Tips Rekrut Stokis, Ejen Dan Dropship Menjadi Ramai
Tips Rekrut Stokis, Ejen Dan Dropship Menjadi Ramai
Pemilik bisnes yang baru buat bisnes biasanya merasa sedikit bingung kerana tak tahu kat mana nak promosikan produk/servis lebih-lebih lagi masih di fasa awal. Cara yang boleh menarik ramai orang untuk mengetahui bisnes dan efektif adalah merekrut banyak stokis, agent dan dropship. Nak tahu tips rekrut stokis, ejen dan dropship?
Mana lagi cepat, berniaga seorang diri, buka kedai 24 jam sehari, atau ada berpuluh stokis dan beribu ejen? Tentulah dengan merekrut ramai orang untuk join bisnes kita disamping boleh luaskan pasaran bisnes.
Stokis, agent dan dropship penting utk naikkan sesuatu bisnes.
Agent dapat membantu mereka dari segi kewangan juga. Menjadi persoalan macam mana nak cari Stokis, agent dan dropship yang terbaik dan mampu bergerak bersama dengan bisnes kita?
Kami senaraikan tips rekrut ramai stokis, agent dan dropship seperti dibawah :
1. Fokus pada pelanggan sedia ada
Ada tak memiliki pengguna yang kerap gunakan produk anda? Ada tak pengguna yang ‘repeat order’? Alang-alang mereka dah pakai dan tahu kesan serta kebaikannya. Ajak mereka kongsikan dengan orang ramai tentang kebaikan produk. Takda lah anda asyik nak harapkan pembelian dari mereka sahaja.
2. Promosi dari Iklan
Iklankan saja. Gunakan ilmu pemasaran yang anda tahu untuk buat iklan samada secara online dan offline. Gunakan database yang ada, jemput mereka yang berminat untuk sertai anda. Boleh juga guna FB Ads, posting di media sosial dan macam-macam cara lagi.
3. Adakan seminar
Salah satu cara dapatkan stokis dan ejen ialah dengan buat seminar. Dalam seminar atau prograg, perlu pandai nak beritahu mereka apa kebaikan produk, bagaimana produk boleh membantu orang ramai, bagaimana dengan menjadi stokis dan ejen boleh bantu mereka jana pendapatan.
4. Beri Free sample
Macam mana orang nak jadi stokes, ejen dan dropship, jika tak tahu kebaikan produk? Mereka perlu diyakinkan bahawa produk anda ada banyak kebaikan dan ada plan untuk bantu mereka jana pendapatan dengan menjadi sebahagian dari team anda untuk berkongsi kebaikan produk.
Bagi sample percuma kepada mereka untuk dicuba. InsyaAllah jika produk memang bagus, tak perlu risau dan tak payah tunggu lama, pasti ada orang yang suka nak tolong berkongsi kebaikan produk anda dengan lebih ramai orang.
5. Buka Tawaran
Buka tawaran menarik menjadi stokis dan ejen. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti apa faedah yang mereka dapat bila jadi stokis atau ejen. Anda perlu tahu apa yang anda nak tawarkan. Fikirkan apa lagi insentif yang bakal mereka perolehi. Anda juga perlu tahu cara nak uruskan mereka dan jangan biarkan mereka lemau dan berkeliaran tanpa arah tujuan.
6. Eksklusif Membership
Kadang-kadang, manusia ni nak sedikit eksklusif atau keistimewaan. Mereka mahu disinonimkan dengan sesuatu kumpulan elit.
Jadi, apa kata anda cuba tubuhkan satu kumpulan atau buka membership atau kelab keahlian kepada pelanggan anda yang berminat nak jadi stokis dan ejen.
Anda boleh tawarkan sedikit insentif, diskaun harga, adakan aktiviti dan macam-macam lagi yang boleh jadi satu platform untuk mereka rasa mereka berada dalam satu kumpulan yang istimewa.
7. Branding produk/servis
Jika produk/servis dah ada jenama yang baik, pembungkusan yang cantik, nama yang bagus, kebaikan produk pun terbukti dengan banyak testimoni dan result yang baik dari pelanggan, tak susah untuk nak cari stokis dan ejen.
Ia bantu orang lebih berminat nak mulakan bisnes dan nak tinggikan pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen anda. Kami harap perkongsian ini membantu.
Leave a comment: