Email Marketing: 5 Tools Email Marketing Yang Terbaik
Email Marketing: 5 Tools Email Marketing Yang Terbaik
Adakah email marketing penting untuk anda pada tahun 2020 ini? Sangat penting kerana email marketing merupakan komponen penting dalam strategi pemasaran untuk sebarang jenis perniagaan. Tidak kira jika anda memiliki kedai batu bata dan mortar, atau anda menjual produk anda melalui website e-commerce. Tools ini membolehkan anda untuk berhubung dengan pelanggan anda untuk memberitahu mereka mengenai pelancaran produk baru atau menarik mereka dengan tawaran menarik.
Apa Itu Email Marketing Servis?
Email marketing servis merupakan online platform yang membolehkan anda untuk merancang dan menghantar mesej ke pelanggan dalam senarai email anda. Dengan cara ini, anda boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan pelanggan anda yang sedia ada dan menjangkau khalayak baharu.
Kenapa Memilih Email Marketing Servis Penting?
Email Marketing merupakan salah satu tools markerting yang efektif. Menurut Direct Marketing Association, Bisnes di Amerika Syarikat menunjukkan hasil purata investment (ROI) 4300 peratus untuk email marketing. Ia kerana email marketing memberi anda kawalan penuh untuk mengurus dan membolehkan anda untuk membuat hubungan secara langsung dengan pelanggan anda.
Jadi ia sangat penting untuk memahami bahawa banyak kejayaan anda menggunakan email marketing bergantung kepada email marketing tools yang anda pilih kerana ia bertanggungjawab untuk memastikan email anda dapat disampaikan dengan lancar.
Jika anda tidak memilih tools email marketing yang betul, anda akan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk ciri-ciri email marketing yang sedikit dan rate yang kurang memuaskan.
Tools Email Marketing
1. Campaign Monitor
Campaign monitor menawarkan ciri-ciri email automatik yang lebih baik dengan aliran kerja automatik email yang mesra pengguna dan lebih canggih.
Kelebihan:
- Kos efektif, sedikit lebih murah.
- Mudah untuk digunakan.
- Mesra pengguna.
- Besar dan mudah untuk menggunakan pembina kempen automatik.
- Alat laporan dan analitik yang hebat.
2. ActiveCampaign Lite
ActiveCampaign adalah suite tools digital marketing yang lengkap dengan menawarkan pelbagai alat jualan dan pemasaran automatik.
Kelebihan:
- Kos yang efektif sebagai suite alat jualan dan pemasaran automatik.
- Pelan Lite hanya difokuskan pada email marketing sahaja.
- Mudah untuk digunakan.
3. MailChimp
Mailchimp merupakan salah satu tools yang paling lama yang pernah tercipta dan masih lagi menjadi alat yang dapat membantu marketer untuk menghantar email marketing kepada audience mereka.
Kelebihan:
- Sangat mudah digunakan editor templat
- Tools yang murah
- Membolehkan 10,000 e-mel dan 2,000 pelanggan
- Integrasi pihak ketiga yang hebat dengan beratus-ratus platform
- Fungsi laporan yang hebat
- Ciri-ciri penangkapan utama yang mudah untuk digunakan
4. ConvertKit
ConvertKit mempunyai ciri-ciri yang memudahkan anda untuk menawarkan peningkatan dalam content marketing. Berserta dengan auto-responder yang dapat membantu anda untuk menyebarkan email kepada pembaca melalui email sirves mereka.
Kelebihan:
- Mempunyai ciri-ciri yang terbaik.
- Mudah untuk menggunakan ciri-ciri automatik marketing
- Membina website sebagai ciri tambahan
5. Constant Contact
Constant Contact merupakan satu tool yang paling besar dan peningkatan servis email marketing yang paling terpantas dalam dunia. Ia juga mudah untuk digunakan dan permulaan penggunaan email marketing servis yang baik.
- Mudah untuk digunakan
- Mudah untuk menyusun list email, contact, marketing calendar dan email templete.
- Mudah untuk melihat report dan tracking.
Leave a comment: