Bumbu Agency Sdn Bhd

Cara Menjadi Blogger Berjaya: Tips Untuk Jadi Blogger Berjaya

Cara Menjadi Blogger Berjaya: Tips Untuk Jadi Blogger Berjaya

Cara Menjadi Blogger Berjaya: Tips Untuk Jadi Blogger Berjaya

Mungkin anda baru ingin mula berjinak-jinak untuk berkarya dalam bidang penulisan melalui platform blog. Jika begitu, anda berada ditempat yang betul. Hari ini saya akan berkongsikan cara menjadi blogger berjaya.

Cara Menjadi Blogger Berjaya: Tips Untuk Jadi Blogger Berjaya

Perkongsian saya kali ini, saya ambil tips yang dikongsikan daripada beberapa orang blogger dan juga dari pengalaman saya dalam bidang penulisan. Alhamdulillah, Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda yang ingin menjadi seorang blogger.

Jom, kita mengupas topik ini dengan lebih mendalam. Insyaallah!

Tips Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Jadi apakah tips atau langkah untuk menjadi blogger yang berjaya?

 

1. Tanamkan Minat

 

Sebelum kita mula bergiat dalam apa-apa bidang sekalipun tanamkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut. Lagi baik, jadikan kegiatan atau pekerjaan tersebut sebagai satu hobi. Dari situ, anda tidak akan rasa terbeban dengan pekerjaan tersebut.

 

Sama juga, bagaimana kita nak jadi seorang blogger. Tanamkan minat untuk menulis, untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada orang ramai, dan yang paling penting adalah untuk membaca. Kenapa saya kata untuk membaca?

 

“Seorang Penulis adalah invididu yang suka membaca dan menulis.”

 

Kunci utama untuk menjadi seorang penulis dan blogger yang berjaya dengan berapa banyaknya ilmu pengetahuannya. Untuk mendapat ilmu pengetahuan, kita perlu banyak membaca.

 

2. Tetapkan Niat

 

Kemudian, tanya pada diri anda sendiri. Atas sebab apa aku ingin membuat blog? Apa yang aku nak capai atau apa yang aku nak kongsikan kepada pembaca? Apakah imput atau ilmu yang aku nak cuba sampaikan?

 

Andai anda dapat jawapan itu nanti, tetapkan niat anda. Dalam Islam juga ada menyebut berkenaan semua amalan atau tindakan bermula dengan niat menerusi sebuah hadis. Hadis tersebut berbunyi;-

 

عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”

 

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.” – (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Apa yang kita boleh ambil daripada hadis ini adalah niat adalah teras kepada segala amalan yang kita lakukan . Amalan yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik.

 

“Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.” 

 

3. Cari Nama Yang Sesuai Untuk Blog

 

Kenapa kita perlu mencari nama yang sesuai untuk blog dan bukan sesuka hati letak ikut rasa. Ia bagi memudahkan pembaca untuk mengingati nama blog kita. Seeloknya carilah nama yang mudah untuk di sebut dan di eja.

 

4. Cari Tema Dan Tajuk Yang Mendapat Perhatian

 

Kini, blogger tumbuh bagai cendawan. Mereka berada di seluruh pelusuk dunia. Berpuluh-puluh topik sudah dikupas dan dibahaskan. Bagaimana kita nak Stand Up daripada mereka?

 

Anda boleh mencari satu topik yang unik dan lain daripada yang lain. Tapi jika anda tidak mempunyai idea untuk mencari topik yang menarik, anda juga boleh menggunakan topik yang ada dan mengupas mengikut pendapat anda sendiri mengenai isu tersebut.

 

Cara Menjadi Blogger Berjaya Dunia & Akhirat

 

5. Kena Teliti Serta Boleh Dipercayai

 

Blog anda perlu ada rujukan dan perlu mengetahui secara mendalam apa yang anda ceritakan di dalam blog. Ketelitian begini menjadikan entri itu boleh dipercayai, dan menjadikan ia satu blog yang nampak bukan tangkap muat tetapi profesional. Bila mendalam ataupun teliti, tak semestinya entri itu perlu panjang berjela-jela.

6. Jadikan Blog Anda Sebagai Satu Sumber

 

Blog yang tumpukan pada sesuatu, mesti nampak unik dan mesti nampak ia blog yang boleh dipercayai. Apa yang dilakukan oleh Reality Steve adalah apabila ia meletakkan satu tajuk di blognya, ia tumpukan pada satu-satu topik yang lebih spesifik dari sekadar membuat review sahaja.

Jika anda ingin blog anda tampak blog hiburan yang punyai niche sendiri, anda boleh cuba buat blog anda merupakan blog hiburan yang hanya menceritakan mengenai muzik independent sahaja. Semua entri dok tumpukan benda tu yang akhirnya menunjukkan anda pakar mengenainya, lalu ia dijadikan satu sumber rujukan.

7. Banyakkan Bersabar

Jika anda ingin menjadi seorang blogger berjaya, anda perlu mempunyai kesabaran yang tinggio. Bukan mudah untuk dikenali ramai, dan bukan mudah untuk jadi dihormati kawan serta lawan dalam dunia blog. Melainkan anda punyai kekuatan teguh, misi yang jelas serta kesabaran yang tinggi.
الصَّبْر نصف الْإِيمَان وَالْيَقِين الْإِيمَان كُله

Kesabaran adalah separuh keimanan. Keyakinan adalah keseluruhan keimanan.

 

Cara Menjadi Blogger Berjaya

  • Hasilkan penulisan dengan gaya sendiri
  • Jangan meniru blog lain
  • Jangan tamak mengaut keuntungan
  • Jangan berlagak pandai dalam apa jua isu
  • Jangan ego dan pentingkan diri sendiri
  • Tulis dari hati yang iklas untuk kebaikkan pembaca
  • Buat rujukan sebelum menulis
  • Berkenalan dengan blogger yang lain
  • Support blogger lain
  • Singgah dan komen di blogger lain
  • Hargai pembaca yang support blog anda
  • Rajin share hasilkan penulisan di laman sosial anda

 

Setakat itu sahaja daripada saya, saya harap ia dapat membantu anda semua untuk menjadi seorang blogger yang berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah!

 

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

Instagram: @bumbu.agency

Facebook: Bumbu Agency

Twitter: @bumbuagency

Tiktok: @bumbuAgency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com