Bumbu Agency Sdn Bhd

Teknik Hard Sell Yang Berkesan Dan Boleh Membawa Hasil

Hard sell? Adakah anda salah seorang yang tidak pernah mendengar akan perkataan atau istilah ini? Hard sell merujuk kepada pengiklanan atau cara pendekataan jualan. Selalunya teknik yang digunakan adalah bercakap secara terus kepada pelanggan atau bahasa ia digunakan agak tegas/keras. Hard sell digunakan supaya pelanggan membeli barang atau servis kita dalam kadar masa yang singkat dan tanpa kita menilai samada pelanggan itu mahu membuat pilihan dan membeli barang/servis kita.

 

Semestinya dalam apa jua yang kita lakukan mestilah mempunyai teknik atau cara untuk mendapatkan sesuatu. Usaha itu penting! Mana-mana kita pergi akan ada sahaja orang yang mendekati anda suruh membeli dengan pelbagai teknik bukan? Bila tiba sahaja di mall, tangan kita di calit lipstick, disuruh cuba bau perfume, diberi flyers dan ada juga offer untuk jadi model tutorial untuk product skincare. Hah! Mesti anda pernah mengalami salah satu daripadanya bukan? Ya, BENAR! Berikut merupakan contoh teknik hard sell yang digunakan.

Tetapi berdasarkan apa yang kita tahu teknik hard sell ini menyebabkan ramai rasa menyampah sebab ia nampak keras dan memaksa! Nampak sangat caranya hendak menjual. Rimas sahaja dibuatnya. Oleh itu, untuk memastikan pelanggan anda tidak terasa dipaksa teknik bercerita dengan menerangkan mengenai produk dengan lebih santai dan tenang. Orang pun tertarik mahu dengar dan membeli.

Contoh yang saya boleh berikan :

“Saya tahu akak sekarang ni kurang keyakinan diri disebabkan muka kusam, penuh jerawat & kulit kering. Sampai bila akak nak lalui derita ni? Tolonglah kesiankan diri akak tu. Sanggup ke dengar orang asyik mengata sana sini? Sebab itu saya kesiankan akak. Mari saya bantu dengan cara yang mudah tapi awesome. Try set Sabun Susu Kambing ni, InsyaAllah muka akak jadi gorgeous, flawless & cantik gebu berseri bak puteri. Pakai 2 kali sehari untuk pagi & malam. Ini boleh tahan selama sebulan & harga asal RM69 tapi untuk bulan ini istimewa sikit harganya. Dengan harga RM69 akak boleh dapat 2 dan ada free gifts. Akak nak berapa kotak?”

 

 

Mudah kan? Dalam bercerita pun kita boleh buat hard sell tetapi santai dan menarik!

 

IKUTI KAMI:

FB: Bumbu Agency
IG: bumbu.agency
IG: bumbu.rockstar (Training)
YouTube: Bumbu Agency
Telegram: bumbuagency

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com