Bumbu Agency Sdn Bhd

Kesilapan Owner Bisnes: Elak Melakukan 5 Kesilapan Ini!

Kesilapan Owner Bisnes: Elak Melakukan 5 Kesilapan Ini!

Kesilapan Owner Bisnes: Elak Melakukan 5 Kesilapan Ini!

Setiap manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan. Tidak kisahlah sama ada kesilapan kecil mahupun kesilapan besar. Ia bukanlah satu kelemahan malah ia merupakan pengalaman yang dapat menjadikan pengajaran. Tapi tidak bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya hal seperti ini. Apa yang kita boleh buat adalah cuba elak melakukan kesilapan yang sering dilakukan oleh owner bisnes.

“Usahawan yang banyak berpengalaman akan sering bersembang mengenai Kesilapan yang dilakukan apabila mulakan perniagaan.”- Corbett Barr

Kesilapan Owner Bisnes: Elak Melakukan 5 Kesilapan Ini!

Anda pernah atau tidak mendengar atau kenal mana-mana peniaga online yang dulu pernah berjaya membuat jualan sehingga ratusan ribu tapi tidak berjaya sustain dan lenyap dari dunia pasaran?

Pernah tidak anda tertanya kenapa?

Inilah realiti bisnes yang tidak ramai mengetahuinya. Terlalu terpesona dengan bayangan yang sering ditayang oleh media sosial.

5 Kesilapan Owner Bisnes

1. Gagal Untuk Merancang

Dalam perniagaan, merancang strategi merupakan satu perkara yang penting. Ia merupakan keperluan utama untuk menjayakan sesuatu syarikat. Tidak kira syarikat kecil mahupun syarikat besar.

Setahun sekali anda perlu mengkaji semula semua perancangan strategi dan matlamat yang telah dibuat. Ini untuk memastikan syarikat anda tidak lari daripada tujuan asal.

2. Melakukan Semuanya Seorang Diri

Ini merupakan kesilapan yang SANGAT BESAR melakukan semua kerja seorang diri. Jika anda bergantung 100%  pada diri sendiri dan tidak percayakan pekerja anda. Secara tidak langsung anda meletakkan bisnes anda pada risiko tinggi.

Tambahan pula, jika anda boleh melakukan semuanya sendiri. Kenapa anda mengambil pekerja? Atas sebab apa anda banyar gaji mereka?

Fikirkan.

3. Tidak Ada Rekod Cashflow

Setiap bulan, anda wajib membuat rekod duit yang keluar dan masuk dalam akaun syarikat. Jika mempunyai transaksi online, anda boleh rujuk balik di bank statement. Jika tidak, anda perlu menyimpan resit.

Dengan cara ini, anda boleh melihat balik berapa kos keluar dan masuk untuk setiap bulan. Ia membantu juga untuk mencari jalan untuk mengurangkan kos pengeluaran mengikut keperluan syarikat anda.

Kesilapan Owner Bisnes

4. Guna Duit Bisnes

Kes ini sering berlaku dalam kalangan peniaga bisnes. Ini sudah pun menjadi satu kebiasaan terutamanya peniaga-peniaga kecil-kecilan. Bila tidak mempunyai duit lepas itu guna duit bisnes.

“Aku tak cukup duit lah, guna duit bisnes aku dulu lah. Nanti aku bayarlah balik.”

Kebanyakkan owner yang pinjam duit syarikat, mereka tidak berdisiplin pun untuk membayar balik duit yang mereka pinjam.

‘Bisnes sendiri bukan pinjam duit orang lain.’ Betul atau tidak?

5. Tidak Cari Ilmu Untuk Kembangkan Bisnes

Untuk membangunkan dan mengembangkan suatu syarikat, anda perlu mempunyai ilmu dan berguru dengan orang yang lebih berpengalaman dan lebih maju dari kita. Berguru lah dengan mereka.

Seperti contoh, Jika anda hanya mampu menghasilkan sales RM1000 sebulan. Bergurulah dengan orang yang mampu hasilkan sales 10k sebulan.

Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini, saya harap ia dapat membantu anda untuk memajukan bisnes anda pada masa hadapan. Insyaallah, ameen.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan perniagaan anda. Anda boleh komen di ruang yang ada di bawah ataupun untuk mendapat respon yang lebih pantas.

Kesilapan Owner Bisnes

Jangan lupa, Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002  atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbuagency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

Instagram : @bumbu.agency

Facebook : Bumbu Agency

Twitter : @bumbuagency

Tiktok : @bumbuagency

 

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com