7 Idea Bisnes Di Bulan Ramadhan Yang Menguntungkan
7 Idea Bisnes Di Bulan Ramadhan Yang Menguntungkan
Ramai yang ingin mengambil peluang dan mencari idea bisnes di bulan ramadhan yang boleh membawa keuntungan. Mungkin tahun lepas tak berkesempatan nak buat dan tahun ini nak cuba mencari duit tambahan pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Peluang sentiasa ada untuk mereka yang rajin dan bijak mencari kesempatan.
7 Idea Bisnes Di Bulan Ramadhan
Perniagaan apakah yang anda boleh lakukan ketika di bulan Ramadhan? Jangan bimbang, kami kongsikan kepada anda idea cadangan yang boleh anda cuba.
1. Servis Penghantaran Makanan Sahur
Ramai yang fokus berniaga di Bazaar Ramadhan. Pernah tak terfikir untuk cuba menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan sahur? Potensi untuk berkembang lebih maju walaupun setelah habis bulan Ramadhan sangat tinggi. Tambahan pula, ramai muslim lebih memilih hanya bersahur di rumah berbanding keluar ke kedai pada waktu bersahur.
2. Minuman Sejuk Yang Pelbagai
Apabila bulan puasa, air adalah minuman paling laris terjual. Ramai yang mencari air untuk dibeli terlebih dahulu sebagai pembasah tekak apabila berbuka puasa. Pastikan tahap penyediaan hendaklah betul dan bersih. Jangan guna air yang tidak dimasak. Anda juga boleh menjual air dengan perisa lain daripada penjual-penjual air yang lain. Ciptakan kelainan.
3. Kuih Raya
Sinonim dengan perayaan hari raya yang bakal menjelma ketika di bulan Ramadhan, tempahan kuih raya menjadi rebutan peniaga. Buat kelainan jual kuih raya tradisional yang dibuat dengan cara tradisional. Jika tidak berkesempatan membuat sendiri, jadi ejen kepala pembekal kuih raya. Jual semula dengan harga pasaran.
4. Ayam Bakar
Ayam bakar sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Anda boleh cuba menggoreng ayam bersama rempah tepung yang rangup dan sedap. Selain daripada itu, buat sos rekaan sendiri yang berlainan daripada sos-sos yang tersedia terjual di kedai-kedai. Pastikan juga rempah ratus dan perapan ayam betul-betul rapi supaya rasa ayam lebih enak untuk dinikmati.
5. Tempahan Baju Raya
Peluang ini memang dinanti-nantikan untuk mereka yang ada kemahiran menjahit. Ramai yang lebih gemar membeli baju raya yang telah siap namun, masih ada juga yang lebih selesa membeli kain sendiri untuk dihantar kepada penjahit. Tapi perlu diingat, jangan ambil lebih tempahan jika tak mampu siapkan seperti yang anda jadualkan. Kelak pelanggan tu nanti menyerang anda.
Ok tak idea bisnes di bulan ramadhan nanti?
Terpulang kepada anda untuk ambil peluang perniagaan yang mana. Buat pemasaran facebook untuk viralkan perniagaan anda secara online. Ikut kemampuan diri sendiri. Apa pun berniagalah secara jujur, ikhlas dan jangan lupa untuk bersedekah. Semoga segala penat lelah anda membwa seribu kemanisan dalam anda mencari duit tambahan dari rezeki yang halal.
Leave a comment: