Maksud Pay Per Click : Kelebihan Pay Per Click (PPC)
Maksud Pay Per Click: Kelebihan Pay Per Click (PPC)
Anda mungkin pernah mendengar berkaitan dengan PPC dan ingin mengetahui lebih lanjut atau anda dah pun tahu apa yang di maksudkan dengan PPC. Sebelum kita memulakan perbincangan lebih lanjut, penting untuk kita tahu maksud pay per click dan kelebihannya.
Apa Maksud Pay Per Click?
PPC adalah singkatan daripada perkataan Pay Per Click. Ia merupakan salah satu cara untuk tarik audience terus ke website kita. Setiap klik yang kita dapat daripada audience pada iklan yang kita jalankan, kita harus membayar kepada penerbit iklan (Search Engine, Platform Media Social, blog dan sebagainya).
Jika kita menggunakan Pay Per Click dengan baik, sebenarnya klik yang kita dapat lebih berbaloi daripada kos yang kita keluarkan untuk membayar Pay Per Click. Dengan kata lain, jika membayar rm 3 untuk satu klik, jumlah klik yang kita akan dapat dalam 200 klik sehari.
Lebih tinggi kita membayar untuk Pay Per Click, lebih tinggi engagement audience yang kita akan dapat.
Jenis-Jenis Pay Per Click
1. Search Advertising
Search advertising merupakan salah satu jenis PPC yang paling terkenal. Malah, anda sering melihatnya di search engine result page atau halaman hasil pencarian seperti Google dan Bing. Jika anda mencari sesuatu maklumat, anda mesti perasan hasil pencarian yang berada di atas memiliki logo ‘ads’. Iklan jenis ini lebih cepat untuk menghasilkan traffic ke website anda kerana ia berada di kedudukan yang paling atas.
2. Social Advertising
Kegunaan social advertising lebih kurang sama macam search advertising. Cumanya, ia lebih kepada media social platform. Anda juga mungkin pernah melihat iklan yang mempunyai logo ‘sponsored’ semasa anda scroll di Instagram atau Facebook. Iklan jenis ini juga, anda hanya perlu bayar jika ada yang mengklik link yang anda sertakan dalam posting anda.
3. Remarketing
Remarketing merupakan salah satu method Pay Per Click yang paling efektif kerana ia hanya akan target pada orang-orang yang pernah melayari website anda sahaja. Orang-orang yang mungkin sudah mempunyai minat pada produk anda, brand anda atau servis anda. Dengan kata lain, remarketing adalah metode untuk mengingatkan orang yang pernah melayari website anda untuk kembali ke website dan membuat pembelian.
4. Display Advertising
Display advertising merupakan salah satu cara untuk mengiklankan iklan anda pada semua website partner Google. Anda juga boleh memilih siapa yang akan dapat melihat iklan anda. Dengan kata lain, iklan anda akan lebih relevant dan target sasaran yang lebih tepat.
5. Google Shopping
Google Shopping sangat membantu jika anda mempunyai perniagaan dalam bidang e-commerce kerana pembeli dapat melihat terus gambar barang, harga dan nama produk sebelum mereka masuk ke dalam website anda. Iklan jenis ini akan memudahkan pelanggan untuk melihat dulu barang yang mereka ingin membeli sebelum membuat pembelian.
Kelebihan PPC
1. Memberi hasil yang cukup cepat
Iklan PPC memberikan hasil yang cukup cepat tanpa menunggu masa yang lama. Dengan lebih tepat lagi, selepas kempen anda telah diluluskan, iklan anda terus dapat dilihat oleh orang ramai dan iklan anda berada di kedudukan paling atas sehingga meningkat traffic ke website anda. PPC dapat melancarkan iklan dengan cepat dan memastikan iklan anda mencapai target yang ditetapkan. Ia menjadikan PPC sesuai digunakan pelancaran produk baru.
2. Mudah untuk memilih target audience
PPC memberi kemudahan kepada anda untuk target berapa ramai orang dalam sesuatu iklan. Anda bebas meletak berapa ramai target audience tanpa had yang tertentu. Anda boleh target pada 10 orang, 100 orang, malah 1000 orang. Mengikut bajet yang anda telah tetapkan.
3. Hanya bayar untuk satu klik
Walaupun PPC adalah sistem iklan marketing yang berbayar. Anda hanya perlu membuat pembayaran bila ada orang mengklik website kita. Di situ, anda dapat mengawal kos pembelanjaan untuk membuat iklan.
PPC atau dengan kata lain Pay Per Click merupakan metode yang paling efiktif dan releven buat masa kini. Ramai usahawan yang berlumba- lumba untuk menerapkan konsep PPC dalam bisnes mereka.
Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk membuat iklan jenis Pay Per Click untuk perniagaan anda , boleh hubungi kami.
Leave a comment: