5 Cara Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja
5 Cara Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja
Dalam dunia pekerjaan, anda pasti merasakan anda boleh melakukan sesuatu tugasan dengan baik, akan tetapi apabila anda mendapat sesuatu tugasan, anda tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, bagi anda, anda adalah seorang yang produktif tetapi realitinya anda masih gagal. Apakah tabiat atau cara yang boleh meningkatkan produktiviti kerja?
Kajian telah menunjukkan bahawa produktiviti dalam sesuatu kerja amat penting kerana ia boleh meningkatkan lagi kemahiran setiap individu yang bekerja.
Terdapat beberapa cara yang membantu meningkatkan produktiviti kerja anda iaitu:-
1. Buat Senarai ‘To Do List’
Sebelum anda memulakan kerja anda, tanamkan tabiat untuk senaraikan terlebih dahulu kerja yang anda perlu lakukan pada hari tersebut. Mungkin pada mulanya, tabiat ini kelihatan membuang masa. Dengan menyenaraikan tugasan juga memudahkan anda untuk melihat keutamaan kerja yang anda perlu lakukan. Dengan kata lain, pada akhirnya, tabiat ini juga lah yang akan membantu anda untuk menyelesaikan kerja yang lebih tersusun dan teratur.
2. Utamakan Kerja Yang Penting
Selepas anda mempunyai senarai tugasan anda pada hari tersebut, anda perlu mengenalpasti yang mana kerja yang perlu di utamakan. Siapkan itu terlebih dahulu sebelum melakukan kerja lain. Dengan kata lain, mengutamakan kerja yang penting adalah jalan yang terbaik untuk meningkatkan produktiviti anda.
3. Jangan Kerap Tengok Handphone Semasa Kerja
Salah satu punca yang boleh melalaikan anda adalah dengan bermain handphone. Manusia ini mudah terlalai dengan perkara-perkara tersebut. Jadi, kurangkan tabiat bermain handphone semasa menyelesaikan kerja anda.
4. Datang Awal Ke Tempat Kerja
Datang awal ke tempat kerja sangat penting dan digalakkan. Kelebihan datang awal ke tempat kerja adalah anda dapat mengisi masa untuk menulis senarai kerja yang anda akan lakukan pada pagi itu. Ia juga membantu anda untuk mendapat idea yang fresh di awal pagi anda datang bekerja.
5. Elakkan Melakukan Dua Kerja Dalam Sesuatu Masa
Tidak semua individu yang mempunyai kelebihan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Jadi, elakkan mengamalkan sikap ini kerana ia akan memberi kesan kepada anda.
6. 2 ‘Minute Rule’
Tak semua tugasan yang anda lakukan perlukan masa yang lama untuk menyelesaikannya. Asingkan tugasan yang besar dan tugasan yang kecil. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang mudah untuk diselesaikan dan yang tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Buat cepat dan jangan tangguhkannya. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule’.
Ingat! Anda dah melakukan yang terbaik cuma anda perlu mengubah beberapa tabiat untuk meningkatkan produktiviti kerja anda. All the best!
Leave a comment: