Kesilapan Biasa Dan Kerap Dilakukan Dalam Online Marketing
Kita sebagai manusia tidak akan pernah lari daripada membuat kesilapan. Dari kesilapan itulah kita belajar dan menerima pengajaran. Begitu juga bila anda menjadi usahawan dalam bisnes. Kita akan membuat kesilapan. Tetapi janganlah kita kerap kali mengulangi kesilapan yang sama. Jom saya kongsikan 3 kesilapan dalam online marketing yang boleh kita elakkan.
1. Target Market Terlalu General / Meluas
Cara ini tidak sesuai untuk digunakan dalam campaign iklan kita. Pastikan anda ‘narrow atau kecilkan target market anda’. Bayangkan anda berada didalam kumpulan yang ramai orang dan sedang mencari orang yang mempunyai sama minat atau hobi yang sama dan juga tinggal dikawasan yang berdekatan dengan anda. Sudah tentu soalan pertama akan ditanya adalah “Dimana anda tinggal?” diikuti dengan soalan “Apakah minat atau hobi anda?”. Gunalah cara Customer Avatar dalam menentukan target market anda. Jangan sesekali meneka siapa pelanggan kita. Malangnya ramai juga masih menggunakan cara ini dalam online marketing. Pastikan anda tahu siapa customer anda dan jangan buat kesilapan besar ini!
2. Spamming
Kita mungkin akan berasa seronok apabila banyak post content sebanyak mungkin di media sosial. Namun bagi audience anda ia agak merimaskan. Bayangkan hari-hari kita post content yang lebih kurang sama tetapi tidak menarik perhatian atau memberi impak kepada prospek kita langsung. Bukankah ini hanya merugikan masa kita?
Contoh mudah yang saya boleh bagi adalah e-mail. Cuba kita check balik e-mail yang kita pernah hantar kepada pelanggan kita. Adakah kita selalu menjual pada mereka? Selalu memberi offer pada mereka? Atau adakah content e-mail itu relevan bagi mereka? E-mail yang relevan adalah yang paling penting dan berkesan. Ingat, ‘subscribers’ kita adalah mereka yang suka dengan content yang kita berikan. Jangan hampakan mereka.
Begitu juga dengan media sosial. Pastikan kita tidak selalu update atau post content setiap masa di feed media sosial kita. Elakkan daripada syok sendiri, agar pengikut kita tidak lari. Berdasarkan apa yang telah saya baca, post yang paling maksima untuk Instagram adalah sebanyak 3 post sehari. Facebook pula sebanyak 2 post dan bagi Twitter pula sebanyak 50 post sehari. Namun ia juga bergantung kepada tujuan post anda jika untuk promotion atau special event kerana cara pendekatannya agak berbeza. Semuanya bergantung kepada tujuan asal post anda.
3. Buat Kerja Berseorangan
Ada sesetengah perkara yang kita tidak boleh lakukan sendirian. Dapatkan bantuan. Ini tak bermaksud kita perlu ‘hire’ ramai pekerja. Apa yang boleh kita buat adalah, kita dapatkan mereka yang pakar dalam beberapa bidang.
Saya bagi contoh, kita lemah dalam menulis Copywriting, tidak salah untuk kita dapatkan kepakaran dari mereka yang mahir atau master dalam bidang ini. Jangan terkejut apabila sales bisnes anda boleh meroket naik dengan hanya memperbetulkan perkara ini. Ketahui cara lain untuk roketkan bisnes anda.
Kesimpulannya, dengan memperbetulkan kesilapan yang kita buat, kita dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan dan hasilnya pasti positif dan membuahkan hasil. Begitu juga kita berada dalam sesuatu masalah kita mesti akan minta nasihat atau bantuan orang lain. Tidak kisahlah betapa kecil atau besar permintaan kita itu. Kita akan cuba fokuskan kepada matlamat asal kita.
JOM PRAKTIKKAN!
Anda juga boleh baca bahan bacaan ini di channel telegram kami.
IKUTI KAMI:
FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency
Leave a comment: