Bumbu Agency Sdn Bhd

jenis video marketing

Jenis Video Marketing : 5 Jenis Video Marketing Yang Terbaik

Jenis Video Marketing : 5 Jenis Video Marketing Yang Terbaik

Video marketing adalah teknik pemasaran yang sentiasa mendapat perhatian setiap masa. Impak video marketing bukan sahaja boleh memberi kesan kepada yang melihat malah boleh menjadi viral dengan cepat sehingga bisnes menjadi popular. Terdapat pelbagai jenis video marketing yang membantu dalam proses ini.

Jenis Video Marketing

5 Jenis Video Marketing Yang Terbaik

1.Video Pengenalan Bisnes

Video korporat atau video branding ini adalah kemestian kerana ia adalah satu cara untuk memperkenalkan bisnes kepada umum terutama bakal pelanggan. Dari video ini, boleh tunjukkan kelebihan bisnes dan perbezaan dengan bisnes lain.

2.Video Penjelasan

Video bimbingan atau video yang boleh menunjukkan kepakaran kita dalam sesuatu bidang. Pilih topik-topik yang berkaitan dengan bisnes kita dan buat sedikit penjelasan mengenainya. Dalam video ini, jangan menjual. Tujuan video untuk menunjukkan tahap ilmu kita dalam bidang kita sendiri serta untuk meningkatkan kredibiliti individu dan dapatkan kepercayaan pengguna.

3.Video Testimoni

Video testimoni paling berkesan untuk mempengaruhi bakal pelanggan. Mereka dapat melihat kepuasan pengguna lain selepas menggunakan produk/servis. Gunakan testimoni yang asli bukannya direka atau dibuat-buat. Video testimoni paling kuat ialah video yang dibuat sendiri oleh pengguna sedia ada, elakkan buat video testimoni dari perbualan dalam talian (Whatsapp dsb).

4.Video Iklan

Video iklan atau video promosi. Buat video yang simple tapi menarik dan gunakan targeted audience di Facebook atau Instagram. Kandungan dalam video iklan ini perlu ada 3 benda utama: produk utama, Unique Selling Point, dan Call-To-Action.

5.Video Konten

Akhir sekali ialah Video Konten, untuk dapatkan organic reach di media sosial. Video perlu berunsurkan pendidikan, bermaklumat dan memberi inspirasi. 4 video marketing di atas kita tak perlu buat selalu, tapi untuk video konten, adalah lebih baik jika kita sentiasa update setiap hari. Untuk video konten, kita boleh masukkan CTA di hujung video.

Kelebihan Mempelbagaikan Video Marketing

Video memudahkan pelanggan untuk berurusan. Banyak pelanggan yang memberikan respon yang positif terhadap video marketing berbanding medium yang lain dan sekaligus meningkatkan peluang untuk pelanggan melakukan pembelian produk anda. Jadi jika anda ingin meningkatkan riaksi pelanggan terhadap produk anda, video adalah salah satu medium yang kuat untuk mempengaruhi keputusan pelanggan.

Gunakan Pelbagai Jenis Video Marketing

Kesemua video marketing yang kami sebutkan di atas adalah berguna dan boleh membantu menaikkan branding bisnes dan produk anda. Manfaatkan kesemua video marketing ini untuk mempromosikan perniagaan anda. Ia memerlukan sedikit effort tapi berbaloi untuk jangka masa panjang.

Written by

0173260632

1 Comment

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com