuatu yang orang yang seusia dengan anda belum miliki malah boleh kumpul kekayaan sendiri dan bermacam-macam lagi lah.
Bukan semua orang ingin dan berniat untuk memulakan perniagaan sendiri. Mungkin kerana tiada sebarang tergerak minat untuk menjadi usahawan atau kerana mereka bimbang akan rugi atau tidak mendapat pulangan modal.
Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk memajukan taraf ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri.
Antara kelebihan kenapa orang muda digalakkan berniaga :
1. Mempunyai masa sendiri
Apabila berniaga, boleh meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan sekiranya perniagaan anda dijalankan dengan baik. Ramai orang sentiasa mengadu tidak mempunyai masa yang cukup bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu juga perlu kerja.
2. Kewangan yang stabil
Berniaga di usia muda berikan anda kewangan yang lebih stabil seandainya boleh menguruskan kewangan dengan lebih baik. Cuma perlu tahu berapa kita nak dapat pada bulan itu, dan usahalah untuk capai sales target yang dah kita tetapkan. Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan.
3. Minimumkan risiko
Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan secara umumnya boleh minimumkan risiko rugi dan ‘tutup bisnes awal’. Jika buat kesilapan dalam bisnes seperti pelaburan yang kurang baik, ada lebih banyak masa untuk perbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut. Di usia yang muda jika hadapi risiko dan gagal dalam bisnes, anda dilihat sebagi kurang berpengalaman dan ilmu. Boleh pergi mencari ilmu dan mentor untuk tunjukkan anda cara yang betul.
4. Kumpul pengalaman
Tak kiralah jual produk orang atau jual produk sendiri, nak berniaga tak semestinya perlu ada bisnes sendiri.
Mulakan secara kecil-kecilan dengan menjadi agen atau stokis untuk mengumpul modal. Sebelum anda buka bisnes sendiri, anda boleh kumpul pengalaman dengan gunakan produk sedia ada dahulu.
5. Cabar kemampuan diri
Bila dah nekad nak memulakan perniagaan sendiri, anda perlu bertanggungjawab dengan sepenuh hati atas perniagaan anda. Risiko-risiko yang ada dalam bisnes boleh mematangkan anda. Selain melatih diri sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bisnes, berfikir dengan lebih advance untuk mencari ruang kejayaan, malah mampu mencabar diri sendiri untuk melakukan perkara yang anda tidak terfikir untuk melakukannya.
Mulakan dengan membaca buku keusahawanan, biografi usahawan berjaya atau menghadiri seminar keusahawan. Bergaul dengan usahawan lain akan memberi lagi input kepada diri sendiri untuk lebih memahami dan mengetahui dunia keusahawanan. Semua ini sedikit sebanyak akan mencambah minat dan semangat kita.
Leave a comment: