Bumbu Agency Sdn Bhd

Cara Naikkan Jualan

Cara Naikkan Jualan Di Tengah Bulan, Dzulfaqar Hashim Kongsi Rahsia

Cara Naikkan Jualan Di Tengah Bulan, Dzulfaqar Hashim Kongsi Rahsia

Hari ini saya nak kongsikan cara naikkan jualan di tengah bulan. Kenapa saya tekankan pada tengah bulan? Sebab ramai mengadu cakap sales mereka slow pada waktu  ini.

“Setiap usahawan mempunyai visi dan misi yang ingin dicapai. Salah satunya adalah target pada setiap bulan.”

Sebelum tu, kita pergi terus ke topik kita. Saya yakin anda semua pernah mengalami seperti di bawah.

Anda risau tengah bulan takde satu sales pun yang masuk? Handphone krik-krik je tengah bulan? Anda dah buntu nak buat macam mana cara naikkan jualan anda?

Kalau anda mengalami situasi ini, jangan risau! Saya akan cuba sebaik mungkin untuk bantu anda semua selesaikan keresahan yang membelenggu anda.

Cara Naikkan Jualan

[resource: storehub.com]

Tips Naikkan Jualan Di Tengah Bulan

1. Tukar Mindset

“Pertengahan bulan biasanya orang dah tak cukup duit. Kalau ada pun hanya cukup untuk akhir bulan sahaja.”

Kalau anda mempunyai mindset begini, lebih baik anda tukar mindset anda. Kita tidak tahu sama ada dia mempunyai duit atau tidak. Kita tidak tahu bagaimana cara orang manage duit dia.

Jangan cepat assume, orang tak beli dengan kita di tengah bulan kerana mereka tidak mempunyai duit. Maybe dia tidak membeli dengan kita kerana ketika itu mereka tidak memerlukan produk kita?

Fahamkan apa yang saya cuba sampaikan?

Ingatnya, mindset adalah aset utama kita kerana mindset dapat mempengaruhi tindakan dan keputusan kita.

2.  Buat Posting

Jadi apa yang kita boleh buat?

Anda boleh buat posting macam biasa. Bagi awareness, bagi content, bagi macam-macam. Biar orang kenal kita dan ingat siapa kita. Kita boleh buat posting tak kisahlah pada awal bulan, pertengahan bulan, ataupun pada akhir bulan. Tujuan kita hanya satu, orang percayakan kita dan beli dengan kita. That it!

3. Buat Promosi

Seterusnya, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan pancing perasaan ingin membeli pelanggan dengan promosi penghantaran percuma.

Apa yang saya cuba maksudkan dengan ‘promosi penghataran percuma’ adalah anda tidak akan mengenakan sebarang kos penghataran kepada pelanggan.

Ini dapat membantu anda untuk meningkatkan jumlah jualan secara creatif. Jika anda menggunakan cara ini, anda perlu pandai untuk mengira kembali kos yang anda perlu tanggung dan berapa masa yang diperuntukkan untuk melakukan promosi ini.

4. Bagi Tawaran Hadiah Percuma

Selain itu juga, anda juga boleh memberi tawaran hadiah percuma kepada pelanggan anda. Misalnya, pelanggan anda membeli 3 kotak atau 5 jenis banrang anda, mereka akan dapat 1 hadiah free.

Hadiah percuma yang menarik dapat bantu menarik minat seseorang untuk membuat keputusan yang drastik dan cepat. Mereka akan rasa takut bahawa hadiah tersebut akan jatuh ke tangan orang lain.

Tips Tingkatkan Jualan Di Tengah Bulan

5. Buat Pertandingan

Manusia sukakan pertandingan dan cabaran. Jadi apa yang anda boleh buat adalah membuat satu pertandingan dengan tawaran yang menarik untuk tarik minat pelanggan membeli dengan anda.

Seperti Petronas pada sekitar tahun 2000, Petronas pernah mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah kereta Proton Waja. Habis penuh satu stesen minyak Petronas diserbu oleh ribuan manusia yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

Syarat untuk memenangi pertandingan tersebut adalah mereka perlu mengisi minyak petrol di dalam kenderaan masing-masing. Anda rasalah? Berapa banyak sales mereka masuk ketika itu? Mesti banyakkan?

Cara Naikkan Jualan Dengan Konsisten

Anda rasa kenapa orang bersepu-sepu datang untuk sertai pertandingan tu?

Betul! Sebab tawaran hadiah yang ditawarkan olah petronas ketika itu. Kalau fikir logiklah, ada ke orang yang nak bagi kereta percuma macam tu? Are you insane!?

Mestilah takkan? Sebab tu lah ramai yang tak lepaskan peluang untuk masuk pertandingan itu. Jadi anda dah dapat idea ke nak buat contest apa dekat pelanggan anda? Pastikan buat tawaran yang gempak ye 😉

Bonus Tips Cara Naikkan Jualan Dari Saya!

Tips bonus dari saya, Cari ilmu pengetahuan. Jangan pernah rasa penat untuk belajar sesuatu perkara yang baru. Banyakkan berdoa dan bersedekah. Sebesar macam mana pun bisnes kita, sehebat mana pun marketing kita.

Hanya Allah yang membolak-balikkan hati dan perasaan manusia. Minta kepada-Nya agar membuka jalan untuk membantu anda menggerakkan hati pelanggan untuk datang membeli dengan anda.

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini, saya harap ia dapat membantu anda membuka jalan bagaimana untuk meningkatkan sales di tengah bulan.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan perniagaan anda. Anda boleh komen di ruang yang ada di bawah ataupun untuk mendapat respon yang lebih pantas.

Kami gembira untuk membantu anda semua. Semoga perniagaan anda lebih maju dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Insyaallah Ameen.

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

Instagram: @bumbu.agency

Facebook: Bumbu Agency

Twitter: @bumbuagency

Tiktok: @bumbuAgency

Written by

0173260632

2 Comments

  • Amir

    Hi, My name is Amir. I have an F&B business located in Cyberjaya. I would like to explore how to improve our sales and increase customer database. Please reach out to me to discuss the details. Thank you.

    • admin

      Thank you. Please check your email. We are very pleased to have a business discussion with you.

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com