Bumbu Agency Sdn Bhd

Tip Bisnes Online : 5 Kesilapan Peniaga Sebelum Mula Bisnes Online

Tip Bisnes Online : 5 Kesilapan Peniaga Sebelum Mula Bisnes Online

Bisnes online sekarang dah menjadi satu trend lebih-lebih lagi ekoran faktor ekonomi negara yang tidak menentu. Perniagaan online tidak terhad kepada orang muda semata-mata, malah golongan “orang lama” juga turut mengikuti fasa industri 4.0. Kami kongsikan beberapa tip bisnes online yang boleh dijadikan panduan anda.

Tip Bisnes Online

1. Tak Buat Bisnes Model

Peniaga perlu tahu asas BMC (Bisnes Model Canvas) sebelum mulakan sesuatu bisnes. Model bisnes penting supaya anda tahu dan buat bisnes secara konsisten. Kita ber bisnes bukan sehari dua kan? Kalau boleh kita mahu bisnes kita ni bertahan selama mana yang boleh.

2. Tak Tahu Bila Nak Buat Sales & Marketing

Ini pun menjadi masalah juga sebab ramai tak tahu waktu bila sesuai untuk buat sales dan marketing. Sales dan marketing adalah 2 perkara yang berlainan. Namun kedua-duanya perlu bergerak serentak. Tanpa marketing, jualan tidak akan berlaku. Marketing pula dilakukan secara konsisten tanpa henti.

3. Nak Terus Borong Produk

Ini ramai yang selalu buat. Bila tengok orang berjaya jual produk, terus nak borong banyak-banyak. Yela, diatas kertas semuanya memang nampak indah-indah. Nampak angka yang besar siapa yang tak teruja!

Namun, kesilapannya kat sini, ada kos-kos lain yang perlu diambil kira seperti kos pos laju, kos iklan dan sebagainya. Seeloknya, mulakan dari bawah. Jadi ejen dropship. Ada je yang tawarkan percuma untuk dropship. Dari situ, risiko produk bawah katil dapat dikurangkan. Belajar dulu macam mana nak jual produk.

4. Campur Aduk Akaun Peribadi Dengan Bisnes

Pada yang baru mula nak berjinak-berjinak berniaga online, pastikan anda tidak campur aduk akaun peribadi dan akaun bisnes. Akaun peribadi hanya sesuai untuk buat personal branding dan bukannya tempat untuk menjual. Setiap individu yang ingin menjual perlu membuat akaun khas untuk perniagaan. Ianya agar nampak lebih professional di mata pengikut dan bakal pembeli.

5. Terus Menjual Produk

Ramai yang terlepas pandang bahagian ni. Sebenarnya, tidak digalakkan terus menjual produk serta merta. Anda seharusnya perlu mendidik pembeli dengan info-info yang berkaitan dengan bisnes anda. Sebagai contoh, jika jual produk berkaitan bayi.

Banyakkan dahulu info-info yang berkaitan seperti tips pilih baju, tips pilih warna, jenis-jenis kain yang sesuai untuk bayi dan sebagainya. Perbanyakkan dahulu konten mendidik sebelum menjual. Bina kepercayaan terlebih dahulu dalam bisnes online. Nampakkan anda memang pakar dalam niche bisnes anda.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com