Ingin Tahu Basic Personal Branding Bisnes Online?
Adakah diantara anda sudah memulakan personal branding? Bagi mereka yang tidak tahu, personal branding merupakan cara untuk orang untuk mengenali kita dengan lebih rapat lagi. Paling best apabila personal branding ini sebenarnya boleh dijadikan zero cost marketing untuk bisnes kita.
Contoh paling mudah boleh kita tengok ialah Dato Vida, Datuk Aliff Syukri, Sajat, Safiey Ilias yang selalu mereka lakukan dalam media sosial.Patutlah mereka makin famous & produk pun makin meletop!
Tak kisahlah dari segi kontroversi, gossip, motivasi mahupun sharing tips. Objektif mereka masih sama untuk orang kenali mereka.
Mari saya kongsikan kepada anda 3 cara mudah untuk buat Personal Branding di media sosial.
1. Gambar Profile
Gambar profile merupakan first impression seperti mana orang melihat rupa paras kita dalam dunia realiti. Pastikan gambar anda berpakaian nampak kemas, professional & cantik. Jangan sesekali guna gambar yg selekeh, kabur, gelap & background gambar yang serabut. Pastikan gambar anda kelihatan menarik!
2. Guna Nama Penuh
Kalau anda ada nama yang unik, gunakan saja. Pastikan nama anda penuh sebab orang lebih mudah percaya. Untuk mereka yang menggunakan atau mempunyai nama yang panjang cuba anda singkatkan dan jadikan ia nama yang menarik bila dibaca. Jangan gunakan nama yang pelik susah diingati dan disebut seperti Umar Uchux. Contoh nama yang senang untuk disebut, Umar Tawil / Sifu Umar / Master Marketing Umar / Cikgu Marketing Umar & etc.
3. Sharing Daily Life
Untuk start up, anda boleh sahaja kongsikan aktiviti seharian anda. Contoh pagi anda post gambar sarapan + selamat pagi, gambar waktu tengahari di office + motivation, petang otw balik kerja + emosi. Anda juga boleh kongsikan di story akaun Instagram. Dengan ini pelanggan anda dapat merasakan anda juga insan biasa yang juga menempuhi dan merasai pahit manis hidup.
Mudah bukan? Bagi anda yang baru sahaja nak berjinak-jinak, mulakan dengan 3 langkah ini sahaja dulu ya agar anda akan jadi famous. Nanti akan saya share teknik yang lebih advance. InsyaAllah.
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency
Leave a comment: