Bumbu Agency Sdn Bhd

Personal Branding : 3 Cara Personal Branding Di Facebook

Personal Branding: 3 Cara Personal Branding Di Facebook

Terdapat banyak cara nak bina personal branding secara online. Salah satu cara yang terbaik ialah dengan membuat marketing di Facebook. Pada tahun 2020, lebih daripada 1 juta pengguna aktif menggunakan platform facebook.

Personal Branding

Pembinaan branding salah satu perkara yang sangat penting dalam sesuatu bisnes. Ini supaya bisnes dapat dikenali oleh orang ramai. Sebelum nak launch atau promosikan sesuatu produk, anda perlu bina branding terlebih dahulu.

Ada banyak cara untuk bina branding, antaranya;

1) Cipta trademark

Jika serius nak mula bisnes, wajib buat trademark untuk bisnes. Kebanyakkan usahawan yang berjaya biasanya sudah mempunyai logo dan trademark untuk bisnes mereka. Sebab itu, banyak syarikat-syarikat besar di luar sana sanggup laburkan ribuan ringgit hanya untuk mencipta logo sahaja.

Logo juga salah satu cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan. Dengan hanya melihat logo, pelanggan dah tahu apa yang bisnes anda tawarkan dan mudah mereka mengingati bisnes anda.

2) Gunakan tanda pagar yang betul

Masih ramai sebenarnya masih tidak tahu tentang kepentingan tanda pagar(#). Fungsi penggunaan tanda pagar ini dapat membantu pengguna media sosial mencari info yang berkaitan apa yang mereka cari. Gunakan tanda pagar yang catchy dan tidak terlalu rumit malah lebih bagus yang mudah diingat.

3) Pelbagaikan copywriting yang menarik

Sebagai pendiri bisnes, cuba hasilkan pelbagai jenis gaya penulisan. Gaya penulisan tidak perlu terlalu formal dan biar jadi lebih santai. Ini bertujuan agar pembaca tidak berasa bosan. Boleh juga selitkan sekali elemen kelakar atau penceritaan yang membabitkan emosi namun tidak melampau.

3) Letak signature di akhir setiap post

Mungkin ada di antara anda tidak tahu meletakkan nama atau jenama anda sebagai signature di akhir setiap post adalah salah satu cara menaikkan personal branding di facebook. Anda juga boleh gunakan nama pena untuk dijadikan signature di setiap akhir penulisan anda.

Cuba praktikkan 3 tip ini dulu. 3 tip mudah ini sudah cukup untuk membantu anda cipta personal branding di facebook. Dari situ branding anda akan naik sedikit demi sedikit.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com