Mitos Copywriting : 4 Mitos Ayat Copywriting Yang Ramai Salah Tafsir
Mitos Copywriting : 4 Mitos Ayat Copywriting Yang Ramai Salah Tafsir
Jika anda seorang copywriter, anda perlu tahu 4 mitos dalam ayat copywriting jika anda ingin menguasai dan menghasilkan copywriting yang dapat memukau para pembaca. Dari situ, barulah anda dapat ‘control’ dan mengarahkan arah tuju audience anda untuk membaca setiap point dalam penulisan anda. Jadi, Apakah 4 mitos ayat copywriting yang ramai salah tafsir.
4 Mitos Copywriting
1. Tak Perlu Tajuk
Ramai copywriter silap tentang perkara ini. Mereka beranggapan bahawa ayat copywriting tidak memerlukan tajuk. Salah besar jika anda berfikiran sebergini. Anda hanya mempunyai 30 saat untuk menarik perhatian audience untuk terus penulisan anda. Jadi dengan tajuk yang menarik dapat ‘grab’ minat mereka kerana itulah tajuk ataupun headline iklan anda adalah elemen yang sangat sangat penting!
2. Orang Tak Baca Copywriting Yang Panjang
Terdapat dapat dua pendapat untuk mitos ini. Ada setengah orang kata,tulis panjang-panjang ini tidak convert. Tetapi ada sesetengah pula yang berkata, convert sesangat jika anda menulis ayat copywriting yang panjang-panjang.
Persoalannya, Yang mana satu?
Menurut Pakar Copywriting International, David Ogily. Beliau berkata “Copywriting yang panjang adalah lebih berkesan berbanding copywriting yang pendek“. Ini membuktikan bahawa copywriting yang panjang memberi impak yang positif.
Tapi anda perlu ingat! Copywriting panjang bukan copywriting yang meleret semata-mata. Bukan juga ayat syok sendiri macam ayat dalam diari. Copywriting yang panjang mestilah ada struktur yang tersusun rapi dan padat dengan info penting yang ingin disampaikan.
3. Tulis Tentang Masalah Prospek.
Ada satu elemen dalam penulisan ayat copywriting yang membantu untuk menarik minat prospek iaitu dengan menulis “Problem” mereka. Memang betul menulis masalah prospek dapat menarik minat mereka akan tetapi tidak semua yang akan tertarik dan berminat jika anda selalu menulis tentang masalah sahaja.
Anda perlu tahu, banyak lagi elemen lain dalam penulisan ayat copywriting yang dapat membantu anda untuk ‘grab’ perhatian prospek anda. Jadi anda perlu menulis mengikut kesesuaian pada produk dan keadaan.
4. Buat Tajuk Catchy
Tidak dinafikan, Headline atau tajuk yang catchy dapat menangkap perhatian audience anda tapi itu belum cukup untuk menjadikan iklan anda betul-betul power.
Untuk menghasilkan impak yang mantop dalam ayat copywriting anda, anda perlu mengabungkan gambar yang menarik, headline yang memukau, flow coprywriting yang jelas dan tersusun, offer yang menarik dan CTA yang mudah dan ringkas.
Leave a comment: