5 Punca Kenapa Jualan Produk Kurang Laris
5 Punca Kenapa Jualan Produk Kurang Laris
Ramai mengeluh bila mula menjual tapi produk/servis tak laku-laku. Macam-macam cara dah buat tapi jualan produk tetap tak jalan. Duit pula dah banyak habis untuk marketing tapi bisnes tetap macam tu je. Lepas tu mula tertanya sendiri kenapa jualan produk kurang laris.
Bila masuk bidang perniagaan online, ingatkan makin senang nak menjual tapi tetap sama sebab mindset nak jimat dan mudah nak berkembang.
Oleh sebab itu, kami kongsikan dengan anda 5 punca kenapa jualan produk kurang laris.
5 Punca Kenapa Jualan Produk Kurang Laris
1. Tidak Kenal Penjual
Asasnya, penting untuk pelanggan mengenali siapa penjual serta asal usul syarikat. Sebab trend terkini dapat dilihat setiap founder atau perniaga akan tingkatkan personal branding untuk tingkatkan kepercayaan pembeli.
Contohnya, salah seorang usahawan online, Dzulfaqar Hashim berani tampil ke depan bagi meyakinkan sasaran pelanggan beliau. Siapa sanggup laburkan duit kepada orang yang dia tak kenal? Lebih-lebih lagi dalam dunia maya.
2. Desperate Menjual Produk
“Manusia tidak suka rasa dijual, tapi mereka suka membeli dengan rela”. Kebanyakkan pelanggan bukan tidak mahu membeli, tapi mereka berasa rimas dengan penjual.
Sebab menjual tak kena cara, tempat dan waktu. Cuba bayangkan ketika di tengah bulan, masa poket kering. Kita tengah syok makan tengah hari dekat restoran mamak. Tiba-tiba datang seorang adik nak jual buku dekat kita:
“Abang, kami dari pertubuhan ABC… Kami ada jual buku XYZ, RM10 sahaja.”.Fuh, sungguh merimaskan. Ini contoh berniaga tak kena tempat.
“Tak salah jual buku, yang salahnya adalah cara dan waktu adik menjual tu… :)”Biar pelanggan buat keputusan membeli, bukan kita yang bersungguh paksa dia beli.
3. Tak Tahu Kepentingan.
Cara pemasaran yang terbaik adalah memberi kepentingan kepada masyarakat atau pembeli. Kepentingan bukan memaksa membeli produk kita tetapi mendorong pembeli supaya melakukan sesuatu kepentingan untuk kebaikan mereka.
Pendekatan meningkatkan kepentingan terbahagi kepada dua:
- Direct-Sell seperti di pasar raya. Mereka letak produk dan harga.
- Content-Marketing. Mereka kongsi manfaat. Jadikan (brand) kepentingan harian kita.
Teorinya mudah. Semakin banyak didikan yang kita semai dalam jiwa pelanggan, semakin selesa pelanggan berurusan dengan kita. Dalam bahasa inggeris, ia digelar ‘Seeding Trust’.
4. Susah Nak Berurusan
Kadangkala pelanggan memang berminat nak beli. Tapi, disebabkan cara untuk hubungi terlalu rumit. Pelanggan malas nak fikir dan terus lari car penjual lain. Kita sering kali bayangkan diri pelanggan macam diri kita. Sebaliknya, kita kena bayangkan kita berada ditempat pelanggan.
Apa yang kita sangka A, kadang-kala sebenarnya B.
Kita sangka, semua pelanggan tahu cara nak beli melalui online. Padahal mereka tak pernah ada pengalaman beli di online. (sangkaan kita tak semestinya betul)
Kita harus tahu, tak semua pelanggan biasa jual beli di online. Ada yang baru pertama kali. Ada yang pernah beli tapi barang tak sampai. Ada yang tak ada bank online, kena pergi bank transfer. Setiap pelanggan itu pengalamannya berbeza.
Penjual yang baik adalah mereka yang mudahkan urusan pelanggan. Peniaga yang kreatif dan bijaksana tahu macam mana nak pikat hati pelanggan serta nak mudahkan urusan pembelian dan pembayaran pelanggan.
5. Tiada Permintaan
Kalau dah tak ada permintaan kita jual syok sendiri sahaja. Berniaga ni bukan setakat letak dan promote tetapi kene tengok target market juga.
Lihat siapa target market, berapa umur dia, apa jantina dia, tinggal di mana dan sebagainya. Kalau target market anda pun dah salah memang tak akan ada permintaan.
Contoh, Jual baju kanak-kanak pada mereka yang belum berkahwin. Memang sampai kesudah tiada yang beli melainkan anda seorang penjual yang bijak dan mempunyai teknik copywriting.
Bila nak pilih tempat menjual (contohnya Facebook), kena pastikan pelanggan anda ada di situ. Yang pasti dekat mana lubuk customer dekat situ anda kena pancing customer.
Kalau semuanya salah. Sampai bila-bila tak boleh nak jual dan barang pun tak laku-laku.
Leave a comment: