Bumbu Agency Sdn Bhd

Tips Buat Bisnes Fesyen Dengan Cara Yang Betul

Tips Buat Bisnes Fesyen Dengan Cara Yang Betul

Jika anda seorang usahawan yang baru ingin mulakan bisnes fesyen. Topik ini khas ditujukan kepada anda! Jom sama-sama, kita mendalami apakah tips buat bisnes fesyen.

 

Untuk menjadi seorang usahawa fesyen yang berjaya, anda perlu memikirkan beberapa aspek penting dalam industri fesyen ini terutamanya jika anda berniaga pakaian.

Tips Buat Bisnes Fesyen

 

Anda perlu tahu bagaimana proses untuk menghasilkan pakaian yang mempunyai keunikkan yang tersendiri bermula dari segi pemilihan kain, pemilihan tempat untuk menghasilkan pakaian, pemilihan design dan anda juga perlu memerhatikan beberapa isu-isu penting. Antaranya;-

 

Isu-Isu Penting Dalam Bisnes Fesyen

1. Design/Konsep

Bila kita bercerita mengenai fesyen, benda pertama yang akan terlintas dalam fikiran kita adalah mengenai design atau konsep yang ingin dibawa dalam setiap fesyen yang ingin di kedepankan.

 

Isu mengenai design, konsep, corak perlu dititik beratkan. Jika anda terguna atau mengambil idea dari designer lain, anda akan di kenakan tindakan undang-undang.

 

2.  Barang Palsu

Topic ini akan menjadi isu yang hangat dibincangkan jika didapati produk yang dijual itu palsu. Mungkin masih ada sesetengah pihak yang kurang peka dengan isu ini tetapi di ambil serious oleh negara-negara maju.

Jika anda berurusan dengan barang palsu, anda akan menghadapu risiko yang sangat tinggi. Anda mungkin akan menghadapi kemarahan pelanggan yang tertipu dengan produk anda serta anda mungkin akan dikenakan tindakam undang-undang.

Sama juga jika anda menjuak barangan dengan harga yang tidak setaraf dengan kualiti barangan tersebut.

 

3. Saiz

Isu ini selalu berlaku dalam kalangan usahawan fesyen pakaian dimana pembeli tidak mempunyai saiz atau saiz yang sampai kepada pembeli tidak sama seperti yang dipesan. Tetapi aspek ini bergantung juga kepada konsep yang anda tetapkan. Jika anda menumpukan konsep limitid edition atau konsep ekslusif, anda boleh menghadkan saiz dan kuantiti pakaian anda.

Ini dapat meningkatkan keyakinan pelangan untuk membeli dengan anda.

 

Tips Uruskan Bisnes Fesyen

 

1. Minat Yang Mendalam

Untuk menguruskan bisnes fesyen tidak semudah seperti menguruskan bisnes makanan, banyak yang anda perlu fikir dan teliti. Jadi, anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fesyen dan sanggub menempuh semua cabaran dalam menaikkan bisnes fesyen anda.

 

2. Kenali Target Market Anda

Sebelum anda memulakan perniagaan, anda  perlu tahu kepada siapakah yang anda bakal jual, dan apakah demografik pelanggan anda. Buat strategi dahulu sebelum mula menjual, risau tersalah fokus dan tiada jualan pada permulaan bisnes anda dek kerana tidak kenal pelanggan.

 

3. Tahu USP Produk

Adakah anda benar-benar kenal produk yang anda jual? Sudahkah anda lakukan kajian terhadap produk anda dan produk pesaing anda? Anda boleh menggunakan teknik Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats (SWOT).

Dengan menggunakan teknik SWOT, anda akan lebih mengenali dengan lebih mendalam mengenai USP produk anda.

 

4. Mengumpul Database

“Database Is The King.”

Bisnes yang mempunyai database akan dapat menguasai pelanggan mereka. Data yang kita perlu tahu mengenai pelanggan kita adalah seperti nama, alamat, umur, email, serta nombor telefon.

Dengan database yang ada memudahkan anda untuk membuat upsell kepada mereka serta anda juga boleh menawarkan membership kepada mereka melalui data yang anda ada.

 

Bumbu Agency Sdn Bhd ada menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut:

  • Membantu menguruskan kempen marketing
  • Memberi konsultasi untuk mengembangkan bisnes
  • Menyediakan video korporat, montaj atau animasi 2D/3D
  • Menghasilkan rekaan grafik / video pengiklanan
  • Servis Pengiklanan digital

Syarikat kami sangat berpengalaman di dalam industri dan mempunyai portfolio yang kuat. Hubungi Encik Umar di 0176026002 atau Cik Iza di 0108989188 untuk pertanyaan lanjut. Email: bumbu agency@gmail.com

Bumbu Agency sangat aktif di media sosial, follow kami!

    1. Instagram: @bumbu.agency
    2. Facebook: Bumbu Agency
    3. Twitter: @bumbuagency
    4. Tiktok: @bumbuAgency
Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com