Keyword Research: 5 Kesilapan Membuat Keyword Research
Keyword Research: 5 Kesilapan Membuat Keyword Research
Dalam SEO, Keyword Research merupakan kunci utama untuk mendapatkan ranking 1 di Google. Asas pertama yang sangat-sangat penting! Tapi masih ramai yang melakukan kesilapan semasa tengah membuat kata kunci.
Apa kesalahannya? Jom saya kongsikan kepada anda topik hari ini!
5 Kesilapan Dalam Membuat Keyword Research
Kesilapan 1: Syok Sendiri
Kenapa saya kata keyword syok sendiri? walaupun rangking artikal anda di google mendapat tempat 1 tapi hakikatnya tidak ada trafik pun yang masuk ke website anda!
Sebagai contoh:-
Saya ada sebuah kedai baju jenama Le Tania. Kemudian saya membuat satu artikal berkenaan dengan perniagaan saya dengan keyword : Kedai Baju Le Tania.
Dalam beberapa hari kemudian, artikal yang saya tulis tempoh hari naik dekat first page tapi website krik krik je. Sebab apa? sebab website kita tak ada trafik yang masuk langsung!
Jadi macam mana kita taknak cari keyword syok sendiri? Anda boleh buat keyword research dekat Uber Suggest.
Kesilapan 2: Ekor Pendek (Short Tail)
Anda terlalu fokus menggunakan keyword short tail. Kenapa tak boleh fokus sangat dekat short tail?
Saya tak cakap tak okey guna short tail tapi jangan kerap! Bukan apa, short tail mempunyai persaigan yang sangat tinggi. Yang kedua, nilai tidak padan dengan apa yang kita keluarkan lagi-lagi bagi orang yang baru-baru ingin berjinak untuk membuat SEO.
Apa Contoh Short Tail?
Misalnya saya ingin buat kata kunci untuk Iphone Apple!
Keyword : Iphone Apple
Short Tail : Apple
Kesilapan 3: Tidak Mengunakan LSI
LSI merupakan keyword yang membantu search engines untuk memahami content di website anda. Ia membantu anda untuk mencari target keyword dengan lebih terperinci.
Ada dua cara untuk tengok LSI:-
1. Google Autosuggest
- Ia merupakan perkataan yang akan muncul apabila kita nak taip sesuatu di kotak search.
2. Google Searches Related
- Ia merupakan perkataan cadangan yang akan muncul dekat ruang paling bawah sekali.
Terdapat alternatif lain dengan menggunakan tools KeywordFinder, Ahrefs, LSIGraph, dll.
Kesilapan 4: Tak Tengok Pesaing
Kita dah tahu macam mana nak check volume untuk keyword yang kita cari. Sekarang kita kene tengok jugak tahap kesukaran keyword (SEO Difficulty) itu sendiri.
Semakin tinggi tahap kesukaran itu, bermakna makin susah anda untuk atasi pesaing anda! Jika anda berada dalam situasi ini, anda boleh gunakan teknik Eye Ball.
Kesilapan 5: Mengabaikan Teknik SEO
Kalau kita bincang berkenaan dengan teknik SEO memang banyak. Jadi, saya hanya akan tekan kan kepada dua perkara sahaja.
1. Kelajuan Website
Anda perlu perbaiki tahap kelajuan website anda. Kalau website anda perlahan, ia akan memberi impak dari sudut SEO anda!
2. Tak Integrasi Antara Google Analytics & Google Search Console
Tools ini dapat membantu anda untuk memberi sebarang maklumat dalam kuantiti yang banyak dan kedua tools ini anda boleh guna secara percuma dari Google. Maklumat ini anda boleh gunakan untuk naikkan kedudukan website anda di Google.
Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:
- Membantu menguruskan kempen marketing
- Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
- Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
- Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
- Servis Pengiklanan digital
Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com
Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!
- Instagram: @bumbu.agency
- Facebook: Bumbu Agency
- Twitter: @bumbuagency
- Tiktok: @bumbuAgency
Leave a comment: