Bumbu Agency Sdn Bhd

Trend Terbaru Pelanggan Tahun 2021 Yang Anda Perlu Tahu

Trend Terbaru Pelanggan Tahun 2021 Yang Anda Perlu Tahu

Trend pengguna atau pembeli sekarang ini kian berubah semakin lama semakin berkembang dan sebagai perniaga perlu tahu mengenai corak pengguna di Malaysia supaya dapat diimplikasikan di dalam perniagaan terutamanya trend terbaru pelanggan tahun 2021.

Trend Terbaru Pelanggan Tahun 2021

Kepentingan untuk tahu trend pengguna ini secara tak langsung boleh membuka pasaran baru kepada peniaga malah dapat mengelakkan kos yang tak sepatutnya dilaburkan.

Trend produk mudah diketahui kerana pelbagai teknik pemasaran dan buah mulut orang senang didengari tetapi trend pengguna amat jarang digembar gemburkan kerana tidak ditonjolkan secara nyata dan perkara ini penting kepada peniaga masa kini.

5 Trend Terbaru Pelanggan Tahun 2021

1. Pengguna Membeli Secara Online

Trend ketara masa kini ialah pembelian secara dalam talian. Kebanyakkan produk atau servis sudah mengikuti jejak apabila trend ini mendapat sambutan dari pengguna. Bermula dari produk sampingan terus kepada produk makanan harian seperti barangan dapur, barangan perabut dan sebagainya.

2. Pengguna berbelanja lebih ketika bercuti

Shopping ketika melancong menjadi trend kerana ketika pengguna berbelanja mengikut kemahuan mereka. Menurut kajian, 75% rakyat Malaysia mengaku pilihan lokasi percutian mereka ditentukan berdasarkan tawaran atau harga istimewa yang boleh mereka nikmati. Kebanyakan pengguna di Malaysia sering membuat tempahan saat akhir secara online.

3. Kadar hutang isi rumah meningkat

Trend dilihat memberi kesan besar kepada kuasa berbelanja pengguna ketika ekonomi tengah meruncing. Apabila pengguna di Malaysia rancak membuat pinjaman kewangan, secara tak langsung akan meningkatkan kadar hutang isi rumah.

Kebanyakan kadar hutang rakyat Malaysia disebabkan pelaburan tanpa kawalan pada pembelian dalam sektor pembinaan dan perumahan. Satu lagi faktor yang menyumbang terhadap kenaikan kadar hutang adalah pinjaman membeli kenderaan.

4. Sibuk Dengan Rutian Harian

Rutin harian makin sibuk dan menyebabkan pengguna tiada masa yang lama untuk berada di rumah. Kesuntukan masa menyebabkan terpaksa berada diluar lebih lama kerana pelbagai faktor seperti kesesakkan lalu lintas, kerja lebih masa dan sebagainya. Ia menyebabkan permintaan terhadap khidmat pesanan penghantaran dan khidmat pandu lalu meningkat secara mendadak.

5. Golongan berpendapatan sederhana penyumbang pembelanjaan terbesar

Kadar perbelanjaan pengguna dari golongan berpendapatan sederhana semakin meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi dan pemberian subsidi oleh kerajaan untuk makan, ,minyak dan tenaga.

Namun, fakta ini telah menurun kerana pengurangkan subsidi yang disediakan tambahan dengan kenaikan kadar inflasi dan sebagainya menyebabkan mereka lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Written by

0173260632

Leave a comment:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top
BUMBU AGENCY
Marketing
Digital Agency
Bumbu Agency Sdn Bhd is Malaysia’s integrated marketing and production company under one roof.
GENERAL INQUIRIES
bumbuagency@gmail.com